Nama Ashanty mungkin tidak begitu popular dalam kalangan peminat di Malaysia. Namun di negaranya, Ashanty yang merupakan suri hati Anang Hermansyah ini mempunyai pengaruh tersendiri dan dikagumi peminat Indonesia. Ini terbukti apabila dia memiliki lebih 30 juta followers di Instagram dan hampir tujuh juta subscribers di YouTube!

Minat mendalam terhadap dunia seni dan nyanyian membawa Ashanty ke industri muzik Indonesia. Ashanty atau nama penuhnya Ashanty Siddik Hasnoputro dilahirkan di Jakarta pada 4 November 1984.

Ads

Meniti usia 40 tahun, Ashanty bukan saja berstatus ibu malah sudah bergelar nenek sejak anak tirinya, Aurel Hermansyah melahirkan anak kira-kira dua tahun lalu.

Kelibat Ashanty mula menjadi perhatian sejak berkahwin dengan Anang Hermansyah yang merupakan bekas suami kepada penyanyi terkemuka Indonesia, Krisdayanti. Walau ibu tiri kepada Aurel tapi hubungan kedua-duanya sangat akrab.

Setiap kali majlis keraian pasti mereka sekeluarga akan berkumpul. Baru-baru ini Ashanty kelihatan meraikan majlis kesyukuran Aurel dan suami berangkat mengerjakan haji. Malah, adik Aurel iaitu Azriel Akbar Hermansyah sentiasa berada di sisi ayah tersayang dan ibu tiri.

Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble!

Memetik laporan Palembang Tribunews, Ashanty bukan calang-calang wanita. Dia berasal dari keluarga bangsawan dan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Soejahjo Hasnoputro dan Farida Siddik.

Ibu Ashanty keturunan Arab-Perancis. Sementara ayahnya, Prof Soejahjo Hasnoputro pula berketurunan Jawa. Ini bermakna Ashanty mempunyai darah kacukan Jawa, Arab dan Perancis.

Penglibatan Ashanty dalam arena hiburan tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa. Ini kerana keluarganya sangat mengutamakan pendidikan. Apatah lagi, datuk Ashanty ialah bekas diplomat.

Manakala bapanya pula seorang profesor dan staf di Lembaga UNICEF Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashanty Ash (@ashanty_ash)


Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble!

Datuk Ashanty bernama Prof Dr. KH Abdullah Siddik dan neneknya pula H Sutimah Siddik. Khabarnya moyang figura ini iatu Edward Coles berkahwin dengan puteri bekas penguasa Pangeran Ing Alaga di kerajaan Silebar yang terletak di wilayah Bengkulu, Sumatra Selatan.

Ads

Dikatakan juga moyang Ashanty menjadi gabenor terakhir Benteng Bengkulu pada 14 Oktober 1781 hingga 28 Februari 1785.

Akur dengan didikan ibu bapa yang mementingkan pendidikan terhadap anak-anak, Ashanty berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan Hubungan Antarabangsa di Universitas Paramadina.

Pada tahun 2009, isteri Anang ini mewarnai dunia seni dan melancarkan album sendiri bertajuk Ashanty. Popularitinya kian melonjak ketika dia berduet dengan Anang Hermansyah sehinggalah kedua-duanya menghasilkan lagu berjudul Jodohku pada tahun 2011.

Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble! Rapat Dengan Anak Tiri, Ashanty Suri Hati Anang Hermansyah Berasal Dari Keluarga Kaya Tapi Humble!

Ads

Keserasian mereka berpadu suara akhirnya bercambah menjadi pasangan kekasih dan mereka selamat bernikah pada 12 Mei 2012 di Jakarta.

Hasil perkongsian hidup, Ashanty yang juga suri hati Anang ini dikurniakan dua anak iaitu Arsy Addara Musicia Nurhermansyah dan Arsya Akbar Pemuda Hermansyah.

Selepas berkahwin, Ashanty lebih menumpukan perhatian terhadap keluarga dan anak-anak.

Artikel https://www.nona.my/8-tahun-penantian-2-kali-operate-rm200k-spent-5-doktor-pakar-anak-madammu-kini-cecah-usia-setahun/

Selain masih aktif dengan kerjaya nyanyian, Ashanty turut memanfaatkan masanya dengan urusan perniagaan. Dia berjaya membina empayar niaga bersama-sama suami tercinta dan antara bisnes yang diusahakan Ashanty termasuklah dalam bidang kecantikan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI