Rambut yang sihat mampu menukar karakter seseorang dalam sekelip mata. Tapi kalau mahkota itu dilanda masalah kekeringan, kelemumur, bercabang dan gugur, keyakinan diri pasti terjejas.
Tidak semestinya membuat rawatan di salon untuk menjaga kecantikan rambut, apa yang perlu dilakukan adalah menjaga kecantikan rambut umpama memelihara wajah.
(a) Hindari syampu dengan air panas
Pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan jangan abaikan kesihatan kulit kepala. Syampu mempunyai fungsi menghalang kotoran daripada melekat di helaian rambut serta mengeluarkan minyak yang tidak diperlukan pada kulit kepala. Biarpun begitu, jangan mencuci rambut dengan air panas kerana apabila suhu air terlalu tinggi boleh membuat rambut kering. Rambut kering terjadi apabila kehilangan minyak di kulit kepala yang berfungsi sebagai pelindung rambut. Sebaik-baiknya pilih air sejuk tetapi, jika masih mahu juga membersihkan dengan air hangat boleh memilih air dengan suhu bawah suhu tubuh.
(b) Elak pakai syampu setiap hari
Ini yang selalu wanita buat! Bersyampu setiap hari, terutamanya di kalangan wanita bertudung. Tak perlu bersyampu setiap hari kerana tindakan ini boleh menghilangkan kelembapan semula jadi rambut. Cuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu demi memelihara kelembapan rambut dan melindungi minyak semula jadi rambut.
Ads
(c) Pakai pelindung rambut sebelum berenang
Semua tahu bahan kimia diperlukan untuk memastikan air di dalam kolam renang terpelihara. Namun, bahan kimia ini boleh merosakkan rambut terutama jika berenang merupakan aktiviti riadah yang dilakukan setiap hari. Apa yang boleh dilakukan agar rambut tetap terpelihara cantik dan masih boleh berenang ialah basahkan rambut dengan air bersih kemudian sapu perapi rambut. Jika perlu pakai topi renang sebelum terjun ke dalam kolam. Perapi rambut akan melindungi rambut daripada terkena bahan kimia ketika berenang.
(d) Konsisten potong hujung rambut
Ads
Rambut manusia secara dasarnya tumbuh sekitar 1.25cm setiap bulan. Pertumbuhan rambut berlaku secara konsisten di seluruh kepala. Pola pemakanan yang seimbang boleh mempengaruhi tingkat dan kualiti pertumbuhan rambut. Mungkin terdapat produk yang boleh mempercepat pertumbuhan rambut tetapi tidak begitu efektif. Agar rambut kekal sihat dan cantik potong hujung rambut secara teratur sekurang-kurangnya enam minggu sekali. Memotong hujung rambut ini boleh menjaga hujung rambut tidak kering dan bercabang.
(e) Jangan sikat rambut ketika basah
Tahukah anda rambut yang masih basah tiga kali ganda lebih rapuh, mudah gugur dan putus berbanding rambut kering. Oleh itu, tidak perlu menyikat rambut jika rambut masih basah apatah lagi sebaik sahaja bersyampu. Selepas bersyampu keringkan rambut dengan tuala dan guna jari untuk meleraikan rambut. Jika anda mempunyai sikat bergigi jarang boleh gunakan dalam pergerakan yang perlahan dan lembut.
(f) Hindari guna pengering rambut
Ads
Seperti yang diketahui rambut dalam keadaan basah sangat rapuh. Mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut bukan langkah yang terbaik. Pelihara kecantikan rambut dengan mengeringkannya secara semula jadi. Boleh membiarkan rambut kering sendiri atau menggunakan kipas angin jika mahu lebih cepat.
(g) Guna telur sebagai masker
Selain menggunakan produk rawatan rambut moden boleh juga menggunakan cara tradisional untuk memelihara rambut. Telur ayam mempunyai pelbagai kegunaan dan boleh melembapkan rambut. Mudah sahaja caranya iaitu ambil putih telur mengikut kepanjangan rambut dan sapu di setiap bahagian rambut. Bungkus dengan kain yang telah direndam dengan air hangat. Biar selama 20 minit kemudian bilas dan syampu seperti biasa.
(h) Perapi rambut bersama madu
Jika tidak suka dengan bau telur boleh juga mencuba satu lagi cara yang mudah. Campur satu sudu besar perapi rambut yang biasa digunakan dengan satu sudu teh madu. Sapu di bahagian rambut seperti mana kebiasaan menyapu perapi rambut. Biar selama 30 minit kemudian bilas sehingga bersih. Madu boleh membuat rambut bersinar dan lembut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak pernah menonton filem The Princess Diaries lakonan Anne Hatheway yang ditayangkan pada tahun 2001, dan kesinambungannya The Princess Diaries: Royal Engagement pada tahun 2004. Filem rom-com yang mengisahkan bagaimana seorang remaja perempuan biasa, Mia Thermopolis yang tidak mengetahui bahawa dirinya berdarah raja, terpaksa menyesuaikan diri pelbagai cabaran menjadi seorang puteri raja.
