UYAINA ARSHAD

Tahniah diucapkan buat pengantin baru, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran yang selamat bergelar suami isteri pada 21 Disember lepas. Cukup menjaga privasi hubungan cinta mereka sebelum ini, akhirnya hasrat pelakon dan pengacara cantik serta penyanyi ini untuk menghalalkan hubungan mereka berdua dimakbulkan Allah SWT.

Ads

Melangsungkan pernikahan tatkala Lembah Klang dilanda musibah banjir, kediaman Raja Syahiran di Subang Jaya dilaporkan turut terjejas akibat bencana itu. Namun penyanyi ini reda dengan takdir yang menimpa dan tetap meneruskan niat untuk memperisterikan Uyaina mengikut tarikh ditetapkan.

Difahamkan selain rumah, pasangan ini turut diuji apabila pelamin yang sepatutnya menghiasi majlis bersejarah mereka juga dikatakan tenggelam disebabkan bencana alam itu. Begitu juga malam berinai yang sepatutnya berlangsung sehari sebelum majlis pernikahan terpaksa dibatalkan.

Reda Terima Ujian Sebelum Nikah Kerana Banjir, UYAINA & SYAHIRAN Syukur Selamat Bergelar Suami Isteri! Reda Terima Ujian Sebelum Nikah Kerana Banjir, UYAINA & SYAHIRAN Syukur Selamat Bergelar Suami Isteri! Reda Terima Ujian Sebelum Nikah Kerana Banjir, UYAINA & SYAHIRAN Syukur Selamat Bergelar Suami Isteri! Reda Terima Ujian Sebelum Nikah Kerana Banjir, UYAINA & SYAHIRAN Syukur Selamat Bergelar Suami Isteri!

Kongsi Uyaina di media sosial miliknya, “Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah. Walaupun banyak yang berlaku sepanjang pernikahan Syahiran dan Uyaina, tapi kami gembira dapat diijabkabulkan dan majlis kecil kami dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat. Terima kasih kepada keluarga kami yang menjadi tulang belakang terkuat kami. We love you!”

Pada upacara ijab kabul, Uyaina tampak cantik berseri-seri dalam persalinan indah rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini yang berjaya menarik perhatian ramai. Ia adalah persalinan nikah Rizman Ruzaini Bridal Couture iaitu kurung Pahang yang diberi sentuhan moden dengan RR signature pointy shoulder dan disulam indah dengan perincian rona klasik emas.

Selain itu, busana ini juga diserikan dengan penggunaan French lace yang dipenuhi perincian dari sulaman tangan khas buat ratu sehari Uyaina Arshad.

Di samping busana yang indah, sentuhan magis jurusolek Yna Sakinah menaikkan lagi seri pengantin Uyaina. Lebih kelihatan mewah, barangan kemas yang digayakan Uyaina di majlis nikah ialah dari Ceres Jewels.

Ads

Pasangan mempelai melangsungkan majlis pernikahan dalam suasana indah di Colony by KLCC, Kuala Lumpur. Syahiran selamat bergelar suami kepada Uyaina dengan sekali lafaz. Perancangan awal mereka untuk berbulan madu di Eropah terpaksa ditunda selepas keadaan kembali normal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Reda Terima Ujian Sebelum Nikah Kerana Banjir, UYAINA & SYAHIRAN Syukur Selamat Bergelar Suami Isteri! Reda Terima Ujian Sebelum Nikah Kerana Banjir, UYAINA & SYAHIRAN Syukur Selamat Bergelar Suami Isteri! Reda Terima Ujian Sebelum Nikah Kerana Banjir, UYAINA & SYAHIRAN Syukur Selamat Bergelar Suami Isteri! Reda Terima Ujian Sebelum Nikah Kerana Banjir, UYAINA & SYAHIRAN Syukur Selamat Bergelar Suami Isteri! Reda Terima Ujian Sebelum Nikah Kerana Banjir, UYAINA & SYAHIRAN Syukur Selamat Bergelar Suami Isteri!

Ads

Mengulas mengenai majlis resepsi, mereka dikatakan belum memutuskan tarikh yang sesuai untuk acara berkenaan.

Uyaina dan Raja Syahiran mula berkenalan pada tahun 2019 dalam sebuah program terbitan Astro dan pengacara cantik ini dirisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lepas.

 

Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad & Raja Syahiran

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI