Kehidupan selepas berumah tangga banyak pasang surutnya. Jauh berbeza daripada plot-plot indah dalam drama TV3 atau siri telenovela. Tambah-tambah bila ada anak, bajet untuk hobi sebelum kahwin pasti ‘hangus’ untuk keperluan mereka.
Ads
Adakah ini puncanya perceraian banyak berlaku melibatkan kewangan suami isteri? Nona tertarik berkongsi ciapan Peguam Syarie, Norsaidah Zakaria yang banyak menguruskan kes-kes sebegini di Mahkamah Syariah.
Semoga jadi renungan kaum lelaki yang sering lalai bab nafkah tu!
================
Lelaki-lelaki kena tahu.
Sebelum buat keputusan nak kahwin anak dara orang, set dalam kepala, lepas kahwin isteri dengan anak adalah priority. Nafkah kena mulakan dari mereka dulu baru lah mak ayah awak ke adik beradik awak ke.
Ye, memang sedekah pada keluarga tu bertambah rezeki, tapi kalau kedekut dan berkira dengan isteri serta anak sendiri, boleh jadi kayap. Ramai saya nampak suami yang berkira, kedekut dengan isteri dan anak-anak ni, lastly perniagaan lingkup, kena buang kerja, kerja atau bisnes apa pun tak jalan sebab dia menyebabkan isteri dan anak-anak dia menderita.
Ads
Kalau tahu kena tanggung mak ayah dan adik beradik sekali, tak perlu kahwin lagi atau suami kena fikirkan untuk tambah kewangan lebih. Buat part time ke. Kenapa isteri boleh buat dua tiga kerja untuk bantu suami tapi suami tak boleh?
Suami terus lepas tangan suruh isteri bayar itu ini. Saya cakap berdasarkan aduan yang saya terima. Bukan sorang, tapi sangat ramai orang mengadu hal yang sama dan kesan ke atas suami-suami juga kesan yang sama.
Ads
Ada yang dah tahap depression ditambah lagi dengan duit habis kena kebas dengan suami. Anak tak cukup makan pakai.
Ya saya tahu dan sedar memang ada pun isteri yang berlebih-lebih, dah bagi betis nak peha. Tapi yang saya maksudkan di sini yang tak bagi apa-apa langsung ni.
In terms of keperluan. Yang berlebih-lebih itu kehendak jadi kalau suami tak mampu nak penuhi kehendak, suami kena fahamkan isteri.
Belum cerita lagi kuasa doa isteri tu boleh jatuh dan bangunkan seorang suami. Hari-hari doa minta rezeki tapi hari-hari nafikan hak isteri dan anak, cuba bayangkan macamana Allah nak balancekan dua perkara tu?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Vivy Yusof sememangnya mempunyai pengaruh yang cukup besar. Kejayaan yang dikecapi dalam bidang keusahawanan nyata memberi inspirasi kepada ramai wanita khususnya golongan muda.
Kalau sebelum ini, produk keluarannya The dUCk Group ‘laku keras’ di pasaran dalam masa singkat kali ini Pengasas FashionValet dan The dUCk Group berkenaan menggunakan pengaruhnya untuk menjana dana bagi membantu rakyat Palestin yang ketika ini ditimpa kesusahan menerusi Viva Palestina Malaysia.
Sehingga semalam, usahasama dUCk x Viva Palestina Malaysia sudah mencecah RM1,004,030 melibatkan hampir 20 ribu penderma. Luar biasa! Difahamkan kutipan dana ini akan disalurkan bagi tujuan perubatan dan keperluan kritikal penduduk Palestin yang terjejas akibat keadaan bergolak di sana.
Terkejut melihat sokongan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang prihatin dan dermawan, Vivy menzahirkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat. “In less than 24 hours, @theduckgroup x @vivapalestinamy fund has raised over half a million for P (Palestine)!!! MasyaAllah!!! We budget 30 days for this campaign but in 1 day it’s already passed 50% thank you everyone!”
Sepanjang situasi huru-hara yang terjadi di Bumi Palestin sejak akhir Ramadan lalu, Vivy turut dilihat kerap memuat naik keadaan kanak-kanak dan rakyat Palestin di samping menunjukkan sokongan penuhnya terhadap saudara seagama di sana.
Tidak hanya bersama-sama membantu menyalurkan sumbangan untuk Palestin, Vivy sebelum ini juga aktif mengumpul dana untuk petugas barisan hadapan dan golongan terjejas susulan wabak Covid-19 di negara ini.
Selain Vivy, Nona percaya ramai rakyat Malaysia termasuk usahawan, selebriti dan syarikat korporat turut menzahirkan keprihatinan mereka dalam menjayakan usaha kutipan dana untuk rakyat Palestin. Semoga sokongan padu semua pihak dapat meringankan beban yang ditanggung penduduk Palestin dan berdoa agar mereka dilindungi daripada insiden tidak diingini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru berusia tiga bulan tapi kecomelan anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini jelas terserlah. Berkulit putih kemerahan dan bermata bundar, permata hati Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati Khairuddin ini bikin peminat terpaku dengan wajah Nur Azura Yamani. Pantang sahaja diagah… anak kecil ini pasti tertawa manis. Alahai, cair tengok!
Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izatti sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat.
Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu… isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.
https://www.instagram.com/p/B68Uafulq1b/
Syukurlah kerana kehadiran Nur Azura Yamani ini menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah.
Hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran cahaya mata comel, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!
Bercerita tentang suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang sedang meniti usia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja toleh beberapa kali.
Walau sudah bergelar ibu, Datin Zai Izatti tetap mementingkan kecantikan diri dan memastikan penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki tetap terjaga. Untung Datuk Jamal!
