Bakat luar biasa yang dimilikinya satu dalam sejuta. Dialah ratu boling tenpin negara, Shalin Zulkifli. Satu nama besar dalam sejarah sukan boling negara sehingga mencetuskan fenomena pada era 1990-an.

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Ads

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

“Saya berkorban lebih 30 tahun buat negara bukan untuk pangkat, tetapi sebab nak dengar lagu negaraku berkumandang di podium dan bendera Malaysia berkibar di peringkat dunia.”Shalin Zulkifli

Ternyata, perjalanan kariernya hampir tiga dekad dalam skuad kebangsaan tenpin boling dan menjadi pemain profesional adalah satu tempoh cukup panjang bagi seorang atlet.

Dengan deretan kejuaraan dan pingat sejak remaja sehingga persaraannya pada Januari tahun lalu, Shalin Zulkifli atau lebih mesra disapa Shalin antara atlet paling berjaya pernah negara miliki.

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

BAHAGIA BERSAMA SUAMI & ANAK
Menjengah ke akaun Instagramnya selain berkongsi aktiviti-aktiviti berkaitan karier, atlet kelahiran London, England berusia 44 tahun ini juga sering berkongsi momennya bersama anak dan suami.

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Shalin kini bahagia bergelar isteri kepada Azidi Ameran yang juga bekas pemain boling negara. Mereka berkahwin pada Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aleya Azidi yang kini berusia 11 tahun. Aleya turut mewarisi bakat dalam bidang sukan seperti ibu dan bapanya. Ke mana tumpahnya kuah, kan?

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Sejak bergelar isteri dan ibu, keluarga menjadi keutamaan Shalin dan dia mahu melihat anaknya membesar di depan mata. Semestinya bagi Shalin ingin mencurahkan sepenuh kasih sayang serta memberikan yang terbaik buat keluarga kecilnya itu. Pada waktu terluang, Shalin dan suami lebih gemar melayan kerenah anak mereka.

Shalin dan suami juga dikatakan tidak menggunakan khidmat pembantu rumah untuk menjaga anak mereka, sebaliknya bergilir-gilir menjaga Aleya.

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Shalin bertuah kerana dikurniakan suami yang menyayanginya sepenuh hati dan sentiasa menyokong kariernya tanpa berbelah-bahagi.

Ads

Menyingkap sejarah perkenalan, mereka sebenarnya sudah saling mengenali sejak 27 tahun lalu. Sama-sama bergelar pemain boling negara, segala detik pahit manis dilalui bersama oleh Shalin dan suami.

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

ATLET PALING BERJAYA
Tidak keterlaluan jika kita katakan, Shalin merupakan antara pemain boling paling berjaya dalam sejarah Malaysia kerana sering meraih pelbagai gelaran tidak kiralah di peringkat kebangsaan, Sukan SEA, Sukan Asia mahupun Sukan Komanwel.

Malah, Shalin juga lima kali diangkat sebagai olahragawati kebangsaan (1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002) termasuk menjuarai kejohanan dunia serta menerima anugerah Pemain Boling Antarabangsa sehingga namanya dicatatkan di International Bowling Hall of Fame.

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Ads

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Jasa Shalin dalam mengharumkan nama negara sangat banyak sejak beliau menceburi sukan boling ketika berusia sembilan tahun. Pencapaian terhebatnya adalah menjuarai Kejohanan Dunia 2003 di Malaysia, Mexico (2007) dan Las Vegas, Amerika Syarikat (2017).

Selain itu, Shalin bukan hanya disenangi oleh jurulatih dan pegawai pasukan malah seluruh peminat sukan. Dedikasinya tidak dapat disangkal lagi dalam memartabatkan sukan boling dan meletakkan Malaysia di peta dunia.

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Maka, tidak hairanlah Shalin terus menjadi idola kepada ramai pemain remaja dan senior boling di seluruh negara hingga ke hari ini.

Shalin yang meminati legenda boling dunia, Parker Bohn serta legenda bola keranjang, Micheal Jordan ini merupakan pemegang Ijazah Sains Sukan pengkhususan Psikologi dan Latihan Sukan, Universiti Malaya (UM).

Ratu Boling Tenpin Negara, SHALIN ZULKIFLI Juga ‘Ratu’ Di Hati Suami & Anak

Pesanan Shalin, pentingnya pendidikan demi masa depan atlet. Itulah yang membezakan seorang atlet dengan orang lain.

Kredit Foto: IG & FB Shalin Zulkifli

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI