Tidak dinafikan situasi terkini wabak Covid-19 mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. Hingga ada yang berebut memborong keperluan makanan dalam kuantiti
yang banyak sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan waktu itu pun belum lagi dilaksanakan. Akibatnya, ramai yang merungut tidak mendapat bekalan yang cukup dek
kerana sikap segelintir masyarakat yang terlalu mementingkan diri.
Tidak terkecuali berdepan keadaan berkenaan ialah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Walau luahan rasa yang dibuat penuh dengan jenaka dan gurauan, namun apa yang ingin disampaikan beliau tepat hinggap ke kalbu. Pendek kata, memang ‘deep’!
Kejadian tersebut berlaku ketika beliau bersama isterinya, Datin Wong Mew Choo membeli keperluan rumah di sebuah pasaraya. Kongsinya, “Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order
berkenaan coronavirus ni. Jadi Mew Choo pon suruh pergi beli apa yang patut untuk 2 minggu ni. Isteri lagi pandai add maths (matematik tambahan), jadi kita ikut shopping list isteri. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 beg, sayur untuk 2 minggu, Maggi 2 pek, telur 2 dozen, buah dan toilet paper 1 beg.Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainya aunties dan mak cik, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Hafiz Jantan (Raja Pecut Asia Tenggara)! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I ‘tapau’ 10 beg tisu tandas! Toilet papers are important during previous pandemic period due to unclean water and psychological effect. Datang suatu suara menyeru dari belakang, ‘Lee, nah ambil beg ni. I terambil 2. Tadi tengok semua rebut ‘tapau’ wa pun terikut ambil extra. Entah kenapa, bukan I pakai untuk basuh pun!”
Jelas Datuk Lee Chong Wei, lelaki yang menyapanya tadi merupakan sahabatnya yang dikenali sebagai Nazir. “Kita tergelak and catch up
sekejap. Selepas itu, makin ramai gangster trolly serbu, I pun terus ‘cabut’ sebab I tahu virus ni merebak mudah.”Menyedari rasa bimbang masyarakat dengan keadaan semasa ini, bekas pemain badminton perseorangan lelaki negara ini juga sempat menitipkan pesanan berikut. “Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan saya minta tolong semua duduk di rumah jangan keluar sementara ni. Jangan balik kampung macam cuti raya. Anda mungkin ok, tapi yang mati nanti orang tersayang.
Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panik. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong-menolong. Hari itu akan sampai dengan lebih cepat. Kepada frontliners, para doktor, jururawat, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini… terimalah tunduk hormat dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan menyumbang ialah dengan duduk di rumah.”
Dalam kalangan atlet negara, Datuk Lee Chong Wei pun sudah menzahirkan rasa tanggungjawab dan mengajak masyarakat agar lebih prihatin untuk sama-sama membendung wabak jangkitan coronavirus. Begitu juga selebriti tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Mira Filzah dan ramai lagi yang turut senada membantu usaha kerajaan dan Kementerian Kesihatan untuk terus menurunkan kes jangkitan.
Moga rakyat Malaysia ambil iktibar daripada apa yang berlaku dan kekal duduk di rumah sekiranya tiada apa-apa keperluan mendesak untuk anda keluar serta tidak berada di khalayak ramai.
This website uses cookies.