Mungkin Syawal kali ini, kita hanya meraikannya di rumah. Tidak balik kampung atau tidak berkesempatan berkunjung saudara-mara dan rakan-rakan. Dapur perlu berasap, hidangan istimewa mesti meriah di atas meja kerana raya tetap raya!
Ads
Majalah Nona berkongsi resipi enak dari Tuan Azman untuk mencuba ketupat sotong. Tak payah daun palas dan sebagainya, tahun ini kita jamu hidangan ketupat sotong.
Bahan-bahan:
8 ekor sotong saiz sederhana (terpulang anda kuantitinya)
1 pot beras pulut – cuci dan rendam 1 jam & tos
1 biji kelapa (ambil & asingkan santan pekat dan santan cair agak lebih)
2 btg serai – ketuk
3 ulas bwg merah – hiris
Ads
1 s/k halba
1 inci halia – hiris
gula pasir secukupnya (terpulang suka manis atau kurang manis)
Ads
garam untuk melemakkan kuah
lidi penyucuk sate
Cara menyediakan:
Cuci bersih sotong. Buang dakwatnya, selaput kulit, mata dan giginya menggunakan pisau.
Masukkan 1½ sudu kecil pulut dalam perut sotong (bergantung pada saiz sotong). Sukatannya kira-kira 1/3 dari saiz panjang sotong (jangan isi lebih dari itu nanti masa merebus beras pulut mengembang).
Masukkan semula kepala sotong pada kedudukan asalnya dan cucuk lidi sate untuk melekatkan kepala sotong). Fungsi lain adalah untuk mengelakkan pulut keluar dari perutnya semasa merebus.
Jerang santan cair dan masukkan sotong dan serai (santan mesti lebih tinggi dari sotong). Rebus hingga sotong nampak buncit dan tegang dan santan cair hampir kering.
Masukkan santan pekat, halba, halia, bawang, garam dan gula. Masak hingga kuah menjadi pekat.
Hidangkan panas atau sejuk. Cara makan mestilah sekali dengan kuahnya macam kita makan pengat pisang tu.
Foto: @bynanaazman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Asyik menikmati hidangan Melayu, cuba pula sajian pasta barat atau western yang pastinya menjadi kegemaran anak-anak kita. Mungkin ramai yang tidak berani mencuba kerana menyangka hidangan ini susah untuk disediakan dan menggunakan bahan-bahan yang sangat mahal. Kami berkongsi seleksi sajian pasta barat yang mudah, sedap dan boleh dihasilkan sendiri di rumah tanpa menggunakan kos yang terlalu mahal. Selamat mencuba.
1. FETUCCINE DAGING PANGGANG
BAHAN-BAHAN: 200gm daging 200gm pasta fettucine | direbus lembut 3 ulas bawang putih | cincang 1/2 biji bawang besar | cincang 1 sudu makan tepung gandum 2 cawan susu segar 3 keping keju cheddar 1/2 cawan keju parmesan Garam dan serbuk lada hitam secukupnya 1/2 sudu teh oregano Sedikit air jika perlu Sedikit daun parsli 2 sudu makan mentega 2 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMBUAT: Perapkan daging dengan serbuk lada hitam dan garam. Kemudian panggang hingga masak. Panaskan minyak zaitun dan mentega. Tumis bawang besar serta bawang putih hingga keperangan. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul sebati.Seterusnya masukkan susu. Kacau hingga semua bahan tidak berketul. Biarkan mendidih.Masukkan keju cheddar, keju parmesan, oregano, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan pastikan sos mempunyai kepekatan yang sederhana. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air atau susu. Hidangkan bersama spageti, kepingan daging panggang, sedikit keju parmesan dan parsli sebelum dinikmati.
