Raut wajah yang mulus sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Mana tidaknya, wajah yang bebas cela sebenarnya mudah diuruskan berbanding wajah yang berhadapan dengan masalah jerawat, pigmentasi, jeragat dan sebagainya. Namun tidak semua wanita bernasib baik dikurniakan wajah yang bebas dari masalah kulit. Malah faktor persekitaran dan gaya hidup banyak mempengaruhi faktor kesihatan kulit terutamanya untuk wanita yang berkerjaya.
Di atas inisiatif ini, maka kewujudan klinik rawatan wajah menjadi alternatif pilihan untuk wanita mendapatkan rawatan wajah dari pakar estetik yang mempunyai kelayakan dan kepakaran untuk menyelesaikan permasalah yang berkaitan dengan masalah kulit.
Melangkah masuk ke Astute Clinic yang terletak di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di ibukota, suasana damai dan eksklusif nyata diterapkan untuk menyambut kedatangan para tetamu. Mana tidaknya, pemilihan gaya dekorasi serta susun atur yang kemas menjadi elemen utama yang diterapkan demi memastikan pengunjung merasa selesa untuk memulakan sesi rawatan dan konsultasi.
Kepakaran dalam bidang penjagaan kulit sememangnya tiada kompromi kerana setiap kakitangan mempunyai kepakaran tersendiri di dalam aspek kerjaya masing-masing. Malah, sebelum sesuatu rawatan dijalankan untuk pelanggan, mereka terlebih dahulu bakal melalui proses konsultasi dan penerangan mengenai rawatan yang bersesuaian dengan masalah kulit yang dihadapi supaya pelanggan lebih memahami kaedah atau teknik rawatan yang bakal dijalankan.
Dengan cara ini, pelanggan dapat mengumpul seberapa banyak maklumat mengenai prosedur yang bakal dijalani di samping memahami perjalanan proses rawatan tersebut.
Jarang sekali kita dengar tentang rawatan wajah yang mengetengahkan penggunaan suhu sejuk dalam rutinnya. Seperti rawatan wajah yang ditawarkan pusat kecantikan Astute Clinic. Ia merupakan rawatan berlandaskan rawatan berubat untuk membangkitkan keserian wajah di samping mencerahkan tona kulit yang kelihatan kusam.
Untuk pengetahuan semua, rawatan wajah Astute Cyro baharu yang disediakan buat pelanggan adaalah terbaik buat mereka yang sering mengalami masalah kulit bercela seperti masalah radang kemerahan, berminyak, berpigmentasi, bintik-bintik serta kedutan.
Ads
Rawatan Astute Cyro yang menggunakan teknik rawatan suhu sejuk. Rawatan wajah Astute Cyro istimewa ini menggunakan suhu kesejukan sebagai elemen terapinya. Ia dipercayai sangat efektif dengan memanfaatkan teknik electroporesis dan iontophoresis untuk menyalurkan serum pencerahan di samping vitamin yang mampu mengurangkan radang pada wajah.
Elemen suhu sejuk yang digunakan turut mampu melancarkan aliran darah dalam kulit. Kemudian, ia mampu memelihara daya bahan aktif yang digunakan dalam rawatan agar ia mampu menjadikan memberi kesan yang terbaik pada kulit.
Bukan itu sahaja, rawatan wajah Astute Cyro sangat baik buat mereka yang memiliki kondisi kulit sensitif di mana, pelanggan boleh merasa nyaman pada kulit berikutan penggunaan suhu sejuk bahkan pasti ramai yang berpuas hati dengan hasil yang dijanjikan melalui rawatan ini.
Ingin diingatkan, rawatan ini terbukti selamat dan tidak menyakitkan, selain mencerah dan membuat penampilan kulit terlihat berkilau, ia juga bisa mengecilkan pori serta meningkatkan penghasilan kolagen untuk efek penegangan kulit yang nyata.
