“Ramai Remaja DM, Minta Nasihat Nak ‘Satukan’ Mak Ayah Yang Bercerai,” Kongsi Norman Hakim

Memang selalu kita dengar anak-anak adalah mangsa penceraian mak dan ayah mereka. Kadang-kadang anak-anak mangsa penceraian ini sengaja melakukan sesuatu yang buruk atau negatif semata-mata mahupun perhatian daripada mak dan ayah mereka.

Memang benar, jodoh adalah rahsia Allah SWT. Daripada menanggung ‘sakit’ sebagai suami isteri, penceraian adalah jalan yang terbaik. Tetapi sebagai pasangan yang sudah atau mahu bercerai perlu memberi perhatian kepada anak-anak. Memang kadang-kadang mereka faham apabila ibu bapa sudah tak sehaluan tetapi jiwa meraka masih perlukan belaian ibu dan bapa kandung mereka.

Situasi ini telah dikongsi oleh Norman Hakim apabila ramai remaja yang direct message

(DM) melalui aplikasi Instagram minta nasihat bagaimana Norman boleh mempunyai hubungan yang baik dengan bekas isterinya, Abby Abadi.

Umum tahu, walaupun Norman Hakim dan Abby Abadi sudah bercerai dan telah memulakan hidup baru dengan pasangan masing-masing tetapi mereka tetap membina hubungan yang baik sebagai sebuah keluarga besar. Memang nampak sukar tetapi jika dilakukan dengan ikhlas, pasti bahagia yang akan menjelma.

Kongsi Norman, “Saya terpanggil untuk berkongsi, khusus buat keluarga yang pernah berpisah,” kata Noraman Hakim.

Menurut Norman, dia tidak sangka apabila ramai remaja atau anak yang menjadi mangsa penceraian minta pandangan dan nasihatnya. Anak-anak ini juga mahukan hubungan baik mak ayah mereka walaupun sudah bercerai-berai.

Kongsi Norman, “Buat adik-adik dan anak-anak yang selalu DM atau luahkan rasa, terus istiqomah dalam berdoa. Berdoa dan berdoa seiring dengan usaha melalui hidayah doa tersebut. Dan buat Ayah dan Ibu yang terpisah, ‘bersatulah’ kembali dalam apa jua bentuk dan usaha.

Percaya dan yakinlah, DOA adalah senjata mustajab kita sebagai Muslim. Berdoa lah secara istiqomah tanpa lelah sehingga doa-doa kita memasuki frekuensi ‘Alpha’ di mana pada ketika itu baru kita akan faham betapa kuatnya mukjizat qalam doa ini bersatu dengan izin kuasa ALLAH SWT yang Maha Kuat dan Hebat sehingga hati manusia pun bisa kita pupuk, lentur, jaga dan peluk hanya dengan DOA dan pada ketika itu sesuatu yang dianggap mustahil akan jadi sebaliknya,” kata Norman.

Nasihat Norman buat mak ayah yang sudah bercerai, “Jadikanlah Ramadan Kareem ini sebagai platform untuk penyatuan semula. Buangkanlah ego yang bersifat syaitonirrojim untuk ambil langkah dan usaha seiring dengan DOA,” ucap Norman.

“Kami ‘bersatu’ untuk kebahagiaan anak-anak dan Allah SWT hadiahkan kembali ‘bahagia’ buat kami seiring dengan rasa ‘kasih dan sayang’ yang Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui akan ‘rasa’ itu dan kami ‘bersatu’ kerana anak-anak sebab kami sangat takut tak dapat berdepan dan menjawab didepanNya di hari muka pengadilan nanti.

Kuasa ALLAH SWT Maha Kuat, Maha Hebat dan Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Inilah peluang terbaik untuk kita berhabisan mohon pengampunan dariNya atas khilaf kita sebagai manusia yang tidak akan ada kesempurnaan termasuk kitaorang semua.

Jom niat dan tekad untuk sama-sama kita berusaha jadikan Ramadhan untuk yang kesekian kali ni sebagai pentas ibadah terbaik buat kita semua, lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Akhir kalam, hentikanlah pertengkaran, tinggalkanlah sangkaan, binalah perhubungan, saling bermaafan dan hayatilah Ramadan,” kata Norman Hakim.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan