Ads
Home Berita Rawatan Fibroid Berkesan & Cepat Pulih, Teknologi HIFU Pertama Di Malaysia, Pakar...

Rawatan Fibroid Berkesan & Cepat Pulih, Teknologi HIFU Pertama Di Malaysia, Pakar O&G Ini Huraikannya

Ads

Salah satu masalah kesuburan wanita ialah fibroid dan ramai wanita cari rawatan fibroid berkesan. Fibroid adalah bengkak jenis pejal di bahagian rahim (uterus) wanita.

Fibroid agak kerap dihidapi wanita antara 20 hingga 50 peratus. Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang masalah dan fibroid ini kebetulan dijumpai semasa prosedur imbasan bunyi dijalankan bagi tujuan lain.

Ads
Rawatan Fibroid Berkesan & Cepat Pulih, Teknologi HIFU Pertama Di Malaysia, Pakar O&G Ini Huraikannya
Foto: www.123rf.com

Hampir ke semua fibroid adalah ketumbuhan benign iaitu bukan kanser. Fibroid boleh tumbuh di bahagian dinding tengah (intramural), menghala ke luar rahim (subserosal) atau pun ke arah kaviti rahim (submucosal).

Selain saiz, lokasi pertumbuhan fibroid ini akan memberikan kesan ataupun simptom yang berbeza kepada setiap wanita.

Fibroid rahim dan adenomiosis merupakan dua ketumbuhan ginekologi jinak yang biasa memudaratkan kualiti hidup dan tahap kesuburan wanita. Walaupun kedua-dua ketumbuhan ini terjadi di dalam rahim, namun ianya adalah masalah ginekologi yang berbeza.

Rawatan Fibroid Berkesan & Cepat Pulih, Teknologi HIFU Pertama Di Malaysia, Pakar O&G Ini Huraikannya

Fibroid merupakan ketumbuhan otot jinak yang tumbuh pada dinding rahim, sedangkan adenomiosis adalah keadaan di mana lapisan dalam rahim (endometrium) dijumpai di dinding otot rahim (miometrium).

Fibroid rahim dan adenomiosis boleh menyebabkan gejala seperti pendarahan haid yang berlebihan dan menyakitkan, ketidakselesaan pada bahagian perut bawah, sakit belakang atau tekanan di kawasan pelvis, kembung serta sakit semasa hubungan intim.

TEKNOLOGI HIFU
Rawatan biasa untuk fibroid dan adenomiosis adalah histerektomi (pembuangan rahim) dan penyingkiran adenomiosis (adenomiomektomi). Kebanyakan wanita enggan menjalankan prosedur histerektomi. Manakala pembedahan miomektomi dan adenomiomektomi boleh menyebabkan kesan sampingan semasa kehamilan.

Rawatan Fibroid Berkesan & Cepat Pulih, Teknologi HIFU Pertama Di Malaysia, Pakar O&G Ini Huraikannya
Mahkota Medical Centre’s High Intensity Focused Ultrasound (HIFU) Machine

Namun, ini mungkin merupakan berita baik buat semua pengidap fibroid dan adenomiosis. Terdapat rawatan terbaharu yang telah diperkenalkan iaitu teknologi Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU). Ini adalah rawatan fibroid berkesan dan selamat.

Pusat Perubatan Mahkota telah menjadi hospital yang pertama seumpamanya di negara ini memperkenalkan teknologi ini bagi tujuan rawatan fibroid dan adenomiosis ini.

Teknologi HIFU mampu mengubah landskap rawatan wanita di seluruh negara. Teknologi HIFU merupakan satu rawatan yang tidak invasif, canggih, terbukti dengan keputusan klinikal positif sementara mengekalkan kesuburan wanita.

Rawatan Fibroid Berkesan & Cepat Pulih, Teknologi HIFU Pertama Di Malaysia, Pakar O&G Ini Huraikannya
Foto: www.123rf.com

Teknologi tercanggih ini menggunakan tenaga bunyi yang ditumpukan untuk memanaskan dan memusnahkan tisu yang disasarkan.

Ia digunakan untuk merawat keadaan kesihatan seperti batu karang ginjal, katarak, gangguan neurologi, nodul tiroid jinak, penyakit prostat, ketumbuhan padat, dan juga dalam terapi paliatif. Dalam bidang ginekologi, teknologi HIFU digunakan untuk merawati fibroid rahim dan adenomiosis.