Ads
Rawatan yang menggunakan teknik rawatan sejuk ini agak baharu diperkenalkan di Malaysia dan kini semakin diminati oleh kebanyakan wanita yang gemarkan kesan yang nyaman sepanjang proses rawatan. Selain ia tidak menyakitkan, kesan perubahan yang dapat dilihat melalui perubahan kulit yang lebih cerah dan mengecilkan liang pori pastinya berita baik untuk wanita terutamanya yang berhadapan dengan masalah liang pori yang terbuka. Jadi, pemilihan rawatan yang bersesuaian dengan masalah kulit amat disyorkan bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk menangani masalah kulit.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mempunyai isteri yang cantik dan solehah sememangnya menjadi idaman lelaki. Namun penampilan kadang-kadang boleh mengelirukan, yang mana wanita yang solehah atau tidak.
Sebenarnya ada beberapa ciri wanita solehah yang boleh dilihat dari wajahnya. Selain kelakuan, wajah juga boleh menggambarkan kebaikan dan kelembutan hati seseorang.
(a) Sering menundukkan pandangan
Wanita solehah lebih selesa menundukkan pandangan matanya ketika bercakap dengan lelaki. Matanya terjaga, tak liar atau melilau melihat perkara-perkara lain.
(b) Selalu tersenyum
Wanita yang cantik memang memiliki senyuman yang manis. Cuma wanita yang solehah, dia memiliki senyuman yang boleh menggetarkan dan menenangkan hati. Senyuman itu akan membuat orang tertanya-tanya seperti ada sesuatu di balik senyuman itu.
(c) Tidak mekap berlebihan
Memakai mekap dengan sederhana. Tidak terikut-ikut dengan trend semasa dan berhias ringkas apabila keluar rumah.
(d) Mata yang berkilau
Bukan sebab pakai kanta lekap, tapi sebab wanita yang baik itu cenderung memiliki mata yang indah berkilau. Bertuahnya kalau anda dapat melihat kilauan di mata wanita solehah.
(e) Berkulit cerah
Cerah yang dimaksudkan bukanlah kerana produk kecantikan, mekap atau suntikan tertentu tapi cerah yang muncul secara alami. Mungkin kerana kebaikan hatinya mampu meresap ke wajah hingga terlihat oleh orang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila tiba Syawal pasti ramai yang mahu berpakaian cantik dan bersih. Oleh itu ramai wanita mengambil peluang berdiet ketika berpuasa untuk kurus namun tidak mengamalkan pemakanan sihat.
Sebenarnya berdiet bererti mengehadkan jumlah pengambilan sesuatu jenis makanan tertentu mengikut keperluan tubuh tanpa menjejaskan kesihatan diri. Ini bermakna anda masih boleh berdiet walaupun sedang berpuasa.
Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh
Diet yang salah apabila anda mengambil makanan lebih sedikit kalori daripada jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Wanita dewasa memerlukan 1600 – 2000 kcal kalori sehari manakala bagi lelaki pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500 kcal kalori sehari.
Semakin aktif diri anda bermakna semakin banyak kalori yang diperlukan oleh tubuh. Tetapi, setiap 8000 kcal lebihan kalori yang terkumpul dalam badan anda sebenarnya akan menaikkan berat badan sebanyak 1 kilogram.
Gambar hiasan
Katakan tidak pada makanan berlemak?
Apabila berdiet anda langsung tidak mengambil makanan berlemak? Kecur liur melihat makanan yang berasaskan santan yang dijual di bazar Ramadan? Anda sebenarnya salah jika langsung tidak menjamah makanan yang berlemak.
Makanan berlemak ini sebenarnya salah satu elemen penting dalam kalori yang diperlukan oleh tubuh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghindarkan lemak yang jahat. Lemak perlu dalam pengambilan makanan tetapi biar rendah lemak.
Gambar hiasan
Memilih kelompok makanan tertentu
Anda pernah mendengar teman menyatakan dia sedang berdiet protein atau berdiet karbohidrat? Amalan menghindar kelompok makanan tertentu membuatkan anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan oleh tubuh.
Amalan makan buah-buahan atau sayur-sayuran semata-mata membuatkan tubuh kekurangan vitamin atau mineral diperoleh daripada komponen makanan yang diperlukan oleh tubuh.
Hakikat sebenarnya sewaktu menjalankan program diet, tubuh kita memerlukan keseimbangan antara makanan yang masuk ke dalam tubuh dengan nutrisi untuk menjaga agar tubuh tetap sihat dan cergas.
Gambar hiasan
Tubuh memerlukan air yang banyak, beberapa vitamin penting, karbohidrat, sedikit lemak, mineral, serat dan oksigen. Apa yang penting, anda perlu memastikan agar program diet banyak menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ini akan membantu tubuh anda membangunkan sistem imun.
Mendapat nasihat doktor
Jika anda sudah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan berdiet maka sebak-baiknya dapatkan nasihat doktor yang bertauliah serta pakar tentang pemakanan dan penurunan berat.
Jika anda mempunyai sebarang penyakit berterus-terang dengan mereka. Pakar ini dapat menjelaskan tentang kandungan nutrisi yang sebenar yang perlu diambil.
Gambar hiasan
Makan hanya ketika lapar
Kita boleh mengehadkan makanan yang masuk ke dalam tubuh tetapi, lagi disekat makanan lebih pula cepat terasa lapar. Jadi, apabila berbuka puasa makan dalam jumlah yang sedikit dahulu.
Jangan pula makan semua yang ada di atas meja. Kemudian baru mengambil makanan yang berat sedikit. Biar jumlahnya sedikit tetapi kerap. Jika terasa lapar semula baru tambah pemakanan anda. Makan mengikut perlu bukan nafsu.
Gambar hiasan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambut menyempurnakan keindahan bentuk wajah setiap insan, terutama wanita.
Helaian demi helaian memberi refleksi kemilau yang memukau seterusnya memudahkan penggayaan rambut yang diinginkan.
Walaupun hanya duduk di rumah tak bermakna anda tidak perlu berdandan. Paling penting sentiasa menjaga kebersihan kulit kepala, barulah rambut yang cantik menjadi milik anda. Tidak kira sama ada berhijab atau tidak, rambut perlu diberi penjagaan yang khusus.
Terutama sekali bagi wanita yang bergelar ‘public figure’ atau selebriti yang perlu sentiasa tampil ‘on point’, lihat sahaja figura penyanyi dan pelakon Amira Othman yang sentiasa kelihatan manis dan cantik setiap kali berhadapan dengan orang ramai.
Justeru, team NONA berkesempatan bertanyakan kepada Amira apakah rutin yang sering dilakukan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambutnya. Meski seharian perlu mengenakan tudung emi menutup aurat. Nah ini dia beberapa tip yang di kongsikan Amira. Jom semak!
1. Meski Berhijab, Sentiasa Ke Salon Rambut
Walaupun berhijab, Amira tidak sesekali mengabaikan kesihatan dan kesegaran rambut. Amira akui sering menghabiskan masa ke salon kecantikan sama seperti perempuan yang lain.
2. Syampu, Perapi Rambut, Hair Mask Is A Must!
Selain daripada mendapatkan rawatan rambut dari salon-salon kesukaannya, Amira akui sentiasa menitik beratkan soal produk barangan rambut yang dipakai. Syampu, Perapi rambut dan ‘hair mask’ adalah perkara wajib untuknya menggunakan setiap kali mencuci rambut.
3. Jangan Ikat Rambut Waktu Basah!
Perkara paling penting Amira tidak akan sesekali mengikat rambut sekiranya ia masih basah. Perkara ini bukan sahaja membuatkan rambut ‘berbuah’ dan berkelimumur, malah akan mengakibatkan rambut berbau hapak! Sebaiknya dia akan mengeringkan rambut terlebih dahulu kemudian barulah mengikat rambut.
Jadi wanita yang bekerjaya, perlulah menjaga dan menitikberatkan kesihatan rambut. Bukan sahaja demi keselesaan diri sendiri. Malah, untuk kemaslahatan orang sekeliling juga. Kalau rambut berbau akan membuatkan tudung menjadi kepam.
Jom sama-sama amalkan tips yang telah dikongsikan oleh Amira ni!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...