Wanita harus merancang keluarga. Inilah antara kata-kata kesedaran yang disebut berkali-kali dalam forum Take Control 2022 sempena sambutan Hari Kontraseptif Sedunia yang diraikan pada 26 September setiap tahun.
30 tahun sebelum ini, isu perancang keluarga bagai sesuatu yang cuba disembunyikan dan tidak dibahaskan secara terbuka. Namun kini, ia perlu diberitahu dan diambil tahu oleh semua pihak demi kesejahteraan hidup berkeluarga.
Ads
Istilah perancang keluarga sering disalah ertikan. Ramai masih beranggapan bahawa perancang keluarga adalah untuk tidak memiliki anak.
Sedangkan perancang keluarga lebih bersifat holistik yang merangkumi semua aspek kesihatan termasuk kesejahteraan ibu, anak dan keluarga.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu: Perancangan Keluarga Dunia (2017), antara sebab wanita tidak mengamalkan kaedah perancang keluarga adalah:
Bercadang untuk berkahwin (31.5 peratus)
Kerisauan terhadap kesan sampingan perancang keluarga (16.4 peratus)
Tidak berminat (13.7 peratus)
Tidak selesa (12.0 peratus)
Mengamalkan kaedah abstinen (2.9 peratus)
Ketidakizinan
Bantahan pasangan (2.1 peratus).
Hal ini menunjukkan terdapat cabaran dalam penyampaian Perkhidmatan Perancang Keluarga di seluruh dunia, bukan hanya di negara kita semata-mata.
Ads
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus memperkasakan advokasi dan promosi perancang keluarga bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia terhadap kaedah serta keperluan perancang keluarga melalui Forum Take Control 2022 anjuran bersama Eurodrug Laboratories Malaysia dan CARiNG Pharmarcy.
Ads
“Malaysia menunjukkan kadar prevalens kontraseptif yang stagnant sejak 30 tahun lalu iaitu pada kadar 52.5 peratus (%) dan terendah berbanding negara-negara Asia lain.
Daripada jumlah itu, 34.3 peratus (%) mengamalkan kaedah moden manakala 17.9 peratus (%) mengamalkan kaedah tradisional.” Ketua Pengarah LPPKN, Tuan Haji Abdul Shukur
Justeru menurut beliau, program advokasi pendidikan dan promosi perkhidmatan perancang keluarga sentiasa diperkasakan dan menggesa lebih banyak badan-badan korporat bidang kesihatan serta badan bukan kerajaan atau NGO turut bersama-sama menjayakan usaha ini bagi mencapai matlamat penurunan kadar unmet need dalam kalangan masyarakat.
Forum ini membariskan empat (4) panel iaitu Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj@Hj. Ramli, Pakar Perunding O&G, Pengasas dan Pengarah Akademi Dr. Har, Dr. Wan Hilya Munira Mustapha, Pegawai Perubatan, LPPKN, Fatin Zafira Mohd Yassim, Ahli Farmasi CARiNG Pharmacy dan selebriti jemputan, Ummi Nazeera.
Turut hadir, Hairil Fadzly Md. Akir, Timbalan Ketua Pengarah Dasar LPPKN, Dr. Azizuddin Mohd Yussof, Pengarah Bahagian Reproduksi Manusia LPPKN, Susan Yap, Pegawai Jualan dan Pemasaran Eurodrug Laboratories Malaysia serta Loo Jooi Leng, Pengarah Pemasaran CARiNG Pharmacy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan istimewa penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi laporan cuaca daripada MET Malaysia dalam Berita Wilayah terbitan RTM, jam 5 petang pada Rabu, mencuri perhatian ramai. Menerusi slot berdurasi hampir dua minit tersebut, Siti, 43, melaporkan perkembangan terkini keadaan cuaca yang melanda negara yang disediakan agensi terbabit dalam bentuk info grafik.
Siti mengharapkan penampilan dan kolaborasinya bersama Met Malaysia itu dapat memberi manfaat kepada orang ramai. “Alhamdullillah, terima kasih MET Malaysia menjemput saya berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember.
“Kolaborasi itu diharap dapat mengalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca, dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora,” ujar Siti.
Tidak hanya berkongsi laporam cuaca, penyanyi Anta Permana itu juga turut menitipkan pesanan buat penonton dan orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah penjagaan yang sewajarnya ketika berdepan bencana dan cuaca tidak menentu.
Menariknya Siti dilihat tampil berkeyakinan dengan gaya penyampaiannya tersendiri.
Meninjau ruangan komen di saluran YouTube Met Malaysia yang turut menyiarkan laporan tersebut, rata-rata peminat dan penonton memuji Siti yang disifatkan turut berbakat sebagai pembaca berita dan penyampai laporan cuaca.
