Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak pasti mengenali Angkasawan Negara ini. Bila sebut saja nama Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pasti terbayangkan beliau sedang memakai pakaian angkasawan dengan penuh rasa bangga.
Pada 10 Oktober 2007, pastinya menjadi tarikh yang memahat memori indah kepada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.
Walau bagaimanapun kelibat bapa kepada 4 orang anak ini mencuri tumpuan di majlis hari jadi anaknya baru-baru ini. Memakai kostum sebagai Aladin, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor nampak jauh lebih muda daripada usia yang sebenar.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47 pada 27 Julai nanti telah berkongsi tip untuk kekal cergas. Menurut Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor usia hanyalah angka semata-mata.
“As you grow older, it’s just getting tougher for so many reasons. To me Age is just a number. You must always find time for yourself no matter how busy you are. Just 30 minutes a day. Juggling life with work, talks, kids and family are never easy. You just need to find the time
,” kongsinya.5 Tip Kekal Sihat Cara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor;
1. Bersenam setiap hari
Bersenam 30 minit setiap hari sudah mencukupi. Buat kardio berselang-seli dengan senaman beban. Senaman jenis ini juga sesuai untuk meredakan tekanan.
2. Makan dengan ala kadar
Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap dalam 3 atau 4 jam sekali. Kurangkan pengambilan karbohidrat tetapi lebihkan pengambilan protein. Bahagian dada ayam adalah pilihan yang terbaik!
3. Pembakar Lemak
Makan makanan yang meningkatkan metabolisme dan seterusnya membakar lemak seperti avocado, kacang, minyak kelapa, pisang, apple cider dan buah-buahan berasaskan beri.
4. Jangan DIET
5. Jangan tidur selepas makan
Mungkin selepas makan boleh melakukan aktiviti seperti berjalan. Atau mungkin juga boleh bermain dengan anak-anak atau buat kerja rumah. Cuba makan awal untuk makan malam. Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor biasanya akan makan malam jam 7.00 malam.
Foto: Instagram @drsheikhmuszaphar
This website uses cookies.