Uncategorized

Ratu Cantik Columbia Tetap ‘Optimis’ Teruskan Kehidupan! Meski Bergelar OKU Sejak 3 Tahun Lalu

Biarpun menjalani hidup dengan sebelah kaki sejak hampir tiga tahun tapi ia sedikit pun tidak menjejaskan rutin harian bekas Ratu Cantik Columbia, Daniella Alvarez yang dilahirkan sempurna dan mempunyai rupa paras menawan satu ketika dahulu.

Malah, dia yang sebelum ini disifatkan seorang wanita ceria, suka menari dan melakukan aktiviti lasak tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuk terus hidup bahagia seperti kebiasaan.

Kaki Daniella Terpaksa Di Amputasi Akibat Ischemia!

Sekadar info, untuk pengetahuan Nonarians, tanggal 14 Jun 2020 pasti menjadi detik hitam yang tidak dapat dilupakan Daniella apabila sebahagian kaki kirinya terpaksa dipotong.

Ini demikian kerana, Doktor mengesahkan bahawa Daniella menghadapi Ischemia iaitu keadaan dimana aliran darah yang tersekat untuk sampai ke bahagian organ badan.

Paling mengejutkan, hanya selepas tiga minggu menyesuaikan diri dengan ketiadaan kaki kiri, Daniella membuat kejutan kepada lebih 4 juta pengikutnya di Instagram dengan memuat naik video tarian di samping adik lelaki tersayang, Ricki Alvarez. Memang kuat semangat wanita ini!

“Difficulties don’t matter! We must be resilient in life!”

Lepas Potong Kaki, Jalani Pembedahan Buang Ketulan Di Perut Pula

Daniella dilaporkan kembali menari selepas kaki kirinya terpaksa dipotong disebabkan komplikasi pembedahan di bahagian perut. Pada Mei 2020, Daniella dikehendaki menjalani pembedahan membuang ketulan yang terdapat di bahagian perut.

Menurut laporan media antarabangsa Hola!, operasi pembedahan itu bagaimanapun berlaku komplikasi apabila doktor mendiagnos dirinya mengalami Ischemia.

Rentetan itu, separuh bahagian kaki kiri hingga ke lutut terpaksa dibuang. Perkara itu didedahkan Daniella sendiri yang terbuka berkongsi keadaan kesihatan dirinya.

Sepanjang berada di hospital, dia menerima sokongan padu daripada ahli keluarga. Pastinya inilah ‘kekuatan’ sebenar Daniella dalam menempuh cabaran tersebut.

Difahamkan selain membuang sebahagian kaki kiri, pemenang mahkota Ratu Cantik Columbia 2011 dan mewakili negaranya untuk Miss Universe 2012 menjelaskan kaki kanannya ketika itu turut terjejas.

“Kaki kanan saya tidak berfungsi buat masa ini. Saya tak tahu bila ia akan kembali pulih agar saya dapat bergerak aktif semula.

Sebagai permulaan, kaki saya perlu dirangsang sensitiviti dan saya perlu belajar berjalan semula. Proses ini dianggarkan mengambil masa enam bulan dan keseluruhannya saya perlukan masa setahun untuk kembali pulih.”

Selain bergelar seorang peragawati, jelitawan berketinggian 174 sentimeter dan berusia 34 tahun ini juga merupakan personaliti televisyen.

Diuji hidup sebelah kaki, Daniella dilihat kembali aktif dengan pelbagai aktiviti. Misalnya, selain sudah berjaya jalan seperti biasa, menari, berenang dan menunggang basikal. Inspirasi!

Sumber: Instagram Daniella Alvarez

 

Share
Published by
Haifa Nasir