Sumber: Sinar Plus
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selaku penyanyi nombor satu negara dan rakyat Malaysia pertama memiliki jumlah pengikut paling tinggi di Instagram iaitu 7.2 juta orang, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggunakan pengaruh yang ada untuk membantu para frontliners, individu terjejas akibat Covid-19 dan bantuan khas kepada golongan kurang bernasib baik sempena ketibaan Ramadan dan Syawal ini menerusi inisiatif Dana PKP Siti Nurhaliza.
PKP yang dimaksudkan Datuk Seri Siti bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi ia merupakan singkatan kepada Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin iaitu satu bentuk sumbangan yang disalurkan kepada tiga kumpulan terlibat. Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk membantu para pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi ini melalui pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza.
Berkongsi usaha murni itu di laman media sosial miliknya, isteri Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini menjelaskan objektif Dana PKP Siti Nurhaliza dibahagikan kepada tiga kategori.
Pertama, Peduli(P) yang membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat-pusat perubatan yang terlibat menangani Covid-19. Antaranya termasuk peralatan perlindungan PPE, topeng muka dan sarung tangan.
Kedua, Kemanusiaan (K) iaitu membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan. Bantuan kepada keluarga terjejas pendapatan di samping mempunyai anggota keluarga OKU atau penyakit kronik.
Dan ketiga, Prihatin (P) yang menumpukan kepada bantuan khas sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan kurang berkemampuan serta rumah-rumah kebajikan.
Bagi memudahkan urusan pemberian sumbangan kepada kumpulan terlibat, satu platform dinamakan Kitafund diwujudkan. Ujar Datuk Seri Siti, “Platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma selain memudahkan orang ramai untuk menyumbang di atas talian (online) tanpa ragu-ragu.”
Sebagai langkah permulaan, SNP mensasarkan pengumpulan dana keperluan segera bagi kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000. Memetik kenyataan Datuk Seri Siti kepada Berita Harian, “Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh PKP dilanjutkan dan banyak jenis bantuan akan disalurkan.”
Sumbangan boleh dibuat secara pembayaran sama ada menggunakan Perbankan Atas Talian (Online Banking), Kad Kredit/Debit/PayPal atau E-Wallet seperti Boost/GrabPay/Touch n Go.
Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga akan menjayakan Youtube Live PKP Siti Nurhaliza di saluran Youtube Siti Official Video pada 19 April 2020 bermula jam 2.30 petang. Menariknya, para penonton di saluran Youtube ini nanti berpeluang menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR dan selebriti ini akan menghiburkan anda dengan nyanyian lagu-lagu pilihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kun faya kun.. 23 Disember 1992 Dylan Sahara dilahirkan dan tanggal sama tahun ini juga isteri kepada vokalis, Riefian Fajarsyah atau Ifan Seventeen ini telah kembali ke pangkuan ilahi. Pada saat usianya mencecah 26 tahun dan mengecap kebahagiaan di samping suami tercinta, Dylan yang menemani Ifan ketika membuat persembahan di Banten, Indonesia baru-baru ini merupakan antara hampir 400 mangsa korban tragedi tsunami Selat Sunda.
Selain Dylan, tiga lagi ahli kumpulan muzik Seventeen iaitu Muhammad Awal Purbani, Herman Sikumbang dan Wisnu Andi Darmawan turut meninggal dunia dalam bencana yang berlaku pada 22 Disember lalu. Pun begitu, mayat Dylan akhirnya ditemui selepas dua hari hilang tanpa berita.
Memetik laporan Tribun Timur.com, pada hari kejadian Dylan dipercayai duduk bersebelahan isteri kembar Ifan, Riedhan Fajarsyah iaitu Cynthia Wijaya di belakang pentas. Mereka dikatakan lari menyelamatkan diri bersama-sama namun takdir Allah, Dylan terus ditarik ombak tsunami.
Lebih memilukan, beberapa minit menjelang konsert Seventeen.. kembar Ifan ada memikirkan tentang tsunami di kawasan berkenaan memandangkan lokasinya yang berada di Selat Sunda. Namun, dia tidak menyangka khayalan tersebut rupa-rupanya satu petanda.
Walau sedih kehilangan isteri dan rakan seperjuangan, Ifan dilihat cukup positif menerima ketentuan Allah SWT. Jenazah Dylan selamat dikebumikan semalam.
“Isteriku memang bukan manusia yang sempurna, begitupun aku. Tapi dia tak pernah berhenti terus menjadi isteri yang baik, I know you have tried your best and it’s not easy for you, but you did it baby.
Sayang, Allah mempertemukan kita, Allah pula yang memisahkan kita. Doakan suamimu agar menjadi suami yang soleh, biar aku bisa menuntut hak ku buat aku berpasangan denganmu di akhirat nanti untuk selamanya.”
Moga roh semua mangsa korban tsunami Selat Sunda ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Kredit: Instagram Ifan Seventeen
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...