2.FUSSILI AYAM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN: 200gm pasta fussili | rebus lembut 10 biji cendawan | hiris 4 10 biji tomato ceri | dibelah 2 3 ulas bawang putih | hiris 1/2 biji bawang besar | cincang 50gm isi ayam | potong dadu 1/2 tin sos pasta tomato Garam dan serbuk lada hitam secukupnya Minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT: Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga keperangan. Kemudian masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam kering. Masukkan cendawan dan juga tomato. Tumis sehingga tomato dan cendawan masak sepenuhnya. Tuang sos pasta dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Akhir sekali, masukkan pasta fussili dan gaul hingga sebati. Sedia untuk dinikmati.
3.PASTA BOW TIE BERKRIM TELUR PUYUH & ASPARAGUS
BAHAN-BAHAN: 300gm pasta bow tie / farfalle 6-7 batang asparagus | dipotong 1 inci & dicelur 1 cawan heavy cream 2 biji lemon | ambil parutan kulitnya 1/2 cawan keju parmesan parut 6-7 biji telur puyuh | direbus Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT: Panaskan heavy cream hingga mendidih dan sedikit pekat. Kemudian masukkan parutan kulit lemon dan keju parmesan. Kacau hingga sebati dan keju larut sepenuhnya. Perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa. Seterusnya masukkan pasta, telur puyuh dan asparagus. Gaul hingga bersalut sepenuhnya. Rasa dan jika perlu, tambahkan parutan keju atau garam. Sedia untuk dinikmati.
4.PENNE SOSEJ AYAM & SAYURAN
BAHAN-BAHAN: 200gm pasta penne | rebus lembut 2 sudu makan minyak zaitun 2 biji bawang merah | dadu 4-5 batang sosej ayam | hiris 1/2 cawan air rebusan ayam 1 1/2 cawan krim masakan @ heavy cream 1 kiub pati ayam 1/2 cawan keju parmesan parut Garam dan serbuk lada hitam secukupnya 1 sudu makan daun parsli cincang
CARA MEMBUAT: Panaskan minyak dan goreng hirisan sosej hingga keperangan.Tambahkan hirisan bawang merah. Tumis lagi hingga keperangan.Bila kuali sedikit berasap, masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit bagi mendapatkan kesan berdesir.Masukkan krim masakan, garam serta serbuk lada hitam dengan secukupkan. Biarkan sos mendidih. Masukkan pasta. Kacau lagi hingga sebati. Padamkan api. Masukkan keju dan daun parsli. Gaul hingga sebati dan keju cair. Sedia untuk dinikmati.
5. SPAGETI TOMATO BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN: 400gm spageti | direbus hingga lembut. Toskan 500gm bebola daging sejukbeku 1 biji bawang besar | cincang halus 2 ulas bawang putih | dadu kecil 2 biji tomato | buang biji & cincang 250gm tomato puri 250gm sos tomato 1 kiub pati daging 1 sudu makan oregano kering 2 helai daun bay 1 sudu teh serbuk lada sulah Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT: Panaskan kuali dan masak bebola daging hingga keperangan. Jika masak guna kuali biasa, masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan buah tomato cincang, tomato puri, dan sos timato. Masak seketika. Bila sos sebati, masukkan kiub pati daging, oregano, daun bay, lada sulah dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah mendidih. Masukkan bebola daging. Gaul rata. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air. Angkat dan hidangkan dengan spageti.
6. MAKARONI & KEJU
BAHAN-BAHAN: 2 cawan makaroni 100gm isi ayam rebus | dadu kecil 2 sudu makan mentega 2 sudu makan tepung gandum 2 1/2 cawan susu penuh krim 4-5 keping keju cheddar 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 1/2 sudu teh oregano kering Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Didihkan air, masukkan sedikit garam dan rebus makaroni hingga lembut. Toskan air dan ketepikan. Cairkan mentega dan masukkan tepung agndum. Kacau rata dengan cepat hingga tepung dan mentega jadi sebati. Masukkan susu. Kacau rata sehingga kuah tidak berketul. Tambahkan serbuk lada hitam serta garam secukupnya. Masukkan kepingan keju dan kacau lagi hingga keju cair dan semua bahan sebati. Jika terlalu pekat, tambah sedikit susu. Akhir sekali, masukkan makaroni dan isi ayam. Gaul hingga sekata. Sedia untuk dinikmati.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nabila Razali, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Si pelantun lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua kini kian ligat dengan karier seninya. Namun begitu, sesibuk mana pun dirinya sepanjang bulan Ramadan ini, Nabila tetap memilih untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
“Detik ini bukan selalu ada memandangkan saya sentiasa sibuk dengan karier. Kesempatan itu saya manfaatkan pada bulan Ramadan. Semoga tahun ini kami sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa bersama. Antara juadah berbuka yang sentiasa saya nanti-nantikan setiap kali Ramadan ialah Murtabak Daging, Puding Karamel, Nasi Beriani Daging dan Kuih Lompang.
