Ramai yang percaya bahawa lemon sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Air rendaman lemon saja dikatakan sangat baik untuk detoksifikasi dan membantu mengurangkan berat badan.
Ads
Namun begitu, tahukah anda cara merendam lemon yang betul agar khasiatnya dapat dimaksimumkan?
(a) Guna Air Panas Atau Sejuk?
Dalam cuaca panas, biasanya kita suka merendam lemon dengan air sejuk. Mungkin anda pernah dengar bahawa lemon tidak boleh direndam dengan air panas kerana takut vitamin C di dalamnya rosak.
Tapi kenyataannya, lemon tidak boleh direndam dalam air yang terlalu sejuk kerana selain rasanya tak dapat menyerap dengan baik, vitamin C juga tak boleh bercampur dengan air yang bersuhu terlalu rendah.
Suhu air yang paling sesuai untuk merendam lemon adalah sekitar 60-70 darjah Celcius. Ingat, air rendaman lemon sepatutnya tawar. 1 keping hirisan lemon boleh direndam dalam seteko air jadi 1 keping lemon sudah boleh dijadikan 3-4 gelas air.
(b) Adakah lemon harus direndam dengan kulitnya?
Ya, lemon mesti direndam dengan kulitnya. Meskipun rasanya agak pahit, tapi kulit lemon mengandungi flavonoid yang tinggi. Malahan merendam kulitnya jauh lebih baik daripada merendah isi buah lemon itu sendiri!
Minyak pati lemon juga terletak pada kulitnya. Jadi hirislah senipis mungkin agar khasiat dari kulit lemon lebih mudah keluar dan membaur dengan air rendaman.
(c) Bagaimana cara menyimpan potongan lemon yang belum terpakai?
Selepas menghiris lemon, mesti ada yang bertanya, sisa yang lain macam mana? Kalau disimpan dalam peti sejuk, adakah khasiatnya berkurangan?
Ads
Sebenarnya lemon adalah sejenis buah yang cukup awet. Meskipun lemon kelihatan mengering, tapi lemon yang kering juga masih boleh direndam. Khasiatnya pun tetap tak berubah.
Kebaikan Air Rendaman Lemon
Ads
(1) Mengalkalikan tubuh badan
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid apabila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Apabila badan berasid, selain mengganggu pelbagai fungsi dalam badan, tubuh juga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser.Walaupun lemon bersifat asid (masam), namun ia mampu membantu mengalkalikan tubuh dan darah. Lemon juga membantu memastikan keseimbangan pH dalam badan.
(2) Mencantikkan kulit
Kandungan vitamin C pada lemon memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
(3) Membantu penghadaman
Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman atau dengan kata lainnya merangsang pergerakan usus (bowel movement). Lemon pula dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati.
(4) Membantu proses penyingkiran toksin
Air lemon bersifat diuretik, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu proses detoksifikasi pada organ hati. Hati merupakan salah satu organ utama membuang toksin dari tubuh manusia. Bila toksin dapat disingkirkan, nutrien daripada makanan juga lebih mudah diserap.
(5) Membantu menurunkan berat badan
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisyen. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam menurunkan berat badan. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia hampir mencecah 60 tahun tapi penampilan terkini diva Indonesia tersohor, Ruth Sahanaya nampak awet muda!
Ruth sebenarnya mempunyai rahsia khusus untuk penjagaan diri.
Salah satunya, rajin menjaga kecantikan kulit dengan skrub istimewa yang ditempah dari Bandung.
Memetik laporan okezone.com, Ruth paling suka skrub. Terdapat beberapa skrub homemade istimewa dari Bandung telah diamalkannya sejak kecil bersama keluarga.
Selain menjaga kecantikan luaran, penyanyi ‘You are Everything’ ini turut mengamalkan teh hijau sejak kecil lagi.
“Saya cuba hidup sihat sejak kecil, minum teh hijau. Ia adalah antioksidan yang sangat sihat dan baik untuk kulit.”
Sementara itu, bagi mengekalkan kesihatan pulaa Ruth berdisiplin dalam bersenam. Dia memilih senaman treadmill santai yang boleh dilakukan di rumah.