Mujurlah Mia mendapat sokongan, dorongan dan tunjuk ajar dari neneknya, Clarisse, permaisuri dari Kerajaan Genovia, yang dilakonkan penuh magis oleh pelakon veteran dan berbakat besar, Julie Andrews. Julie Andrews atau nama sebenanrnya Julia Elizabeth Wells yang lahir pada 1 Oktober 1935) ialah seorang pelakon, penyanyi, dan pengarang yang lahir di Walton-on-Thames, England. Beliau terkenal dengan lakonannya dalam filem-filam lagenda seperti Mary Poppins(1964) dan The Sound of Music (1955).
Lakonannnya juga turut mendapat pengiktirafan pihak Academy apabila menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik selama 3 kali pada tahun 1965, 1983 dan 1966. Julie juga tampil sebagai penyumbang suara untuk filem Minions: Rise of The Guru baru-baru ini.
Bersempena dengan ulang tahun filem The Princess Diaries yang ke-20 tahun ini, NONA tertarik dengan penampilan serta personaliti Julie Andrews yang sehingga kini masih kelihatan anggun, aktif dan sihat walaupun usianya sudah mencecah 86 tahun. Apa agaknya rahsianya?
(Kredit foto oleh Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic)
Walaupun Julie Andrews sering menegaskan bahawa dia mewarisi kecantikan daripada ibunya, namun Julie cukup memegang erat nasihat ibunya. Menerusi temubualnya bersama majalah Elle baru-baru ini Julie berkata “Demi tuhan, sentiasa bersihkan kulit wajah anda dengan betul”. Ibunya juga pernah menasihatinya untuk membersihkan wajahnya setiap hari bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan krim selain mencuci dengan pencuci muka.
Julie terus berkongsi selain rutin penjagaan wajahnya, Julie turut menegaskan rahsianya adalah banyakkan meminum air masak agar wajah kekal hidrat dan segar. “Pastikan anda minum air masak, walau di mana saja anda berada”, jelas Julie.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak syak lagi, Datin Seri Maria Farida mewarisi gen cantik daripada ibu tersayang. Melihat gambar anak dan ibu ini, tidak hairanlah pelakon wanita berkenaan masih kelihatan anggun jelita walau sudah meningkat usia. Tengok sahaja raut wajah ratu hati Datin Seri Maria ini, ibarat tidak menua!
28 Mac lalu isteri Datuk Seri Rahman Shakur ini genap berusia 55 tahun. Walau dah meniti usia 50an namun pesona Datin Seri Maria Farida tetap memikat.
Apatah lagi, ramai dalam kalangan peminat seni tanah air mengagumi kecantikan yang dimiliki wanita berketurunan Melayu-Filipina berkenaan.
Pendek kata, persis anak dara! Kalau tengok wajah dan penampilan ramping Datin Seri Maria, mesti ada yang percaya ibu tiga cahaya mata ini baru berusia sekitar 30an.
Ternyata, bintang filem Bisikan Cinta berkenaan bertuah kerana Datin Seri Maria Farida warisi gen cantik ibu tersayang. Difahamkan ibu Datin Seri Maria iaitu Mahani Maidin atau dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Sebelum ini Datin Seri Maria pernah berkongsi video yang memaparkan ibunya membuat persembahan tarian sekitar tahun 1975.
Tulisnya, “My mummy. Back in the 70’s when I was just a little girl, not knowing that my mom was a ballerina and traditional performer. Everyone in that era knows her. So I guess that’s where I got some of my talent.”
Dalam temu bual bersama Datin Seri Maria bersama Nona sebelum ini, dia bersyukur atas kurniaan yang diterima hari ini.
“Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif.
Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Alahai, comelnya buah hati Mawar Karim ini! Makin menginjak usia makin terserlah kecomelan Wan Maryam. Melihat wajah terkini anak tunggal usahawan Tudung Fareeda berkenaan jelas kelihatan Maryam seorang kanak-kanak yang membesar sihat dan ceria.
Sebagai ibu, Mawar juga tidak terkecuali seperti ibu bapa lain yang gemar berkongsi telatah anak tersayang di media sosial. Malah rata-rata followers setia terhibur dengan sikap buah hati Mawar ini yang pandai bergaya.
Tidak kira apa jua perayaan, pasti terselit aksi Maryam di samping ibu kesayangan.
Terbaharu, Mawar memuat naik gambar memaparkan dirinya menyambut ulang tahun kelahiran Maryam yang keenam pada 29 Disember lepas.
Tidak ketinggalan menitipkan doa dan ucapan sempena hari lahir ialah bapa Maryam, Fizo Omar. Dalam perkongsian di media sosial, aktor ini mengimbau momen ketika anak sulungnya itu berusia dua tahun.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar namun berpisah selepas enam tahun bergelar suami isteri. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan Wan Maryam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Janetira Attaskulchai mungkin agak asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Namun di Thailand, nama keluarga Attaskulchai merupakan golongan elit dan ahli perniagaan berpengaruh...