Rakyat Malaysia sememangnya berjiwa penyayang dan penuh dengan sikap prihatin. Tidak kira pemimpin, ahli korporat, selebriti mahupun orang kebanyakan, semuanya tidak mahu melepaskan peluang mencurah keringat kepada golongan memerlukan.
Terbaharu, situasi bencana banjir yang melanda Selangor dan Kuala Lumpur sejak 18 Disember lalu menarik perhatian Dr Jezamine Lim yang juga isteri pelawak terkenal, Harith Iskandar. Sinonim dengan misi bantuan dan aktiviti kebajikan, jiwa murni Dr Jezamine nyata tersentuh melihat keadaan mangsa banjir yang bukan hanya berdepan kemusnahan harta-benda malah ada yang kehilangan nyawa.
Ekoran itu, dia terpanggil untuk menghulurkan bantuan bersama suami tercinta menerusi badan amal The Hope Branch bagi menjayakan misi mereka kali ini. Yang pasti, ia bukanlah kali pertama Dr Jezamine dan Harith Iskander menyertai misi bantuan.
Sekitar awal tahun lalu, pasangan selebriti ini pernah menjadi sukarelawan dalam misi bantuan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor. Walau rakyat masih berusaha mencegah penularan Covid-19 dalam komuniti ketika ini namun sebagai sukarelawan mereka terus ‘berjuang’ memastikan sumbangan berupa keperluan harian kepada mangsa banjir sampai dengan selamat.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan mereka di media sosial, kelihatan Dr Jezamine dan Harith serta pasukan NADMA meredah banjir dengan menaiki bot untuk membantu keluarga terperangkap di beberapa kawasan di Shah Alam.
Malah, mereka turut turun padang membantu mangsa banjir di Hulu Langat. Dedah Dr Jezamine, “Villagers literally lost everything! But they seemed very accepting as they were expressing how grateful they are to even be alive. We are tired but nothing compared to what they are going through. We are grateful beyond words, it’s all about team work and this mission is never possible without all volunteers, friends, and everyone else here on social media.
This is when we rakyat stand up and work-together to help one another. Also, don’t waste your time pointing fingers at the government or even opposition or whatever party, this is when we take responsibility and take care of one another regardless of our race and difference.”
View this post on Instagram
Kagum dengan semangat suami isteri ini. Dalam kesibukan mengurus kerjaya dan keluarga, tetap ada masa untuk buat kerja amal. Satu usaha yang patut dijadikan pencetus inspirasi kepada masyarakat.
Dr Jezamine sah bergelar isteri kepada Harith Iskander pada 12 Jun 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne Iskander dan Zydane Xayne Iskander. Dr Jezamine juga pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) in Stem Cell and Tissue Engineering dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kredit foto: Instagram Dr Jezamine Lim & Harith Iskander