Teknologi HIFU menawarkan rawatan tidak invasif untuk penyingkiran (pengecutan) adenomioma dan ia merupakan satu alternatif untuk pembedahan pembuangan fibroid rahim.

Transduser ultrabunyi berkeamatan tinggi mengarahkan gelombang bunyi ke lokasi khas, menaikkan suhu tisu daripada 60° C hingga 80° C, mengakibatkan nekrosis koagulatif tisu.

Ads

HIFU dilakukan dengan bimbingan oleh Magnetic Resonance Imaging (MRgFUS) sebagai modaliti pengimejan atau Ultrabunyi (USgHIFU), yang menggunakan imbasan ultrabunyi sebagai modaliti pengimejan untuk menumpukan rawatan ke kawasan tersasar dalam tisu sambil mengelakkan kerosakan pada tisu yang lain.

Kelebihan utama USgHIFU berbanding MRgFUS adalah:

• Ia menawarkan pengimejan masa nyata, membolehkan doktor meneliti tisu semasa prosedur dijalankan.
• Ia menggunakan transduser yang lebih besar dan kuat, memendekkan jangka masa dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
• Ia menawarkan akses yang lebih besar kepada pesakit dan fleksibiliti dalam posisi pesakit, membuat pesakit lebih selesa.
• Harga rawatan yang berpatutan.

Oleh kerana HIFU menggunakan teknologi prosedur yang tidak invasif, pesakit tidak memerlukan ubat bius semasa prosedur dan bebas luka. Prosedur ini juga mempunyai kelebihan pada masa pemulihan jika dibandingkan dengan pembedahan seperti miomektomi atau histerektomi.

Wanita dengan keinginan untuk hamil mendapat banyak manfaat dari rawatan HIFU kerana prosedur ini dapat memusnahkan tisu berpenyakit dengan tepat, memelihara otot dan tisu rahim di sekitarnya.

MANFAAT PEMULIHAN SINGKAT
Teknologi HIFU juga mengurangkan pembentukan parut pada dinding rahim, maka pengembangan rahim untuk menampung kandungan dan kontraksi semasa bersalin dapat dipertahankan.

Ads

Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi, dan Perubatan Reproduktif Pusat Perubatan Mahkota, Dr. S. Selva, teknologi ini membenarkan pesakit pulih dengan cepat.

Rawatan Fibroid Berkesan & Cepat Pulih, Teknologi HIFU Pertama Di Malaysia, Pakar O&G Ini Huraikannya
Dr. S. Selva – Consultant Obstetrician and Gynaecologist, Mahkota Medical Centre

“Prosedur HIFU adalah pengubah keadaan kerana memberikan penyelesaian yang dapat mengurangkan ketakutan dan kesan kesuburan yang mungkin dihadapi pesakit dalam penyingkiran fibroid dan adenomiosis.

Selain itu, teknologi canggih yang tidak invasif ini juga akan memberi manfaat kepada pesakit dengan tempoh pemulihan yang singkat, membolehkan mereka kembali ke rutin harian dalam masa yang singkat,” kata Dr. S. Selva tentang rawatan fibroid berkesan ini.

Tambahnya lagi, “Sesi rawatan HIFU berdasarkan ultrabunyi berlangsung antara 1 hingga 4 jam dan dalam kebanyakan kes, rawatan dapat dilakukan dalam satu sesi. Hanya pesakit dengan fibroid yang besar atau dalam bilangan yang besar memerlukan beberapa sesi.

Perlu diberi penekanan ialah pesakit tidak akan mengalami pendarahan semasa prosedur, maka pemindahan darah tidak diperlukan.

HIFU juga mengurangkan risiko komplikasi yang mungkin timbul akibat pembedahan penyingkiran adenomioma atau fibroid rahim. Yang penting sekali, pesakit yang ingin hamil tidak perlu menunggu rahim sembuh sepenuhnya.

Hubungan intim boleh dijalankan setelah kitaran haid selepas prosedur. Kajian menunjukkan kehamilan berjaya dalam beberapa bulan selepas rawatan HIFU untuk fibroid sama ada melalui kehamilan semula jadi atau rawatan reproduktif berbantu,” kata Dr. S. Selva.

Baca juga; Datuk Prof Muhaya Ulas Isteri Jaja Kisah Rumahtangga Di MEDSOS

Baca juga; Fibroid VS Kanser

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI