Sudah tujuh tahun pelakon cantik Aprena Manrose bergelar isteri kepada Mohd Afiq Hazman.
Biarpun belum dikurniakan zuriat, mereka tetap bahagia dan romantik hingga ke saat ini. Bahagia dengan cara tersendiri.
Baru-baru ini, Aprena atau nama penuhnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mendedahkan pada penghujung tahun lalu dia pernah menjalani rawatan IVF (persenyawaan in vitro) sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Memetik perkongsiannya kepada Gempak, rawatan itu bagaimana pun gagal. Namun, ia tetap tidak mematahkan semangat Aprena untuk mencuba lagi.
Sepupu kepada Uqasha dan Nelydia Senrose ini turut memaklumkan dia perlu berehat lama dari dunia seni kerana perlu fokus kepada prosedur rawatan tersebut.
“Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF hujung tahun lalu.
“Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa down
juga.”Pun begitu, kata Aprena dia redha dengan ketentuan Ilahi dan bersyukur sekurang-kurangnya dia telah berusaha dan tidak akan berputus asa.
Setelah berehat panjang, pelakon yang menginjak usia 30 tahun ini bakal membuat ‘comeback’ dalam bidang lakonan.
“Baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa la.. sekali pernah buat. Saya berehat kejap untuk kerja balik.
“Insya-Allah kalau ada rezeki lagi saya akan buat semula,” kongsi Aprena.
Untuk info, Aprena dan suami mendirikan rumahtangga pada 12 November 2016.
Aprena merupakan anak kepada Iwan Syahman, bekas penyanyi dangdut terkenal suatu ketika dulu.
Manakala ibunya, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor merupakan pelakon filem terkenal era 80an kelahiran Pasir Puteh, Kelantan.
Semoga Aprena dan suami kekal bahagia sampai syurga dan sentiasa dimurahkan rezeki.
This website uses cookies.