Jika biasa mengikuti perkembangan Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin di Instagramnya, yang menarik perhatian tentulah wajah adiknya, Syifa Melvin. Wajah Syifa saling tak tumpah dengan wajah Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla sehingga agak sukar untuk membezakan antara mereka berdua.
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin berbeza empat tahun dengan kakaknya, Tilla. Dua beradik ini memang sangar rapat. Ayuh kita selidik apa yang sama dan apa yang tidak antara Tilla dan Syifa.
1. Siapa yang paling kuat melaram?
Syifa
2.Susah tak bila punya wajah seiras?
Tilla tiada masalah tapi Syifa adakalanya rasa macam ‘menyampah’ juga (sambil ketawa besar). Sebenarnya bentuk wajah kami tidak sama. Tilla lebih panjang manakala Syifa berwajah sedikit bulat. Tapi sekarang ramai peminat sudah dapat membezakan kami berdua.
3.Siapa yang paling kuat menyakat?
Tilla
4.Siapa yang paling kuat membebel?
Syifa
5.Siapa yang paling menepati masa?
Tilla
6.Siapa yang paling lama di bilik air?
Syifa. Paling lama 20 minit di bilik air.
7.Siapa yang paling obses dengan produk mekap?
Syifa- sebab suka berekperimen dengan produk-produk mekap. Syifa paling suka dengan eyeshadow. Warna eyeshadow mungkin sama tetapi berlainan jenama maka sebab itulah Syifa suka kumpul.
8.Siapa yang paling suka bereksperimen dengan mekap?
Syifa suka bereksperimen dengan mekap sebab Syifa suka bermain dengan warna.
9.Siapa yang paling obses dengan beg tangan?
Tilla. Lagi pun Tilla ada jenama kasut dan beg sendiri. Antara beg dan kasut, Tilla paling suka kumpul kasut.
10.Anda berdua biasa tak berkongsi barang seperti pakaian, baju, kasut, beg tangan dan sebagainya?
Kami bertuah kerana punya saiz baju dan kasut yang sama. Jadi tiada masalah untuk berkongsi semua itu. Ya! satu kelebihan untuk kami adik beradik.
11. Siapa yang paling kuat bercakap?
Syifa sebab memamg suka bercakap.
12.Siapa yang paling jiwang karat?
Tilla. Suka dengar lagu-lagu lama.
13.Siapa yang paling kuat merajuk?
Dua-dua tidak kuat merajuk.
14.Jika ada berselisih faham, siapa yang akan meminta maaf dahulu?
Kami berdua jenis tidak pernah simpan dalam hati.Setakat bebel itu biasa. Contoh, pakai kasut tidak bagi tahu.
15.Siapa yang paling cerewet dengan penjagaan kecantikan?
Syifa- lebih terperinci.
16.Siapa yang suka buat rawatan di spa?
Syifa- sebab saya suka manjakan diri.
17. Persamaan antara Tilla dan Syifa?
Kami punya cita rasa yang sama (suka style dan fesyen yang sama)