Shiloh Jolie-Pitt boleh dikatakan remaja paling popular dunia kerana ke mana sahaja kakinya melangkah pasti menjadi buruan lensa kamera.
Mewarisi kejelitaan ibunya selebriti popular dunia, Angelina Jolie dan ketampanan bapanya yang terkenal, Brad Pitt. Keunikan wajah Shiloh Jolie-Pitt kerana dikatakan kombinasi wajah ibu dan bapanya yang terkenal itu.
Ramai yang memuji wajah cantik remaja popular dunia ini dan ada juga yang mengatakan wajah Shiloh Jolie-Pitt paling di dunia. Beruntung sungguh gadis yang baharu sahaja berusia 15 tahun ini.
Bayangkan jika umurnya mencecah 21 tahun, sudah pasti kejelitaannya makin terserlah.
Sejak kelahiran Shiloh Jolie-Pitt pada tahun 2006, anak kepada pasangan sensasi Brad Pitt dan Angelina Jolie ini sudah mencuri tumpuan dunia.
Bukan sahaja kerana populariti kedua-dua ibu dan bapanya malah lokasi kelahirannya di Namibia, Afrika telah menarik tumpuan dunia.
Sejak kecil penampilan remaja ini lebih kepada gaya tomboy namun saat menemani ibu di laluan karpet merah di premiere filem Eternal di Rom, Itali telah memukau pandangan tetamu yang datang ke majlis tersebut.
Hadir dengan mini dress rekaan Versace rona hitam dan dipadankan dengan sneakers telah membuat ramai tak berkelip mata memandangnya. Turut hadir bersama adalah kakaknya Zahara yang kini berusia 16 tahun.
Selain Zahara, Shiloh mempunyai empat lagi adik-beradik iaitu, Maddox, 20 tahun, Pax, 17 tahun, serta kembar Knox dan Vivienne, 13 tahun.
Anak kandung pertama pasangan pelakon Mr. & Mrs. Smith ini tidak hanya berselindung di bawah populariti kedua ibu dan bapanya sahaja malah telah menempa namanya di persada seni filem Hollywood.
Pada tahun 2016, Shiloh telah menggunakan suaranya untuk melakonkan watak Shuai Shuai dalam filem Kung Fu Panda 3. Suara ibunya yang pernah menang anugerah Academy Award for Best Supporting Actrees in 2000 ini turut digunakan dalam filem tersebut membawa watak Tigress.
Suara Shiloh terut berganding dengan aktor dan aktres kelas A Hollywood seperti Jack Black, Bryan Cranston, Dustin Hoffman, Kate Hudson, Seth Rogen, Lucy Liu dan Jackie Chan.
Baca juga; MELISSA SAILA Kekal Cantik Di Usia 50, Anak-Anak Pun Dah Meningkat Remaja
View this post on Instagram