Rambut adalah mahkota wanita. Tapi jika kutu sudah mula bersarang di kepala, hati-hatilah takut ‘berjangkit’ dengan orang lain pula.

‘Bertarung’ sebelum menang!

IKLAN

Jangan fikir jika anda sudah menyingkirkan kutu dewasa, masalah kutu akan selesai. Anda salah kerana kutu dewasa akan bertelur pada helaian rambut dan ia akan mula membiak. Anda sebenarnya baharu saja masuk gelanggang pertarungan untuk memecahkan telur-telur kutu yang melekat pada rambut.

Bukan Wajah Saja Perlu Cantik, Rambut Pun Kena BERSIH Takut Kutu BERSARANG!

Rawatan kutu

Segera dapatkan rawatan di salun. Boleh juga dapatkan ubat kutu atau pediculicide di farmasi berdekatan. Baca dengan teliti arahan pada kotak ubat dan ikuti langkah ini:

  • Sarung kemeja-T lama dan duduk di dalam bilik air. Minta tolong daripada suami atau rakan supaya kerja-kerja ‘pembersihan’ dijalankan dengan lebih mudah.
  • Sapukan ubat pada rambut dan kulit kepala mengikut arahan pada botol.
  • Biarkan ubat meresap pada keseluruhan rambut dan biarkan seketika, lebih kurang satu jam. Jangan biarkan terlalu lama.
  • Kemudian, basuh rambut menggunakan air, BUKAN syampu! Jangan  gunakan syampu selama dua hari selepas melakukan rawatan ini.

Bukan Wajah Saja Perlu Cantik, Rambut Pun Kena BERSIH Takut Kutu BERSARANG!

Sikat kutu

Jika anda membuat rawatan kutu sendiri di rumah, gunakan sikat kutu yang berfungsi menarik telur dari rambut dengan lebih baik.

  • Bahagikan rambut kepada dua bahagian.
  • Bermula dengan kulit kepala, sisir rambut dari akar sehingga ke bahagian hujungnya.
  • Celupkan sikat ke dalam air suam bersama sabun untuk menanggalkan kotoran pada sikat dan membunuhnya serta merta.
  • Teruskan menyisir di setiap bahagian rambut dan bersihkan sikat setiap kali selesai menyisir satu bahagian. Kutu dan telurnya boleh dimatikan dengan air bersuhu 128 darjah Celsius. Rendamkan selama lima minit sahaja.

Bukan Wajah Saja Perlu Cantik, Rambut Pun Kena BERSIH Takut Kutu BERSARANG!

Bersihkan persekitaran

IKLAN

Setelah selesai dengan rawatan, bersihkan pakaian, cadar, sarung bantal, patung mainan dan pelbagai jenis fabrik yang digunakan dengan air panas. Kemudian keringkan dengan pengering panas.

Kutu mudah berjangkit. Bagi barangan yang tak boleh direndam dalam air panas seperti berus sikat dan perhiasan rambut, masukkan ke dalam beg plastik dan biarkan selama dua minggu. Kutu akan mati tanpa udara  dan makanan.

Bukan Wajah Saja Perlu Cantik, Rambut Pun Kena BERSIH Takut Kutu BERSARANG!

Cuka epal

IKLAN

Anda boleh juga menggunakan cuka epal. Campurkan ½ cawan air dan ½ cawan cuka epal. Tuangkan pada rambut dan kulit kepala yang berkutu. Gunakan sikat kutu untuk memudahkan kerja anda.

Bukan Wajah Saja Perlu Cantik, Rambut Pun Kena BERSIH Takut Kutu BERSARANG!

Semburan minyak

Beberapa jenis minyak dari bahan semula jadi membantu menghilangkan kutu dengan lebih mudah. Bancuhkan lima titis minyak essential bersama 1 aun air. Antara minyak yang boleh digunakan:

  • Minyak tea tree
  • Lavender
  • Oregano
  • Peppermint
  • Thyme
  • Eucalyptus

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI