Rawatan Muka Lymphatic Sculpture Meridian PILIHAN Wanita Moden

400

Kecantikan dan wanita sememangnya bagai aur dengan tebing. Tidak salah jika dikatakan bahawa wanita  sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan tampil cantik. Kunjungan ke premis pusat kecantikan seperti Beaute Cosmeceutical memberikan keyakinan bahawa setiap wanita berhak untuk tampil cantik.

Pusat kecantikan yang terletak di Taipan, Petaling Jaya menyediakan rawatan kecantikkan moden dengan ruang yang selesa serta dekorasi moden bagi sebagai pencetus ketenangan dalam jiwa setiap pelanggannya.

IKLAN
IKLAN

Beaute Cosmeceutical ini terkenal dengan rawatan kecantikan yang akan membuat anda dapat melihat perbezaan dalam kulit anda walaupun selepas satu rawatan. Cindy Ng yang merupakan pemilik pusat kecantikan ini adalah pakar penjagaan kulit profesional yang mempunyai pengalaman lebih tujuh tahun dalam industri kecantikan.

Beliau merupakan pakar kecantikan mendapat  pengesahan sijil daripada CIBTAC, CIDESCO dan ITEC dari kedua-dua United Kingdom dan Switzerland. Beliau bermula sebagai pelatih dan perunding kecantikan, dan akhirnya mengasaskan Beaute Cosmeceutical pada tahun 2015.

Dalam pada itu, sebagai pakar penjagaan kulit, Cindy berharap dapat mendidik, melatih dan memperkasakan ahli terapi kecantikan yang lebih profesional untuk mengambil pemilikan profesion mereka untuk membantu pelanggan dalam menjaga kecantikan diri kepada wanita dan juga lelaki.

Beaute Cosmeceutical, tampil sebagai pusat kecantikan yang menawarkan rawatan untuk kecantikkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Terdapat tiga rawatan utama ditawarkan di sini iaitu Rawatan Muka Lymphatic Sculpture Meridian, The Power Of Instant White dan Rawatan Micro Dermastamp.

 Dekorasi santai

Pusat kecantikkan ini tampil dengan dekorasi santai yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu ruang menunggu dan rawatan. Tampil sengan suasana tenang, dekorasi menarik di samping alunan muzik yang mengasyikkan pasti membuatkan pengunjung berasa segar selepas menjalani rawatan kecantikkan di pusat ini.

Ruang menunggu ditatarias moden dengan sofa dan meja. Manakala ruang untuk membeli barangan kecantikkan disediakan dengan nasihat daripada pakar kecantikkan.  Pusat ini mempunyai beberapa bilik rawatan yang luas untuk selesaan pengunjung. Manakala pencahayaan yang melatari bilik rawatan memberikan unsur ketenangan kala menjalani rawatan di sini. Dalam pada itu, untuk memastikan pengunjung datang tidak menunggu lama mendapatkan rawatan kecantikan, digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu.

 Rawatan Muka Lymphatic Sculpture Meridian

Rawatan yang terkenal di pusat ini adalah Rawatan Muka Lymphatic Sculpture Meridian yang membantu meningkatkan oksigen untuk kulit, meningkatkan kadar metabolisme sel-sel kulit, menghapuskan radikal bebas dan menggalakkan peredaran cairan darah dan limfa, mengurangkan sinus, insomnia, migrain, sakit kepala, leher dan bahu kaku serta sekatakan warna kulit. Rawatan ini menggunakan 100% minyak pati tulen yang membantu untuk membuang toksin atau detox pada kulit anda. Pakar terapi kami menggunakan alat khusus untuk melakukan urutan mata yang mendalam di seluruh wajah anda. Urut memberi tumpuan kepada nodus limfa dan kulit kepala anda. Rawatan ini sesuai untuk kulit kering, dehidrasi, pigmentasi, bintik-bintik, penuaan, garis halus, dan kedutan.

 

The Power Of Instant White

Bagi yang ingin melakukan pencerahan kulit akan melalui rawatan The Power Of Instant White yang menyediakan tiga langkah kepada pengunjung. Langkah pertama adalah rawatan VC Bio Aqua White® yang merupakan rawatan kulit untuk mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap, meninggalkan kulit anda cerah dan bersinar!  Seterusnya langkah kedua adalah rawatan Inhibits; RenewStem Instant White® Treatment. Rawatan ini akan membantu kulit anda kembali diremajakan dengan Masker RenewStem EggCell. Topeng ini diformulasikan secara saintifik dengan teknologi Bio-matriks. Langkah yang terakhir iaitu rawatan Illuminate; Hydro Diamond White® yang mempunyai anti-oksidan dan vitamin C yang tinggi. Ia akan membaiki dan melindungi membran sel kulit anda dan DNA daripada merosakkan.

Rawatan ketiga pusat ini merupakan rawatan Micro Dermastamp adalah alat stamping vibrational yang direka untuk merawat parut dan kedut. Dermastamp secara klinikal terbukti mendorong kolagen untuk menggalakkan rangsangan dan peremajaan tisu. Paras, garis halus dan kedutan dikurangkan. Sesuai untuk masalah jerawat yang teruk, kulit jerawat, parut jerawat, kulit penuaan. Manakala perkhidmatan lain yang tersedia antaranya pelangsingan, pencerahan dan mencantikkan bibir dan rambut.