Hari minggu ini agak buntu hendak sediakan makanan untuk keluarga. Kesempatan ada masa terluang waktu cuti hari ini, apa kata anda cuba menu Pan Grill Sirloin Steak Raspberry Sauce dan Creamy Chicken Soup ilham Kamilah’s Cafe. Selamat mencuba!

PAN GRILL SIRLOIN STEAK RASPBERRY SAUCE

Ads

Resipi Enak Sirloin Steak & Sup Cendawan Mudah Untuk Dicuba. Gerenti Makan Sampai MENJILAT JARI

Bahan-bahan utama:

  • 200 gram daging sirloin
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 tangkai rosemary segar

Bahan-bahan untuk perapan:

  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu teh lada hitam kasar
  • 1 sudu teh sos lea perrins
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk sos Raspberry:

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih (dicencang halus)
  • 1 ulas bawang merah kecil (dicencang halus)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar jem Raspberry
  • 1 sudu teh sos lea perrins
  • Garam secukup rasa 

Cara Membuat:

Perap daging dengan semua bahan perapan selama 30 minit. Selepas itu, panaskan kuali bersama minyak zaitun. Masukkan bawang putih yang telah diketuk dan rosemary segar sehingga naik bau.

Masukkan pula daging yang telah diperap. Masak mengikut cita rasa masing-masing. Akhir sekali, masukkan mentega dan biarkan ia meresap sebati ke dalam daging.

Untuk membuat sos, panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Seterusnya, masukkan serbuk lada hitam, jem raspberry dan didihkan seketika.

Ads

Perasakan sos dengan stok daging, sos lea perrins dan garam secukup rasa. Setelah masak, hidangkan daging di atas pinggan bersama salad, kentang putar dan sos raspberry.

CREAMY CHICKEN SOUP

Resipi Enak Sirloin Steak & Sup Cendawan Mudah Untuk Dicuba. Gerenti Makan Sampai MENJILAT JARI

Bahan-bahan:

Ads
  • 500 ml air rebusan ayam
  • 200 gram dada ayam (direbus & dicarik isinya)
  • 2 ulas bawang merah besar (dicencang)
  • 3 biji cendawan (dihiris)
  • 1 batang saderi (dicencang)
  • 30 gram mentega
  • 110 gram tepung
  • 150 ml krim masakan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • ½ pati kiub ayam
  • 3 helai daun bawang (dihiris halus)
  • 4 sudu besar krim keju

Cara membuat:

Panaskan mentega di dalam periuk dengan api sederhana. Tumis bawang merah dan saderi hingga layu dan naik bau.Kemudian, masukkan cendawan.

Kecilkan api dan masukkan tepung. Kacau sebati. Seterusnya, masukkan sedikit demi sedikit air rebusan ayam dan kacau sekata serta pastikan tiada ketulan tepung.

Masukkan krim masakan dan krim keju. Masak dengan api sederhana hingga sup mendidih. Perasakan sup dengan garam secukup rasa bersama lada hitam. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah dicarik bersama taburan daun bawang. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati. Suziana Abu Daud

Resipi: TERIMA KASIH ROZITA YUSOF, KAMILAH’S BOOK & LIFESTYLE CAFE, 15 – G JALAN PUTRA MAHKOTA 7/7B, PUTRA HEIGHTS

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI