Masih ingat lagi dengan penyanyi cantik bersuara lunak, Azie Mustapha? Terkenal dengan lagunya Pelamin Anganku Musnah dan Kau Tetap Dalam Anganku. Inilah wajah terkininya, masih cantik dalam usia 45 tahun.

Ads

Nona menyingkap rahsia serta perkembangan terkini artis kelahiran Kuching, Sarawak ini yang rancak berniaga dari rumah secara online dengan tanda pagar #aziedapoanganku

Rancak Berbisnes Di Sarawak, AZIE MUSTAPHA Kekal Cantik Di Usia 45 Tahun
Wajah terkini penyanyi cantik, Azie Mustapha yang terkenal dengan lagu ‘Pelamin Angan Ku Musnah’.

Rancak Berbisnes Di Sarawak, AZIE MUSTAPHA Kekal Cantik Di Usia 45 Tahun“Saya kini menetap sepenuhnya di Kuching, Sarawak bersama suami dan 3 cahayamata. Anak sulung dah berusia 20 tahun, anak kedua 17 tahun dan yang ketiga 11 tahun. Saya kini menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan surirumah sepenuh masa sejak berlakunya pandemik COVID-19. Semua undangan nyanyian sebelumnya terpaksa ditolak. Redha dengan keadaan dan saya yakin dengan rezeki.

Rancak Berbisnes Di Sarawak, AZIE MUSTAPHA Kekal Cantik Di Usia 45 TahunRancak Berbisnes Di Sarawak, AZIE MUSTAPHA Kekal Cantik Di Usia 45 TahunSekarang ini saya bergiat dalam bisnes masakan dan baking secara online. Bisnes harian saya ialah menghasilkan Curry Puff Carbonara dan Popia Carbonara Goreng. Saya juga menerima tempahan frozen food. Manakala tempahan kek, kuih, hidangan minum petang, untuk bersedekah pun saya terima. Bila perayaan saya turut menerima tempahan biskut-biskut terutama daripada regular customer.

Rancak Berbisnes Di Sarawak, AZIE MUSTAPHA Kekal Cantik Di Usia 45 TahunSebagai peniaga kecil-kecilan, saya sentisa pastikan produk betul-betul fresh kerana saya tak suka simpan stok. Bila customer gembira ia satu kepuasan bagi saya. Alhamdulillah feedback yang diterima pun sangat memberangsangkan, selalu dapat repear order. Dengan adanya online business ini dapatlah juga penuhi masa lapang saya di rumah.

Ads

Rancak Berbisnes Di Sarawak, AZIE MUSTAPHA Kekal Cantik Di Usia 45 TahunMASIH ANGGUN
Saya bersyukur atas kurniaan Allah Taala. Yang penting jaga kesihatan. Kaya macam mana sekalipun kita kalau tidak sihat tiada makna. Paling penting percaya dan redha denagn ciptaan Allah SWT. Untuk kekal sihat dan cantik, rutin harian saya dengan mengamalkan makan suplemen dan vitamin serta minum air kosong secukupnya. Tidur kena cukup, makan minum kena jaga lebih-lebih lagi kalau dah berusia 35 tahun ke atas penyakit mudah nak ‘datang’.

Ads

Rancak Berbisnes Di Sarawak, AZIE MUSTAPHA Kekal Cantik Di Usia 45 TahunRancak Berbisnes Di Sarawak, AZIE MUSTAPHA Kekal Cantik Di Usia 45 TahunSaya jaga waktu makan. Paling penting ialah sarapan, jangan skip. Kalau tak makan tengahari sekalipun sekurang-kurangnya dah bersarapan kerana ia membekalkan tenaga. Sebagai suri rumahtangga nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya. Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup. Saya sentiasa berdoa agar diberi kesihatan yang baik. Hati kena bersih. Bila dalaman bersih akan terserlah kecantikan sebenar di luaran.

Rancak Berbisnes Di Sarawak, AZIE MUSTAPHA Kekal Cantik Di Usia 45 TahunKredit Foto: Instagram @azie_mustapha

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI