Sejujurnya, pernahkah anda terfikir, cara yang diamalkan selama ini menjadi penyebab kerosakan pada rambut dan kulit kepala? Kali ini, Nona kongsikan kaedah yang betul untuk mencuci rambut.
TIP SELEBRITI
(a) Rambut Berkilau ala Kelly Brook
Jika anda mempunyai rambut yang cenderung kering dan bercabang, elakkan air hangat saat ramas dan gunakan deep conditioner yang mempunyai tekstur krim yang lebih pekat sehingga dapat melembapkan rambut secara lebih mendalam.
(b) Rambut Sihat Gwyneth Paltrow
Gwyneth mengamalkan pemakanan berunsurkan bahan organik agar rambut selalu sihat dan bersinar.
(c) Rambut beralun Elle Macpherson
“Saya selalu mengurut kulit kepala selama beberapa minit setiap hari. Ia bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah menjadikan kulit kepala tetap sihat dan pertumbuhan rambut menjadi lebih kuat,” ujar bekas supermodel dan pemilik brand kecantikan ‘The Body’ ini.
TRIVIA RAMBUT
RAWAT SIKAT ANDA
Bersihkan sikat secara rutin dengan syampu bayi dan titisan air limau diikuti dengan memberus serta dibilas di bawah air mengalir.
ELAKKAN RAMBUT BERCABANG
Lakukan trimming rambut di salun sebulan sekali. Kebiasaan ini berguna untuk membuang hujung rambut yang telah bercabang dan rosak. Jika tidak sempat melakukan rawatan ini di salon, gunting hujung rambut bercabang di rumah. Seterusnya lakukan rawatan topeng (mask) rambut.
NUTRISI RAMBUT
Kekacang dan daging termasuk ikan salmon yang kaya dengan protein, omega3, zink dan vitamin B. Kandungan tersebut membantu menutrisi rambut daripada dalam sekaligus memperbanyakkan sel darah merah yang membawa oksigen ke setiap helaian rambut.
APLIKASI SERUM
Sapukan serum rambut ketika mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Serum ini berguna sebagai pelindung serta rawatan tambahan agar rambut tidak mudah rosak . Pilih yang mempunyai kandungan macadamia dan minyak argan untuk menutrisi, melembutkan dan memberi kilau pada rambut tanpa menjadikannya lepek.
PILIHAN TUDUNG
Gunakan hijab warna putih atau cerah pada keadaan udara panas. Hijab berwarna gelap lebih cepat menyerap panas yang menyebabkan keadaan lembap di sekitar kepala dan rambut. KR
This website uses cookies.