Selain Datuk Chef Wan saya juga menjadikan ibu sebagai idola. Ibu bukan saja pandai memasak malah kreatif dalam mencipta menu-menu baru tanpa perlu merujuk buku dan sebagainya. Salah satu menu kreatif ibu ialah Ikan Bilis Goreng Cili yang dicampur dengan anggur. Rasanya sangat sedap!
Menu air tangan ibu yang lain yang turut menjadi kegemaran saya ialah Kari Baba Nyonya, Rendang Ayam dan Ayam Goreng Cili. Bagi saya keenakan rasanya sangat unik.
Nona kongsikan resipi Puding Karamel yang menjadi juadah kegemaran Nabila setiap kali Ramadan.
PUDING KARAMEL
Bahan-bahan:
4 biji trelur saiz A
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
170 ml air
Sedikit vanila esen
Cara Membuat:
Untuk karamel masak gula dan air di dalam kuali. Kacau sehingga keperangan lalu segera masukkan ke loyang. Ratakan karamel dan biar sejuk. Untuk puding, pukul telur sehingga rata jangan sampai berbuih. Masukkan susu cair, gula, air dan vanila esen. Kacau sehingga gula larut. Kemudian tapis adunan dan masukkan ke loyang yang telah dituangkan karamel tadi. Bungkus loyang dengan kertas aluminium lalu kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk barulah diterbalikkan loyang. Simpan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung minggu sememangnya saat yang dinanti-nantikan khususnya oleh wanita-wanita yang berkerjaya. Inilah masanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Dan, berpeluang menghidangkan menu istimewa buat insan-insan tersayang.
Alangkah seronoknya jika dapat menikmati biskut Double Trouble Chocolate Chip ini bersama secawan kopi mahupun teh panas ketika minum petang. Lihat sahaja rupanya pun sudah menggiurkan. Nona kongsikan resipi Double Trouble Chocolate Chip istimewa daripada Coffee Jeans & Co.
Khas buat pembaca-pembaca Nona, pemiliknya iaitu Tania Zara sudi berkongsi resepi biskut Double Trouble Chocolate Chip ini yang sememangnya menjadi best seller di Coffee Jeans & Co. Jom cuba!
DOUBLE TROUBLE CHOCOLATE CHIP COOKIES
Bahan-bahan:
225gm cip coklat (dicairkan)
30gm salted butter (dicairkan)
¼ cawan tepung serba guna
½ camca teh serbuk penaik
2 biji telur
175gm gula
1 camca teh esen vanila
½ cawan cip coklat
Cara Membuat:
Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan gula dan vanila, gaul rata. Masukkan cip coklat dan mentega yang telah dicairkan. Masukkan pula tepung serbaguna dan serbuk penaik sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati. Letakkan adunan ke dalam chiller, biarkan semalaman. Kemudian kaup menggunakan scoop dan susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12-15 minit. Siap untuk dihidangkan.
Tip: Memandangkan biskut ini adalah jenis lembut ianya tidak boleh disimpan terlalu lama di dalam bekas. Tempoh terbaik ialah selama tujuh hari selepas dibakar. Selamat mencuba! Untuk melihat lebih banyak koleksi-koleksi kek dan pastri, anda boleh klik di Instagram @coffeejeansandco. AMYMOHD
Sumber Foto: @coffeejeansandco
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...