Sudah tujuh tahun pelakon cantik Aprena Manrose bergelar isteri kepada Mohd Afiq Hazman.
Biarpun belum dikurniakan zuriat, mereka tetap bahagia dan romantik hingga ke saat ini. Bahagia dengan cara tersendiri.
Ads
Baru-baru ini, Aprena atau nama penuhnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mendedahkan pada penghujung tahun lalu dia pernah menjalani rawatan IVF (persenyawaan in vitro) sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Memetik perkongsiannya kepada Gempak, rawatan itu bagaimana pun gagal. Namun, ia tetap tidak mematahkan semangat Aprena untuk mencuba lagi.
Sepupu kepada Uqasha dan Nelydia Senrose ini turut memaklumkan dia perlu berehat lama dari dunia seni kerana perlu fokus kepada prosedur rawatan tersebut.
“Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF hujung tahun lalu.
“Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa down juga.”
Ads
Pun begitu, kata Aprena dia redha dengan ketentuan Ilahi dan bersyukur sekurang-kurangnya dia telah berusaha dan tidak akan berputus asa.
Setelah berehat panjang, pelakon yang menginjak usia 30 tahun ini bakal membuat ‘comeback’ dalam bidang lakonan.
“Baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa la.. sekali pernah buat. Saya berehat kejap untuk kerja balik.
Ads
“Insya-Allah kalau ada rezeki lagi saya akan buat semula,” kongsi Aprena.
Untuk info, Aprena dan suami mendirikan rumahtangga pada 12 November 2016.
Aprena merupakan anak kepada Iwan Syahman, bekas penyanyi dangdut terkenal suatu ketika dulu.
Manakala ibunya, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor merupakan pelakon filem terkenal era 80an kelahiran Pasir Puteh, Kelantan.
Semoga Aprena dan suami kekal bahagia sampai syurga dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Laluan Hanoi-Ho Chi Minh kini dikhabarkan sebagai antara 7 laluan penerbangan terbesar di dunia. Ditambah faktor tambang murah dan peningkatan jumlah pelancong di Vietnam, maka tidak hairanlah jika VietJet Air menempa laluan mudah dalam industri penerbangan antarabangsa.
Ditubuhkan oleh seorang wanita, Nguyen Thi Phuong Tuo, 47, melancarkan syarikat penerbangan ini pada tahun 2011. Gimik pelancaran VietJet Air yang menggunakan pramugari seksi berbikini cepat tersebar dan meniti dari mulut ke mulut.
Menurut Forbes, nilai kekayaan Nguyen hari ini dianggarkan sekitar $1.57 bilion di bawah syarikat Sovico Holdings. Selain VietJet Air yang menawarkan 300 penerbangan setiap hari, beliau juga melabur di HD Bank dan sektor hartanah, termasuk 3 buah resort di pesisiran pantai.
Sebagai ibu kepada 2 cahaya mata, isteri kepada Nguyen Thanh Hung itu mula mendapat idea untuk melancarkan syarikat penerbangan tambah murah semasa menjadi seorang peniaga, iaitu semasa beliau menjangkakan permintaan terhadap pengangkutan udara di Vietnam bakal meningkat.
Nguyen memiliki kelulusan PhD Pengurusan Ekonomi dari D. Mendeleev University of Chemical Technology of Russia dan Ijazah Pengurusan Ekonomi & Kewangan dari Plekhanov Russian University of Economics.
Minat dalam perniagaan disemai melalui pengalamannya mengedarkan barangan ke Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan, sebelum akhirnya beliau menubuhkan VietJet Air dan Sovico Holdings.
“Saya sentiasa menyasarkan sesuatu dalam skala besar. Apabila orang lain meniaga satu kontena, saya sudah pun meniaga beratus-ratus kontena.”
Forbes menyenaraikan Nguyen sebagai di antara wanita paling berkuasa dan di antara individu terkaya di dunia.
Sudah agak lama tidak melihat kelibat pelakon jelitan Nynaa Harizal menghiasi dunia lakonan. Meskipun menegaskan dia tidak meletakkan noktah terhadap kerjaya lakonan, namun beberapa kekangan yang berlaku dalam kehidupannya membataskan kemunculannya dalam bidang lakonan.
Enggan menjadi kisah silam sebagai penghalang untuk dirinya meneruskan kehidupan, pemilik nama lengkap Nurul Hanynaa Harizal itu rupanya mencipta memori indah dalam kehidupan peribadinya apabila baharu tiga bulan menimang cahaya mata sulung. Nynaa selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 29 Januari lalu. Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021.
Bercerita tentang pengalaman bergelar ibu buat kali pertama, bekas peserta Dewi Remaja 2019 itu menganggap momen bergelar seorang ibu merupakan suatu perkara yang mengubah kehidupannya. Pastinya rasa seronok dan teruja menjadi seorang ibu melenyapkan rasa lelah untuk membesarkan buah hati kesayangannya.
“Alhamdulillah, saya rasa seronok sebenarnya sebab setiap hari ada sahaja perkara menggembirakan terjadi apabila anak semakin membesar. Rasa seronok yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Saya percaya setiap ibu juga akan melalui perasaan yang sama seperti saya,” kata pelakon yang memilih nama Zara Ariyanaa untuk anak tersayang.
Meskipun masih hijau dalam dunia penjagaan bayi, Nynaa menikmati perasaan dan momen bergelar ibu. Dia juga gembira menguruskan anaknya walaupun terpaksa berjaga pada waktu tengah malam.
“Saya rasa seronok bila bayi bangun malam sebab lapar dan selepas diberi minum susu, dia akan tidur semula. Itupun sudah buat saya rasa sangat gembira,” ujarnya.
Bukan sahaja baharu memperolehi zuriat, Nynaa juga kini menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk Fire & Ice Lip Booster Serum.
“Saya ambil masa yang lama untuk keluarkan produk ini kerana memerlukan kajian yang mendalam bagi mendapatkan hasil berkualiti dan selamat sebelum dilancarkan dalam pasaran,” katanya yang sememangnya menunjukkan minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan.
Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta F3, Mohamed Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021.
Konflik rumah tangga pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu pernah menhangatkan industri hiburan apabila dia didakwa telah diculik ahli keluarganya sendiri. Suami Nynaa kemudiannya membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan turut membuka fail tuntutan nusyuz terhadap aktres itu setelah hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.
Kemudian, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru pada 10 November tahun lalu. Namun tidak lama selepas itu, Nyna kembali ke pangkuan Fahmi dan hubungan rumah tangga mereka diteruskan tanpa memilih jalan perpisahan. Kehidupan pasangan ini kini diserikan dengan kehadiran cahayamata berusia 3 bulan yang diberi nama Zara Ariyanaa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat
“Benda paling I rindu sekali nak buat after being a mom ni actually solat dengan khusyuk. Of course ramai kata solat je, biar je diorang main or nangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
Netizen Turut Berkongsi Tip Kepada El!
NONA sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan…solat jemaah lepastu anak panjat basikal nak panjat belakang daddy dia….Allah khusyuk tu mmg mahal.
“Sama lah El,sama cm anak sy abg nyaa lagi pintar hurmm nk solat yg khusyuk mungkin hurmmm susahh tpi try laa walau susah.
“Try guna slow apparoach.. transitional bed dulu.. meaning si abang ada bed sendiri tapi dlm bilik yg sama dgn parents.. once dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri baru slowly ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...