Isnin baru bermula. Adakah anda terlalu sibuk dengan urusan kerja dan tidak mempunyai masa untuk bersenam atau menjaga kesihatan? Syhhh… Ini adalah rahsia sihat tanpa mengeluarkan belanja. Sex is the answer! Kata pakar terapi dan psikologi dari New York, Joy Davidson PhD, perhubungan seks yang sihat mampu memberi kesan positif pada kesihatan jasmani dan mental seseorang.
(1) Ubat Penawar, Bagaimanakah Itu?
Jauhi pelbagai penyakit dengan bercinta. Para penyelidik di Wilkes University menyatakan bahawa bercinta sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh sebanyak 30%. Kesihatan seksual yang baik bererti kesihatan fizikal yang lebih baik.
Ia juga boleh meningkatkan tahap antibodi yang disebut sebagai Immunoglobulin A (IgA) yang berfungsi melindungi diri anda daripada selesema dan jangkitan kuman lain.
(2) Lepaskan Stres
Anda bermasalah di pejabat? Terlalu stres dengan beban kerja hingga membuatkan anda pening dan beremosi? Sayangi pita suara anda dan jangan menjerit di pejabat. Simpan dan lepaskan suara itu sewaktu anda berasmara nanti. Sex is a great way to release tension.
Fikirlah, jika ada yang harus terkena darah tinggi atau strok, biarlah ketua anda sahaja. Jangan dibebani dengan keadaan stres yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh anda. Berpelukan dan hubungan asmara akan menormalkan tekanan darah serta mengurangkan stres. Dalam balutan kasih sayang, anda akan merasa lebih tenang, selamat dan dihargai.
(3) Sihatnya Si Jantung Hati
Jika sebelum ini anda jarang ke gimnasium atau sekadar berjoging keliling rumah demi menjaga kesihatan jantung, mungkin seks dapat membuat anda lebih bersemangat. Merujuk kepada Queens Univesity di Belfast, mereka yang mempunyai rutin melakukan hubungan seks sihat 1 – 3 kali seminggu boleh terhindar daripada risiko terkena serangan sakit jantung dan strok.
Mengikut penelitian dari Journal of Epidemiology and Community Health, kekerapan melakukan hubungan seks tidak bisa dikaitkan dengan terjadinya strok. Seramai 914 individu telah dipantau aktiviti seks mereka selama 20 tahun dan menunjukkan tahap kesihatan mereka baik dan tidak berakhir dengan strok.
(4) Olahraga Terbaik
Tiga puluh minit berasmara mempu membakar 85 kalori. Kedengarannya mungkin tidak terlampau luar biasa, tetapi jika digabungkan 42 jam sesi asmara anda, ia berupaya membakar banyak kalori! “Seks adalah sukan olahraga yang paling menyenangkan,” jelas Presiden American Association of Sexuality Educator dan pakar terapi, Patti Briton PhD.
(5) Bermanfaat Bagi Wanita
Bercinta dapat membantu seorang wanita memiliki kesihatan produktif yang lebih baik. Lebih banyak hubungan seks yang dilakukan, lebih banyak hormon yang dihasilkan yang berhubungan dengan meningkatnya ghairah seksual. Bercinta yang lebih banyak dapat meningkatkan tingkat estrogen, melindungi wanita dari osteoporosis dan Alzheimer. B erasmara juga bisa mencegah endometriosis dan membantu kesuburan seorang wanita.
Setelah berhubungan, wanita memperoleh oxytocin yang melepaskan endorfin. Penahan rasa sakit semula jadi ini dapat membantu meredakan sakit sendi, pening kepala dan munculnya perasaan murah hati dengan penuh ketenangan. Setelah anda hamil, gerakan seks horizontal dapat memudahkan kelahiran bayi jika memang waktunya tepat. Cairan semen dalam tubuh wanita dapat membantunya melahirkan dengan lebih cepat. Ya, hubungan seks sihat dapat membantu wanita untuk melahirkan secara natural, tanpa ubat. Nikmatilah!
(6) Melindungi Gigi Putih
Sperma mengandungi zink, kalsium dan mineral-mineral lain yang terbukti mampu melawan zat-zat yang boleh merosakkan gigi.
(7) Mengawal Masalah Pembuangan Air Kecil
Seks yang rutin membantu otot-otot pelvik di bahagian rahim dan organ dalam perut untuk mengawal dengan lebih baik masalah buang air kecil.
(8) Tamu Hadir Tepat Pada Waktu
Ucapkan selamat tinggal kepada haid yang sering datang lambat. Paling sedikit sekali dalam seminggu melakukan hubungan seks akan memberikan kitaran haid yang tetap, dibandingkan mereka yang hanya berasmara sekali dalam sebulan.
(9) Seks Lagi, Lagi Dan Lagi
Use it or lose it. Semakin rutin anda mengadakan hubungan seks, semakin tubuh banyak menghasilkan testosteron, iaitu hormon utama yang bertanggungjawab untuk menimbulkan keinginan seksual. Semakin jarang bercinta, semakin hilang keghairahan anda berdua.
(10) Santai, Sayang…
Rangsangan yang pasangan anda lakukan terhadap satu sama lain akan membuatkan saraf-saraf di setiap bahagian tubuh anda menjadi tenang. Saraf yang relaks dan kondisi tubuh yang santai membuatkan anda berasa lebih bahagia dan tidak mudah marah atau cepat melenting.
(11) Jadi Raja & Ratu Di Ranjang
Semua perkara di dalam dunia ini tidak mungkin berjalan seperti yang anda inginkan. Dan ketika terjadinya perasaan kecewa, marah dan terluka, anda mungkin mengambil pil untuk mudah tidur atau melepaskan kemarahan kepada pasangan. Di ranjang, anda boleh meluahkan pelbagai emosi, naluri dan perasaan yang lebih agresif secara berdua tanpa saling menyakiti.
(12) Resipi Mujarab Awet Muda
The last but not least, seks mampu membuat anda berjimat kerana tidak perlu berbelanja besar untuk rutin mengunjungi doktor bedah kosmetik. Skip the botox ladies, kerana kehidupan seks yang aktif dan sihat akan melambatkan proses penuaan.
This website uses cookies.