Memahami impian ramai wanita yang mendambakan kulit wajah cerah, sihat dan sempurna, NOIR memperkenalkan formulasi terbaharu dalam rangkaian
penjagaan kulit wajah terkini dikenali sebagai WHITE SERIES.

Rangkaian Penjagaan Wajah NOIR WHITE SERIES Kini Di Pasaran, MADAMMU Tampil Jelita Sarat Hamil 7 Bulan

Ads

NOIR WHITE SERIES  mampu memberikan kepuasan berganda kepada para wanita
untuk memiliki kulit ekstra cerah dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan
keserian wajah.

Rangkaian terbaharu WHITE SERIES ini  telah dilancarkan oleh pengasas NOIR, Madammu sambil disaksikan oleh 150 hadirin terpilih terdiri daripada usahawan NOIR dari seluruh negara. Meskipun sedang sarat hamil 7 bulan, kejelitaan Madammu tetap menyerlah tatkala memperkenalkan rangkaian produk terbaharu NOIR itu.

Rangkaian Penjagaan Wajah NOIR WHITE SERIES Kini Di Pasaran, MADAMMU Tampil Jelita Sarat Hamil 7 Bulan

Menurut Madammu yang ditemui ketika pelancaran tersebut berkata rangkaian WHITE SERIES diperkaya dengan formulasi bahan aktif semula jadi yang terdiri daripada gabungan ekstrak Kakadu plum dan Chamomile.

“Lebih istimewa lagi, ekstrak Kakadu premium yang terkandung di dalam set penjagaan kulit wajah ini berasal dari Australia Barat. Ekstrak Kakadu plum atau nama saintifiknya, Termonalia Ferdinandiana adalah sejenis buah yang mengandungi konsentrasi vitamin C tertinggi berbanding buah-buahan lain.

Rangkaian Penjagaan Wajah NOIR WHITE SERIES Kini Di Pasaran, MADAMMU Tampil Jelita Sarat Hamil 7 Bulan

Buah ini turut mengandungi mineral, antioksidan seperti vitamin E, zat besi, folat dan lutein yang sangat baik untuk kesihatan kulit secara lebih sihat dan semula jadi,”ujarnya yang turut berkongsi mengalami masalah jeragat di tubuh ketika hamil tetapi masalah ini tidak melibatkan bahagian wajahnya sekaligus memperlihatkan keberkesanan produk WHITE SERIES yang telah digunakan sejak setahun yang lalu.

Rangkaian Penjagaan Wajah NOIR WHITE SERIES Kini Di Pasaran, MADAMMU Tampil Jelita Sarat Hamil 7 Bulan

Ads

Set lengkap penjagaan wajah White Series terdiri daripada Pencuci Wajah, Face Toner, Serum dan Face Cream ini turut mengandungi Niacinamide dan Arbutin. Kombinasi kandungan premium produk ini mampu menjadikan kulit wajah tampak lebih sihat dan cerah secara sempurna 10 kali lebih efektif.

Rangkaian Penjagaan Wajah NOIR WHITE SERIES Kini Di Pasaran, MADAMMU Tampil Jelita Sarat Hamil 7 Bulan

Sebagai salah satu pemain industri kecantikan utama di Malaysia, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd sentiasa peka dengan teknologi kecantikan semasa yang sentiasa berkembang pesat untuk memenuhi kehendak kecantikan dan kesejahteraan para wanita.

Ads

Rangkaian Penjagaan Wajah NOIR WHITE SERIES Kini Di Pasaran, MADAMMU Tampil Jelita Sarat Hamil 7 Bulan

NOIR sentiasa berusaha untuk memberi dimensi baharu dalam penghasilan rangkaian produk kecantikan yang bermutu tinggi, premium dan halal sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Rangkaian Penjagaan Wajah NOIR WHITE SERIES Kini Di Pasaran, MADAMMU Tampil Jelita Sarat Hamil 7 Bulan

Pada majlis tersebut juga para usahawan NOIR diraikan dengan pelbagai barangan istimewa termasuklah pemberian beg kosmetik secara percuma serta barangan kemas bagi anugerah pakaian terbaik.

Kesemua produk terbaharu White Series ini boleh didapati secara atas talian di laman web www.noirbeautyworld.com atau melalui usahawan NOIR di kawasan berhampiran anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI