Selain kehilangan ‘me-time’, masalah rambut gugur teruk pasca bersalin turut merunsingkan malah pengakuan jujur Rihanna yang kini berambut pendek raih pujian peminat.

Tampil dengan kejutan potongan rambut pendek keriting dan tanpa rambut palsu, imej terbaharu selebriti Rihanna baru-baru ini mencuit tumpuan.

Ads

Wanita yang baru sahaja melahirkan anak kedua, Riot Rose Mayers, pada Ogos 2023 itu rupa-rupanya mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.

Dalam sebuah temu bual dengan Refinery29 sempena majlis pelancaran Rihanna x Fenty Hair di LA, penyanyi dan usahawan jenama Fenty ini mendedahkan pengalaman keguguran rambut selepas bersalin.

Tonton video penuh bersama Rihanna di bawah…

 

“Saya tak sangka ia akan berlaku secara berterusan. Mulanya saya ingat ia berlaku sekali dan akan tumbuh semula. Namun, lama-kelamaan semakin teruk apabila rambut makin gugur di bahagian kepala yang berbeza pada setiap masa.

Jadi saya rasa cukuplah, enough is enough,” luah ibu kepada si comel sulung RZA Athelston Mayers itu kepada Refinery29.

Pengakuan Rihanna ini meraih pujian peminat yang rata-ratanya kagum dengan ketelusan beliau bercerita hal sebenar terhadap wanita selepas melahirkan.

Meskipun terkejut, Rihanna akhirnya menerima keadaan tersebut dan belajar untuk mengatasi masalah rambut gugur dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan memotong rambut pendek dan membuat perawatan terbaik untuk menyihatkan rambut.

Ads

Malah sesudah menemui solusi yang tepat, Rihanna turut melancarkan rangkaian penjagaan rambut Fenty Hair untuk menangani masalah serupa, sekaligus memberi peluang kepada peminat-peminat wanita beliau mendapatkan semula mahkota wanita yang sihat dan bersinar.

Rambut Gugur Teruk Pasca Bersalin, Pengakuan Jujur RIHANNA Raih Pujian Peminat
Instagram @badgalriri

 

Rambut Gugur Teruk Pasca Bersalin, Pengakuan Jujur RIHANNA Raih Pujian Peminat
Instagram @badgalriri

 

Ads

RAMBUT GUGUR

Masalah keguguran rambut selepas melahirkan atau postpartum hair loss merupakan keadaan normal dialami oleh ibu-ibu. Kondisi terjadi disebabkan oleh perubahan hormon estrogen selama kehamilan dan setelah bersalin.

Hormon kehamilan menyebabkan banyak rambut pada fasa pertumbuhan (fase anagen) memasuki masa istirahat (fase telogen) secara tiba-tiba, di mana rambut berhenti tumbuh.

Setelah bersalin, hormon tersebut menurun dan menyebabkan rambut memasuki fasa telogen. Ia diikuti dengan masalah keguguran rambut seperti yang dialami oleh majoriti wanita bersalin.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/anak-presiden-rusia-pakar-sains-perubatan-kecantikan-dr-maria-vorontsova-jadi-tumpuan-dunia/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI