Baru-baru ini, jenama popular Marks & Spencer telah bekerjasama dengan TCH Foodworks menganjurkan bengkel memasak “Cook With M&S” untuk membantu masyarakat menguasai seni memasak di rumah.
Buat julung kalinya, peruncit terkemuka Britain, Marks & Spencer menjalin kerjasama dengan studio masakan TCH Foodworks untuk memperkenalkan satu siri bengkel memasak untuk membantu komuniti penggemar makanan menguasai seni memasak hanya dari keselesaan dapur sendiri di rumah!
Dengan keadaan semasa di mana kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah dan melakukan kerja dari rumah, ia merupakan saat terbaik masyarakat Malaysia mengasah bakat memasak dengan menggunakan produk masakan yang mudah untuk digunakan.
Dengan tagline “Masak dengan M&S”, bengkel tersebut diharapkan dapat memberi inspirasi dan lebih banyak kreativiti dalam menghasilkan idea resipi untuk sajian seisi keluarga.
Setiap bengkel menampilkan dua resipi yang telah dipatenkan oleh Chef Collin Edward dari TCH Foodworks dan pasukannya. Manakala resipi pula akan diselaraskan bagi membolehkan anda bereksperimen dengan resipi menggunakan pelbagai ramuan “Masak dengan M&S” yang pelbagai antaranya termasuklah sos, perasa hingga pasta dan banyak lagi.
Pada sesi bersama media, Chef Collin telah mengolah resipi istimewa antaranya termasuk Ayam Goreng Korea Madu Glazed, Udang Cili Manis dengan Lada Merah Panggang Tomato Papardelle, Tart Keju Panggang Ratatouille,Fajita Chicken Burrito Bowl, Chipotle Steak Poke with Cauliflower Rice and Mango Salda, Espresso Chocolate Tiramisu with Chocolate Coated Ginger Snaps dan SpicyTuna Pie.
“M&S mempunyai pelbagai jenis bahan masakan. Di TCH Foodworks, kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan M&S untuk bengkel memasak ini. Kami sangat seronok menguji rangkaian “Masak dengan M&S” dan memasak resipi yang lazat yang kami harap masyarakat dapat bersama-sama belajar memasak dan menyediakan makanan dalam masa yang singkat di rumah untuk keluarga, apatah lagi dalam situasi berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Lembah Klang,”ujar Collin, Chef dan rakan pengasas TCH Foodworks.
M&S melancarkan rangkaian ramuan dan bengekl memasak Cook With M&S untuk membantu keluarga menjadikan waktu makan malam lebih mudah daripada sebelumnya.
Dihasilkan dari bahan-bahan asli dari pelbagai jenis masakan di seluruh dunia, ini bermakna keluarga dapat menjelajah pelbagai hidangan yang lazat dari seluruh dunia hanya dalam beberapa minit dengan rasa baharu setiap malam dalam seminggu hanya dari keselesaan dapur kediaman sendiri!
This website uses cookies.