Gaya Hidup

Raya Dah Dekat Ni, Transform RUANG DAPUR Jadi Lebih Menarik Dengan 11 Tip Berikut!

Bersempena dengan kedatangan Syawal tak lama lagi, terapkan aura cita rasa baru buat dapur anda. Bukan hanya ruang tamu saja yang nampak cantik, dapur juga memerlukan sentuhan segar buat hunian. Secara dasarnya dapur merupakan tempat untuk melakukan aktiviti memasak dan menyimpan beberapa jenis makanan untuk keperluan seharian. 11 cara berikut boleh dijadikan panduan agar dapur anda kelihatan lebih menarik seterusnya selamat semasa digunakan.

PILIH ALMARI BERWARNA

Jangan takut untuk menggunakan warna berani pada rekaan gaya dapur anda. Antara pilihan warna-warna terang yang boleh anda gunakan ialah biru dan hijau pudina yang merupakan alternatif terbaik buat almari dapur anda.

KOSONGKAN RUANG

Jika barang-barang boleh disembunyikan daripada pandangan, dapur akan menjadi tempat yang lebih baik untuk persiapan makanan. Contohnya, simpan minyak dan rempah ratus berdekatan dengan dapur memasak agar ia mudah dicapai.

PENCAHAYAAN

Salah satu trik sederhana untuk menjadikan dapur anda kelihatan lebih luas ialah dengan memaksimumkan penggunaan cahaya semula jadi sedia ada.

PERALATAN BERWARNA

Peralatan dapur berwarna adalah cara yang ideal untuk menyerlahkan lagi gaya rekaan dapur anda. Contohnya dengan memilih skema warna yang gelap ataupun mencuba gaya Eropah dengan memilih nuansa hitam. Peralatan stainless steel juga pilihan yang bagus.

PERTIMBANGKAN RUANG

Ketika merancang untuk menata gaya dapur, adalah penting untuk anda mempertimbangkan dengan baik tentang bagaimana ruang tersebut akan digunakan. Maksudnya ialah dapur perlu berfungsi mengikut keperluan masing-masing seterusnya ia mencerminkan hal tersebut.

WARNA BLOK

Dengan menambahkan jalur warna secara tidak langsung dapat mengubah keadaan dapur yang polos kepada ruang dengan daya tarikan visual yang unik.

SEMBUNYIKAN SINKI

Sebaiknya elak menempatkan sinki di tempat yang mudah dilihat terutama jika anda seorang yang liat untuk mencuci pinggan mangkuk selepas digunakan serta sering melonggoknya ke dalam sinki. Ini satu tabiat yang buruk dan perlu dijauhkan. Sinki yang dipenuhi dengan pinggan kotor akan mencacatkan pemandangan dapur.

SIMPAN & SELAMAT

Penyimpanan dan keselamatan menjadi elemen utama dalam dekorasi dapur. Pada zaman kini kebanyakan orang lebih memilih laci untuk menyimpan perkakasan dapur berbanding almari kerana lebih menjimatkan masa.

TEKSTUR PERABOT DAPUR

Terdapat beberapa jenis perabot dapur yang kelihatan sangat artistik seperti bertekstur bebatuan atau hiasan berukir. Tetapi kadang kala ia sukar dibersihkan. Agar lebih praktikal pilih permukaan warna yang solid atau dengan tekstur minimum agar ia mudah dibersihkan.

ABAIKAN TREND

Rekaan dapur yang inovatif berkaitan dengan semua tentang kebijaksanaan mengunakan ruang, material dan reka letak bagi mencapai penyelesaian fungsi dan estetika dekorasi rumah secara keseluruhan. Ia harus dirancang bagi memenuhi gaya hidup dan keperluan hunian.

BAHAN KONTRA

Jika menggunakan perabot dapur berwarna gelap, pastikan anda menggunakan bahan-bahan seperti kaca dan marmar bagi melembutkan lagi nuansa gelap itu.

Share
Published by
Amy Mohd