Selain mengamalkan gaya hidup sihat, isteri kepada Jeffry Waworuntu ini juga sentiasa bersyukur, berfikiran positif dan gembira.
Ruth percaya, apa yang ada dalam fikiran akan memberi kesan kepada penampilan seseorang dari segi luaran.
“Cuba untuk sentiasa bersyukur dalam segala hal. Ia juga mempengaruhi apa yang dilihat pada luaran.”
Untuk info, Ruth Sahanaya menceburi bidang muzik sejak 1987. Perkahwinannya dengan Jeffry Waworuntu sangat bahagia dan mereka dikurniakan dua cahayamata.
Anak perempuan sulungnya bernama Nadine Emmanuella, manakala anak perempuan keduanya bernama Amabel Odelia Waworuntu.
Kredit Foto: Instagram Ruth Sahanaya
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung Jun ini pelakon Susan Lankester bakal berusia 60 tahun. Pun begitu, wanita Inggeris ini masih kelihatan cantik dalam kelas tersendiri.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni di Malaysia, Susan berjaya menjadi antara pelakon bukan Melayu yang mendapat tempat dalam kalangan peminat seni tanah air hingga ke hari ini.
Aktif mewarnai dunia seni, Susan Lankester turut menjadi pilihan pereka fesyen terkenal tempatan sekitar tahun 2021 bagi menggayakan koleksi fesyen berkenaan. Makin berusia, makin ‘laku’!
Tidak dinafikan, dialongnya ‘Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?’ menerusi filem pertamanya iaitu Mekanik nyata sudah sinonim dengan jelitawan keturunan Inggeris-Cina ini.
Bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha, filem yang diarahkan Othman Hafsham pada tahun 1983 berkenaan berjaya melonjakkan nama Susan Lankester.
Bukan bersandar kepada rupa paras semata-mata, bakat yang dimiliki wanita ini terbukti apabila dia dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 pada tahun 1994 dalam filem Femina.
Ketika sambutan Tahun Baharu Cina yang lepas, Susan membintangi Rain Town the movie bersama beberapa lagi pelakon handalan lain.
Susan juga aktif sebagai pelakon filem, drama dan teater. Malah figura yang fasih berbahasa Melayu ini pernah menghasilkan sebuah album bertajuk Takdir dan popular menerusi lagu Antara Dua Zaman.
Bahkan dia juga pernah berduet dengan Allahyarham Tan Sri SM Salim dalam lagu Dilema.
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw kini kelihatan semakin langsing setelah menjalani pembedahan gastrik atau bariatrik.
Pelantun lagu ‘Maybe’ ini dikatakan mengambil langkah drastik adalah untuk menurunkan berat badan yang telah gagal diusahakannya selama 12 tahun.
Pun begitu, Melly terpaksa berhadapan dengan kesan daripada pembedahan yang dilakukannya akibat memotong organ pencernaan. Melly tidak dapat menghadam makanan seperti orang biasa.
Memetik perkongsian Melly Goeslaw dalam podcast bersama Melaney Ricardo baru-baru ini, dia kini hanya boleh makan satu sudu besar nasi atau makanan dan terus merasa kenyang.
Menurutnya, satu sudu nasi itu perlu dihabiskan dengan mengunyah secara perlahan-lahan dan lama.
Pun begitu, kata Melly dia sebenarnya boleh memaksa diri untuk makan dua sudu nasi. Cuma, selepas itu dia tidak boleh minum.
Melihat perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat serta pengikut Melly di media sosial. Kebanyakan mereka bimbang dan berpendapat Melly hanya menyeksa diri.
“Menyeksa diri sendiri, Tuhan telah menciptakan manusia dan organ mereka menjadi yang terbaik dan paling sempurna.”
“Ya Allah, betul-betul menyeksa diri. Salah satu nikmat yang Allah beri ialah makan.”
Didoakan agar Melly Goeslaw baik-baik sahaja dan kekal sihat, langsing serta cantik.
Kredit Foto: Instagram Melly Goeslaw
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home...