Rawat Mata Sembab Waktu Pagi, Ketahui Dulu Puncanya!

Pernahkah anda mengalami mata bengkak atau sembab semasa bangun pagi? Biasanya kalau tidur lewat atau menangis hingga tertidur boleh juga menyebabkan mata bengkak. Sebenarnya terdapat punca-punca lain yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi.

POSISI TIDUR

Tidur dengan posisi kepala yang tidak ditinggikan boleh membuatkan cairan terkumpul di bawah mata. Sebaiknya, letakkan bantal di bawah kepala semasa tidur agar tidak berlakunya mata bengkak.

JANGKA MASA TIDUR

Waktu tidur yang cukup bukan hanya membantu badan berfungsi dengan baik bahkan turut mempengaruhi kadar peradangan dalam badan. Jika tidak cukup tidur pembuluh darah di bawah mata akan membesar dan lebih dekat dengan permukaan sehingga tampak lebih bengkak.

MAKANAN & MINUMAN YANG DIAMBIL SEBELUM TIDUR

Jika anda mengambil makanan tinggi natrium atau minuman alkohol berlebihan kemungkinan boleh menjadikan mata bengkak. Kandungan natrium yang tinggi menyebabkan badan menahan air sehingga mengakibatkan mata bengkak. Minuman beralkohol pula penyebab dehidrasi sehingga menyebabkan kulit bawah mata lebih nipis dan mata membengkak.

BAGAIMANA MENCEGAH?

  • Amalkan meletak hirisan timun atau kain, kapas mahupun uncang teh basah beberapa minit pada kedua mata selepas bangun tidur bagi membantu mengecilkan pembuluh darah.
  • Tekan tulang di sekitar mata secara lembut untuk melancarkan aliran darah dan mengurangkan cairan yang berlebihan.
  • Jika mata bengkak akibat makan makanan masin pada malam hari, minumlah air putih saat bangun tidur bagi membantu mengurangkan mata bengkak.
  • Berusahalah untuk cukup tidur. Gunakan bantal untuk menyokong kepala sehingga dapat mencegah pengumpulan cairan di sekitar mata sepanjang anda tidur.
  • Jika mata bengkak disebabkan alergi terhadap sesuatu, kenalilah punca alergi tersebut. Barangkali ia berpunca daripada alergi terhadap sabun, kosmetik atau ubat tertentu. AMY MOHD

 

Share
Published by
Suzi