Fibroid dan cyst merupakan dua masalah yang sering menyerang wanita. Walaupun kedua-dua masalah ini bukan kanser tetapi tetap menjadi masalah kesihatan yang membimbangkan.

Ads

Namun, masih ramai wanita yang keliru dan merasakan fibroid dan cyst atau lebih dikenali sebagai sista sebagai masalah yang serupa. Ramai juga yang menganggap sebarang simptom abnormal di bahagian perut semestinya disebabkan dua penyakit ini.

Kenali fibroid

Fibroid adalah bengkak jenis pejal di bahagian rahim (uterus) wanita. Fibroid agak kerap dihidapi wanita dan termasuk yang tidak mempunyai sebarang masalah. Fibroid ini kebetulan dijumpai semasa prosedur imbasan bunyi dijalankan bagi tujuan lain.

Hampir ke semua fibroid adalah ketumbuhan benign iaitu bukan kanser. Fibroid boleh tumbuh di bahagian dinding tengah (intramural), menghala ke luar rahim (subserosal) atau pun ke arah kaviti rahim (submucosal). Selain saiz, lokasi pertumbuhan fibroid ini akan memberikan kesan ataupun simptom yang berbeza kepada setiap wanita.

Ramai Keliru Antara Fibroid & Cyst, Jom Ambil Tahu Perbezaannya!

Kebanyakan fibroid tidak memberi sebarang masalah sehinggakan kewujudannya tidak disedari. Simptom yang kerap dialami oleh wanita yang mempunyai fibroid adalah aliran haid yang berlebihan dan ada kalanya turut disertai oleh rasa sakit senggugut (crampy pain).

Saiz fibroid yang agak besar (melebihi 5 sentimeter) atau lokasi tumbuhnya fibroid seperti jenis submucosa sering menyumbang kepada masalah aliran haid yang berlebihan ini. Kehilangan darah yang banyak dan berpanjangan akhirnya akan menyebabkan anemia (kurang darah merah/haemoglobin).

Fibroid jarang mengganggu kitaran haid. Fibroid jenis subserosa juga jarang memberi sebarang masalah melainkan saiznya terlalu besar. Fibroid jenis tergantung atau bertangkai (pedunculated submucosal) kadangkala boleh menyebabkan pengeluaran cecair (discaj) yang berlebihan dan tidak normal.

Ads

Ramai Keliru Antara Fibroid & Cyst, Jom Ambil Tahu Perbezaannya!

Kenali cyst (sista)

Sista pula adalah bengkak yang kerap dijumpai pada ovari di kalangan wanita di usia reproduktif. Bengkak sista mengandungi cecair atau separuh cecair. Kebanyakan sista ovari adalah disebabkan proses fisiologi kesuburan dan bukan sejenis penyakit. Setiap bulan semasa permulaan kitaran haid, sejenis hormon daripada kelenjar pituitari otak akan mula merangsang perkembangan folikel telur di dalam ovari. Ia akan membentuk sista yang dinamakan Cyst Folikula.

Ads

Apabila ianya telah mencapai kematangan, folikel ini akan pecah (ovulasi) dan telur yang terlepas akan mencari jalan untuk melalui tiub falopia. Folikel yang tinggal boleh menakung air atau darah lalu membentuk Cyst Korpus Luteum. Sista fisiologikal seperti ini biasanya tidak berbahaya dan akan mengecut sendiri selepas satu atau dua kitaran haid.

Ramai Keliru Antara Fibroid & Cyst, Jom Ambil Tahu Perbezaannya!

Adakalanya sista ovari adalah jenis endometriosis (penyakit senggugut) ataupun ketumbuhan yang kebanyakannya ialah benign (bukan kanser). Sista jenis ini memerlukan rawatan sama ada secara ubatan atau pembedahan.

Sista ovari fisiologikal jarang memberi sebarang simptom melainkan saiznya melebihi 5 sentimeter. Sakit perut ketika haid (senggugut) adalah salah satu simptom penting penyakit endometriosis. Senggugut penyakit endometriosis ini biasanya berlarutan sehingga ke akhir tempoh haid dan adakalanya melepasi tempoh haid.

Sebahagian pesakit endometriosis menderita sakit semasa hubungan seks dan sakit ketika buang air kecil atau air besar. Sista ini mengandungi darah pekat lama yang dinamakan chocolate cyst kerana rupanya yang seakan-akan coklat masakan. Penyakit ini biasa akan menyebabkan pembentukan parut dan lekatan pada organ-organ pelvis (adhesion).

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI