Kegiatan mendaki gunung adalah aktiviti lasak yang memerlukan kekuatan fizikal dan juga mental. Aktiviti ini tidak dibatasi dengan umur, gender dan bangsa. Sesiapa sahaja boleh mendaki gunung mengikut kemampuan diri. Jika dahulu aktiviti mendaki ini hanya dilakukan oleh sesetengah golongan sahaja tetapi kini kegiatan ini semakin popular dan digemari ramai. Daripada gunung yang kecil dan cuba menawan puncak gunung yang lebih tinggi.

Ads

Kepuasan utama daripada aktiviti ini adalah menghayati paradigma kehidupan. Ini kerana setiap pendakian menyasarkan untuk sampai hingga ke puncak dengan mengharungi pelbagai dugaan dan karenah manusia. Saat berada di puncak sambil menikmati pemandangan yang indah sukar diungkap dengan kata-kata.

Bagi menawan puncak gunung perlu ada kerjasama di dalam kumpulan kerana aktiviti ini merupakan aktiviti di dalam kumpulan. Sukar untuk mendaki gunung seorang diri. Oleh itu perlu ada sifat tolong-menolong, toleransi, komunikasi dua hala dan buang sifat ego. Secara tidak langsung aktiviti mendaki gunung ini boleh melatih jiwa yang lebih baik.

Ramai Wanita Gemar Sukan MENDAKI Sekarang, Semuanya Gara-Gara Tertarik Dengan 6 MANFAAT Berikut!

Tip buat bakal pendaki

  1. Rancang pendakian

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan melakar pendakian. Pilih lokasi yang bersesuaian dengan kemampuan. Tidak perlu mendaki gunung yang tertinggi di atas muka bumi jika baru mula berjinak-jinak mendaki. Cukup hanya merancang mendaki bukit kecil yang berada di kawasan berhampiran. Kemudian lihat keadaan cuaca, jumlah pendaki dan jangka waktu kerana mempengaruhi bekalan makanan yang mahu disediakan. Jangan lupa untuk meminta izin daripada pihak berwajib agar jika boleh dibantu jika ditimpa masalah.

Ads
  1. Persiapan fizikal dan mental

Tubuh perlu bersedia untuk memulakan perjalanan yang penuh cabaran. Sasaran utama adalah untuk menawan puncak namun, bukan mudah untuk menempuhi halangan yang mendatang. Mungkin pelbagai halangan yang tidak dijangka bakal dilalui. Tubuh perlu bersedia dengan melakukan senaman untuk menguatkan otot tubuh lebih-lebih lagi bahagian kaki.

  1. Mempelajari laluan

Mengikut seseorang yang telah menguasai jalan yang bakal dilalui. Sekurang-kurangnya perlu ada seorang yang mahir dengan jalan atau laluan menuju puncak. Ini sangat penting dan jangan berani mencuba mendaki dengan mereka yang juga pertama kali melalui jalan tersebut kerana dikhuatiri sesat di dalam perjalanan.

Ads
  1. Bekalan makanan yang mencukupi

Mempelajari tip untuk membawa makanan yang mencukupi untuk setiap pendaki mengikut hari adalah penting. Bawa makanan yang ringkas, ringan dan cukup kandungan kalori. Pilih juga makanan yang cepat dimasak. Jangan membawa alkohol kerana boleh merangsang kapilari darah daripada pecah di dalam tubuh.

Ramai Wanita Gemar Sukan MENDAKI Sekarang, Semuanya Gara-Gara Tertarik Dengan 6 MANFAAT Berikut!

Manfaat mendaki gunung

  1. Mengatasi obesiti – seluruh anggota badan digerakkan ketika mendaki gunung. Aktiviti ini mampu membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga.
  2. Mencegah penyakit jantung – aktiviti jalan kaki secara teratur ketika pendakian dapat mencegah penyakit jantung dengan pergerakan yang dilakukan sambil menikmati pemandangan yang indah.
  3. Menurunkan kadar kolesterol – salah satu cara mudah untuk menurunkan kadar kolesterol adalah dengan berjalan kaki dan mendaki gunung. Aktiviti ini juga boleh meningkatkan kolesterol baik, HDL.
  4. Menurunkan tekanan darah – pendakian gunung selama 30 minit dengan melewati susur perjalanan dapat menjauhkan daripada tekanan darah tinggi.
  5. Mengurangkan stres – senaman memang telah terbukti dapat menghindarkan daripada stres. Aktiviti pendakian bukan sahaja dapat mengembalikan kesegaran tubuh malah menghilangkan tekanan atau depresi.
  6. Mencegah osteoporosis – mendaki gunung boleh meningkatkan kepadatan tulang dan membina kekuatan tulang. Aktiviti ini di antara sukan lasak yang boleh mencegah kehilangan kalsium daripada tulang dan kemungkinan tulang yang patah akibat osteoporosis. HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI