Sejujurnya, pernahkah anda terfikir, cara yang diamalkan selama ini menjadi penyebab kerosakan pada rambut dan kulit kepala? Kali ini, Nona kongsikan kaedah yang betul untuk mencuci rambut.

  • Sebelum membasuh, sikat rambut terlebih dahulu. Rambut yang kusut penyebab rambut menjadi lebih kusut.
  • Basahkan rambut dan kulit kepala dengan air hangat yang akan membuka kutikel dan bersih daripada minyak dan kotoran. Lebih baik di bawah pancuran atau pili air yang mengalir.
  • Tuang syampu secukupnya pada telapak tangan, lalu gosok perlahan hingga berbuih. Sapukan pada rambut dan kulit kepala sambil melakukan urutan dengan hujung jari untuk melancarkan peredaran darah.
  • Elakkan menggaru dengan kuku kerana akan mencederakan kulit kepala dan penyebab alahan.
  • Bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kutikel yang sebelumnya telah terbuka.
  • Perah rambut dengan lembut untuk mengurangkan kadar air. Oleskan perapi secukupnya pada helaian rambut sahaja.
  • Untuk mengeringkannya, perah rambut perlahan dan tempelkan pada tuala. Biarkan rambut kering dengan sendirinya.
  • Bagi jenis rambut berminyak, disarankan dicuci setiap hari. Untuk rambut normal dan cenderung kering, cuci rambut 2 ke 3 kali seminggu.

TIP SELEBRITI

Ads

(a) Rambut Berkilau ala Kelly Brook

Rambut Kerap GUGUR & ROSAK? Cuba Kaedah Yang Tepat Ini Untuk Mencuci Mahkota Kesayangan Anda

Jika anda mempunyai rambut yang cenderung kering dan bercabang, elakkan air hangat saat ramas dan gunakan deep conditioner yang mempunyai tekstur krim yang lebih pekat sehingga dapat melembapkan rambut secara lebih mendalam.

(b) Rambut Sihat Gwyneth Paltrow

Rambut Kerap GUGUR & ROSAK? Cuba Kaedah Yang Tepat Ini Untuk Mencuci Mahkota Kesayangan Anda

Gwyneth mengamalkan pemakanan berunsurkan bahan organik agar rambut selalu sihat dan bersinar.

(c) Rambut beralun Elle Macpherson

Rambut Kerap GUGUR & ROSAK? Cuba Kaedah Yang Tepat Ini Untuk Mencuci Mahkota Kesayangan Anda

“Saya selalu mengurut kulit kepala selama beberapa minit setiap hari. Ia bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah menjadikan kulit kepala tetap sihat dan pertumbuhan rambut menjadi lebih kuat,” ujar bekas supermodel dan pemilik brand kecantikan ‘The Body’ ini.

TRIVIA RAMBUT

Ads

RAWAT SIKAT ANDA

Bersihkan sikat secara rutin dengan syampu bayi dan titisan air limau diikuti dengan memberus serta dibilas di bawah air mengalir.

ELAKKAN RAMBUT BERCABANG

Lakukan trimming rambut di salun sebulan sekali. Kebiasaan ini berguna untuk membuang hujung rambut yang telah bercabang dan rosak. Jika tidak sempat melakukan rawatan ini di salon, gunting hujung rambut bercabang di rumah. Seterusnya lakukan rawatan topeng (mask) rambut.

Ads

NUTRISI RAMBUT

Kekacang dan daging termasuk ikan salmon yang kaya dengan protein, omega3, zink dan vitamin B. Kandungan tersebut membantu menutrisi rambut daripada dalam sekaligus memperbanyakkan sel darah merah yang membawa oksigen ke setiap helaian rambut.

APLIKASI SERUM

Sapukan serum rambut ketika mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Serum ini berguna sebagai pelindung serta rawatan tambahan agar rambut tidak mudah rosak . Pilih yang mempunyai kandungan macadamia dan minyak argan untuk menutrisi, melembutkan dan memberi kilau pada rambut tanpa menjadikannya lepek.

PILIHAN TUDUNG

Gunakan hijab warna putih atau cerah pada keadaan udara panas. Hijab berwarna gelap lebih cepat menyerap panas yang menyebabkan keadaan lembap di sekitar kepala dan rambut. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI