Dalam sebuah keluarga, anak-anaklah yang menjadi tulang belakang serta kekuatan utama buat ibu bapa. Susah senang dilalui bersama, saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Farah Shazliyana merupakan anak kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. Bergelar anak kepada ahli kenamaan yang mempunyai kedudukan serta pengaruh yang kuat dalam pentadbiran negara menjadikan Farah seorang wanita yang matang dalam usia 30 tahun.
BANGGA DENGAN ABAH
Sebagai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diberikan mandat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelaraskan hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang ekonomi.
Di samping itu, beliau turut bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat Kabinet sewaktu ketiadaan Perdana Menteri dalam negara. Terdahulu, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
“Saya bersyukur dikurniakan seorang Abah yang sangat baik. Abah sememangnya seorang yang workaholic. Hardworking is an understatement. Sejak dahulu lagi Abah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat keluarga. There is no such thing as time for himself as he dedicates his life doing his best in any responsibilities he took on.
Saya melihat Abah seorang yang sangat sabar, cekal dan berprinsip. Abah sering berpesan kepada kami tentang nilai-nilai penting yang perlu diamalkan dalam kehidupan. Hakikatnya bergelar seorang ahli politik bukan mudah. Selama berpuluh tahun Abah berkecimpung dalam dunia politik.
Walaupun berdepan dengan bermacam dugaan namun Abah terus kuat dan maju ke hadapan. Setiap perkara yang dilakukan hanya kerana Allah SWT. Setiap kali Abah merasa tertekan mahupun down kami akan selalu mengingatkannya bahawa kami sentiasa ada untuk Abah.
Kami akan sentiasa menyokong Abah di saat susah atau senang. Sokongan kami sekeluarga akan menjadi kekuatan utama buat Abah dalam mengharungi cabaran dalam kariernya.
ABAH PANDAI MASAK
Bercakap tentang menu kegemaran kami sekeluarga semestinya rendang daging homemade
yang dimasak sendiri oleh Abah! Kelazatannya akan menjadi lebih luar biasa. Abah sememangnya pandai masak. Rendang daging merupakan salah satu menu kegemaran Abah terutama setiap kali raya. Selalunya kami akan serahkan kepada Abah untuk ‘beraksi’ di dapur menyediakan rendang daging homemade. Hasilnya memang terbaik!”WARISI KECANTIKAN IBU
Melihat kepada raut wajahnya yang lembut, Farah ternyata mewarisi kecantikan asli yang dimiliki ibunya iaitu Datin Seri Shamshida Taharin. Farah sebenarnya kagum dengan amalan yang dilakukan oleh ibunya untuk kekal sihat, bertenaga serta cantik luar dan dalam pada usia 55 tahun.
“Mummy seorang yang mengamalkan pemakanan sihat antaranya makan nasi sejemput bersama lauk. Tidak hairanlan Mummy sentiasa kelihatan bertenaga serta awet muda. Amalannya itu menjadi inspirasi saya untuk sentiasa menjaga kesihatan luar dan dalam, lebih-lebih lagi selepas berkahwin.
Sebagai isteri Mummy sangat memahami dan supportive. Saya anggap Mummy seperti sahabat baik kerana mudah untuk saya kongsikan masalah bersamanya. Mummy juga seorang yang merendah diri, suka mendekati dan membantu golongan memerlukan melalui program-program kemasyarakatan yang dilakukan.
BANGGA
Sebagai anak kami sangat bangga memiliki Abah dan Mummy yang sentiasa melayan sesiapa sahaja dengan baik, tidak kira apa pun status mahupun latar belakang mereka.
Buat Abah, terima kasih kerana menjadi contoh terbaik buat anak-anak. Kami sangat bangga memiliki seorang ayah seperti Abah. I learnt a lot from you. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi serta mengurniakan yang terbaik buat Abah di dunia mahupun akhirat. I love you very much!”
Farah merupakan perunding kewangan di sebuah bank dan ibu kepada seorang anak, Farah Inayah Rose yang kini berusia dua tahun.
Kredit Foto: Instagram Farah Shazliyana Azmin
This website uses cookies.