Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad sememangnya amat dikenali dengan sikap pemurah bukan sahaja terhadap kakitangannya, malah dengan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan masalah.
Kedatangan Syawal kali ini, Hafiz sekali lagi mengejutkan salah seorang kakitangannya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Carnival bernilai RM200,000!
Hafiz turut membuat kejutan istimea untuk 70 orang kakitangannya dengan mengajak mereka untuk membeli-belah baju raya serta memberikan duit raya dan token kepada para kakitangan syarikatnya.
Memetik portal M Star, Hafiz Mahamad menjelaskan pemberian kereta tersebut diberikan kepada salah seorang kakitangan syarikatnya yang sudah berkhidmat hampir tujuh tahun di bahagian pengurusan.
Tambah Hafiz lagi, kakitangan tersebut sudah lama berkhidmat dengannya ketika syarikat masih baharu mula bertatih. Malah kakitangan tersebut pernah berkhidmat di sebuah syarikat besar tetapi tidak dihargai dan pernah memandu Uber sebelum mula berkhidmat dengannya.
“Menurutnya lagi, apabila berjumpa dengan rakan-rakan lama dia diperlekeh kerana berkodmat dengan syarikat yang kecil dan pertanyaan berlatar belakangkan mengenai syarikat kecil dan jenis kereta yang digunakan.”
Meskipun keadaan kesihatannya dirinya masih lemak akibat keracunan makanan, Hafiz menggagahkan dirinya untuk bersama kakitangannya dan berkongsi kegembiraan mereka dengan penuh kesyukuran.
Setiap kakitangan diberi duit raya berupa bonus sebulan gaji serta token. Malah Hafiz dan Aina turut membawa kesemua kakitangan membeli-belah sempena Hari Raya.
Ujar usahawan yang sentiasa meletakkan isteri tersayang sebagai salah satu punca rezeki dan kejayaan syarikat, dia banyak belajar mengenai keberkatan rezeki melalui pelbagai cara, antaranya termasuklah menggembirakan isteri.
“Kalau saya dapat belajar menggembirakan isteri, insyaAllah saya tahu bagaimana hendak menggembirakan orang lain. Dari setiap kejutan yang saya buat untuk Aina, saya juga dapat menggembirakan orang lain termasuklah pekerja-pekerja saya,” ujar Hafiz yang pernah menerima penganugerahan Digital Influencer Tergempak dan trofi utama Gempak Most Wanted Awards 2023 Februari lalu.
Tidak hairanlah mengapa kira-kira 95 peratus kakitangan Ainaa Beauty masih setia bersama syarikat tersebut sejak ia ditubuhkan beberapa tahun lalu dan hanya tiga pekerja pergi atas alasan peningkatan kerjaya dan seorang meninggal dunia.
Dapat dilihat sekiranya majikan menghargai kakitangan dengan sewajarnya, rezeki memang tidak pernah salah alamat.Semoga perkongsian Hafiz ini membuka mata lebih ramai majikan menilai pekerja dengan lebih telus dan menghargai setiap jerit perih kakitangan dengan sebaik mungkin!