Ini merupakan perkahwinan keempat Datuk Jamal Abdillah selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Walau jarak usia 35 tahun dengan Datin Zai namun ia bukan halangan buat kedua-duanya melayari perkahwinan bahagia sama seperti suami isteri lain.
Perkahwinan yang diatur keluarga itu juga diterima baik anak-anak lelaki Datuk Jamal iaitu Osama Yamani, 18 tahun hasil pernikahan dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun anak dengan isteri ketiganya iaitu Fatimatuzahrah.
Semoga Nur Azura Yamani membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Mesti Datuk Jamal teruja dengan kelahiran Nur Azura kerana ia adalah kali pertama beliau menimang cahaya mata perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak kira peminat di Indonesia mahupun di negara ini, pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk melihat ruang kediaman selebriti cantik, Luna Maya. Dianggap seorang selebriti yang cukup menjaga privasi, pada pertengahan Jun lalu bekas juri Maharaja Lawak Mega ini akhirnya akur memenuhi permintaan ramai dan berkongsi ruang rumah agamnya buat tatapan umum. Pendedahan tersebut dibuat menerusi saluran YouTube aktor popular Indonesia, Boy William.
Tak sampai sebulan dimuat naik, video tersebut kini sudah mencecah lebih sejuta tontonan! Malah rata-rata mereka yang sudah menontonnya melahirkan rasa kagum dan teruja dengan dekorasi rumah Luna Maya serta personaliti dirinya yang sangat bersahaja. Walau mampu menghuni kediaman yang lebih besar dan extravaganza namun aktres ini memilih untuk hidup bersederhana. Yang penting kata Luna, selesa!
Menerusi paparan video yang dikongsikan jelas menggambarkan sisi sebenar Luna Maya. Dari hiasan yang dipamer, terserlah jiwa seni jelitawan ini. Setiap sudut kediaman banglo setingkat ini diserikan dengan hiasan bingkai gambar lukisan eksklusif di dinding rumah. Bahkan, Luna juga membuat satu sudut khas untuk menempatkan gambar, anugerah dan pingat yang diterima.
Dalam wawancara bersama Boy William, Luna berkata dia gemar menghabiskan masa di ruang tamu rumah. Bersandarkan konsep kediaman open space, ia sekaligus membolehkan penghuninya melihat setiap ceruk rumah dengan lebih terbuka. Lebih menarik, bersebelahan dengan ruang tamu tersebut ialah pemandangan kolam renang yang sering menjadi tempat riadah Luna ketika waktu lapang.
Ujar pemilik nama Luna Maya Sugeng ini lagi, rumah berkenaan dibeli dengan harga sekitar RM2.6 juta dan selepas selesai proses ubah suai mengikut kehendak dan cita rasanya serta harga pasaran semasa… nilai kediaman ini dipercayai mencecah sehingga RM7.5 juta.
Melewati bahagian kamar tidur pula, Luna selesa dengan dekorasi ringkas dan turut meletakkan sebuah televisyen bersama set permainan video. Tanpa berselindung, pelakon filem Suzzanna Bernapas Dalam Kubur ini mengakui dia sememangnya seorang ‘kaki video game‘. Selain katil bersaiz queen, sofa dan televisyen, di ruang ini juga terdapat walking closet yang menempatkan pelbagai koleksi peribadi mewah milik Luna. Antaranya beg tangan, baju, kasut dan aksesori pelengkap gaya. Kebanyakan koleksi yang ada dalam simpanan Luna ialah dari jenama Hermes!
Mengamati simpanan dan koleksi mewah yang tersusun kemas, Boy William teruja untuk mengetahui nilai beg-beg tangan milik wanita berusia 37 tahun ini. Namun Luna bijak menjawab persoalan tersebut dengan tidak mendedahkan harga sebenar beg tangan yang dimiliki. Mungkin kerana dia bimbang jawapan jujurnya akan disalah erti segelintir pihak. Tatkala ditanya mengenai kehidupan Luna sewaktu kecil, selebriti ini lantas membuka bicara.
“Saya memang mahu rumah impian yang homey dan cosy. Waktu kecil dulu saya hidup sederhana. Tak pernah kekurangan tapi bukan lahir dari keluarga yang lavish atau silver spoon. Maksudnya kami sekeluarga juga mampu untuk keluar bercuti ke luar negara.
Memang duit itu penting tapi ia bukanlah nombor satu. Bila berlakunya pandemik (Covid-19) seperti hari ini, saya terfikir jika koleksi-koleksi mewah saya itu boleh jadi cash, memang saya mahu tukar. It’s nice to have beg mahal-mahal tapi saya dah ada a lot! Apabila sudah berusia seperti ini, beg yang kulitnya buaya… sudah tak penting lagi. Mahu ubah pemikiran bahawa less is more dan mahu hidup seadanya. Tak beli baju baru atau sepatu baru.
Pada fasa hidup sekarang, saya mahu ‘kaya’ teman, ‘kaya’ knowledge, ‘kaya’ pengalaman dan berkat. Apa guna berhabisan untuk nampak sesuatu yang kelihatan grand dan kaya serta barang super mahal tapi kalau jiwa dan hati kita kosong?” tegasnya.
Dari apa yang diperkatakan Luna, pasti ramai memahami bahawa selebriti ini semakin rasa lebih tenang dengan kehidupan yang tidak terlalu menonjol dan mewah. Bagi Luna, dia lebih bahagia apabila dikelilingi insan tersayang, harta yang diberkati dan pengetahuan berguna. Jika dihitung kekayaan milik Luna, sudah tentu dia mampu memiliki lebih daripada apa yang dinikmati sekarang namun wanita cantik ini memilih untuk bersederhana kerana sudah puas dengan segala yang dimiliki sebelum ini.
Kredit foto: Instagram Luna Maya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...