Serius, tak tahu hendak beli yang mana satu untuk raya nanti. Lepas tengok koleksi raya yang digayakan selebriti tempatan ini terus rambang mata. Semuanya nampak cantik terletak dan yang paling penting, harga mampu milik. Dalam banyak-banyak himpunan baju raya artis, tiga koleksi berikut paling menarik perhatian. Jadi, bagi anda yang masih belum membeli busana raya.. jom intai busana pilihan selebriti cantik ini.
DATO’ SRI SITI NURHALIZA
Memasuki tahun kedua, koleksi Creacion by Siti Nurhaliza nyata tidak pernah mengecewakan. Selain diakui dari segi rekaan dan kualiti, busana pilihan penyanyi tersohor negara ini sememangnya selesa dipakai. Menampilkan 39 koleksi raya tahun ini yang mengetengahkan tema blossom, anda yang ingin kelihatan cantik dan bergaya seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza kena cepat dapatkan busana indah ilham selebriti cantik ini. Kalau tunggu lama-lama, sold out
nanti!Layari www.creacion.my untuk melihat koleksi ini dengan lebih lanjut!
NEELOFA MOHD NOOR
Bangga dengan pencapaian pelakon dan pengacara popular, Neelofa Mohd Noor, pereka fesyen berbakat besar iaitu Rico Rinaldi mengambil keputusan untuk menjadikan selebriti ini sebagai Face of Summeraya 2018. Menerusi koleksi anggun ini, 46 busana diperkenalkan yang juga merupakan penghasilan skala besar dalam sejarah Rico Rinaldi untuk Ready-to-wear, Bespoke dan Pre-Ramadan. Istimewanya Summeraya 2018, ia menghimpunkan semula rekaan popular dan terbaik sepanjang 10 tahun designer
ini berkecimpung dalam arena fesyen.Jenguk laman www.ricorinaldi.com untuk pilihan yang lebih eksklusif!
MIRA FILZAH
Ia merupakan tahun kedua, Mira Filzah berkolaborasi bersama label fesyen terkenal, Ariani. Dengan tema tahun ini, Ariani Luminous Lebaran 2018 … koleksi yang turut menampilkan dua lagi duta Ariani iaitu Ayda Jebat dan Bella Dally nyata menggamit memori lebaran anda. Kombinasi warna pastel bersama rekaan corak klasik kontemporari yang dihasilkan Ariani berjaya menarik perhatian wanita untuk bergaya raya dengan koleksi indah ini di pagi Syawal. Harga pun berpatutan.
Intai www.arianionline.com hari ini juga untuk pilihan warna dan corak kegemaran anda!
Selain ‘medium’ beli-belah busana raya yang dikongsikan ini, anda boleh mendapatkan pelbagai persiapan raya seperti baju, tudung, kuih-muih dan macam-macam lagi di Karnival Karangkraf x Sifufbads yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula esok di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Ada lebih 50 jenama ditawarkan di karnival hebat ini. Anda dijemput hadir!
This website uses cookies.