Setiap pasangan suami isteri mempunyai cara yang tersendiri untuk meraikan hari istimewa bersama. Seronok dengar cerita Che Puan Syamim Farid apabila menjadikan hari istimewa bersama suami dengan bercuti. Siapa yang tak suka bercuti, kan?

Ads
Ramai Terpesona Tengok Foto ‘Travel With Style’ Che Puan Syamim Farid Yang Sentiasa Menawan
Perissa Beach

Menurut isteri kepada Y.M Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini, “Saya memang suka bercuti da suami pula berkongsi hobi yang sama. Jadi kami berdua menjadikan percutian sebagai acara wajib setiap tahun. Basically dalam setahun tu hari jadi saya, hari jadi suami, anniversary dan end of the year kami akan pergi bercuti.

Ramai Terpesona Tengok Foto ‘Travel With Style’ Che Puan Syamim Farid Yang Sentiasa Menawan

Sebab kalau shooting saya kerja every day. Kadang-kadang lima bulan saya shooting langsung tak ada masa kat rumah. Even dengan family pun kurang sebab dari pagi sampai malam dekat set penggambaran. Jadi ketika bercuti itu saja masa untuk saya bersama dengan suami. Biasanya kami berdua akan ambil masa tu selama tiga minggu untuk pergi bercuti.

Ramai Terpesona Tengok Foto ‘Travel With Style’ Che Puan Syamim Farid Yang Sentiasa Menawan
Titlis Mountain, Switzerland

Mengapa saya suka bercuti? Saya suka tengok budaya orang dan negara orang. Daripada situ saya belajar bahawa melancong ini banyak ‘membuka mata’ dan membuatkan kita lebih bersyukur.

Ramai Terpesona Tengok Foto ‘Travel With Style’ Che Puan Syamim Farid Yang Sentiasa Menawan
Oia Santorini, Greece

Saya suka berkongsi foto percutian kerana dapat berkongsi momen cantik di negara orang dengan orang lain. Ramai yang beri feedback suka tengok foto percutian tersebut sebab walaupun belum sampai tempat tapi dapat merasai jugak panorama yang dikongsi melalui  gambar dan video,” kongsi Pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2015 ini.

Ads
Ramai Terpesona Tengok Foto ‘Travel With Style’ Che Puan Syamim Farid Yang Sentiasa Menawan
Sri Lanka

Bercerita tentang perkembangan terkini, “Saya baru saja habis penggambaran Drama Dua Takdir Cinta, 65 episod yang dipancarkan di Astro Prima dan drama ini sedang ditayangkan kini.

Ramai Terpesona Tengok Foto ‘Travel With Style’ Che Puan Syamim Farid Yang Sentiasa Menawan
Sri Lanka

Kali ini saya membawa watak agak menarik sebab pertama kali melakonkan watak antagonis. Saya sendiri masa mula-mula dapat skrip pun tak tahu boleh buat ke tak. Sebab selalunya dapat watak sebagai kawan baik.

Ads
Ramai Terpesona Tengok Foto ‘Travel With Style’ Che Puan Syamim Farid Yang Sentiasa Menawan
London, United Kingdom

Watak saya dalam drama ini sebagai anak yang kurang ajar, melawan cakap ayah dan anak yang derhaka macam tu lah. Paling menarik watak bapa saya ialah Faizal Hussein, seronok dapat berlakon bersamanya.

Ramai Terpesona Tengok Foto ‘Travel With Style’ Che Puan Syamim Farid Yang Sentiasa Menawan
Masjidil Haram, Mekah

Tapi dalam masa yang sama watak saya tu sebenarnya baik cuma banyak terpengaruh dengan hasutan abangnya. Karektor saya kali ini jauh berbeza daripada sebelum ini yang saya pernah bawa,” bicara Che Puan Syamim yang rindu nak buat hosting tapi rezeki lebih banyak kepada lakonan.

Ramai Terpesona Tengok Foto ‘Travel With Style’ Che Puan Syamim Farid Yang Sentiasa Menawan
Langkawi Sky Bridge, Malaysia

Foto: Instagram @syamimfarid

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI