Minum jamu setiap hari sudah lama menjadi amalan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi. Namun sejak penularan Coronavirus, lelaki kelahiran Solo yang berusia 59 tahun itu semakin kerap meminum jamu, sekurangnya tiga kali sehari untuk meningkatkan imunisasi tubuh daripada jangkitan virus tersebut.
Jamu merupakan sejenis suplemen tradisional yang turun-temurun diamalkan oleh masyarakat Indonesia untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Ia diramu menggunakan akar kayu atau rempah ratus terpilih, kemudian diracik mengikut keperluan tubuh seseorang.
Menurut Presiden Jokowi, amalan meminum jamu ini sebenarnya sudah dimulakan sejak 17 tahun lalu. Bapa kepada tiga cahaya mata; Gibran Rakabuming Raka, Kaesang Pangarep dan Kahiyang Ayu itu tidak keberatan berkongsi cara pembuatannya yang mudah untuk diamalkan oleh rakyat jelata.
Ingin tahu bagaimana saya menjaga kebugaran tubuh? Tak ada rahasia, tidak ada yang istimewa. Hanya ramuan sederhana semata.
Dalam hantaran video di Instagram @jokowi, Presiden Republik Indonesia itu menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam jamu kegemarannya iaitu temulawak, serai, halia dan kunyit.
“Sekarang tamu-tamu saya pagi, siang dan malam saya beri minuman itu. Bukan teh, tapi saya ganti temulawak, jahe, sereh dan kunyit, yang dicampur.”“Rasanya bagi saya tidak terlalu pahit.”
Tidak hairanlah jika Presiden Jokowi yang juga suami kepada Iriana Joko Widodo itu kelihatan sentiasa cergas dan bertenaga. Ia diracik segar setiap hari oleh tukang masak Presiden, kemudian direbus dan ditapis. Begini saja cara-cara pembuatannya yang mudah.
Bahan-bahan:
Ads
8 potong temulawak
6 potong kunyit
3 potong halia
Serai
Cara membuat:
Semua bahan diracik dan direbus hingga mendidih. Air rebusan ditapis dan seeloknya diminum ketika masih hangat.
MINUM LEBIH KERAP
Ads
Beliau kini menambah kuantiti minuman jamu itu dan meminumnya sebanyak tiga kali setiap hari.
“Saya kan tiap hari minum jamu (sebelum ini), saya minum hanya pagi saja. Sekarang karena ada corona, saya minumnya pagi, siang, malam. Itu yang menyebabkan mungkin naik ya itu karena diminum enggak sekali tapi tiga kali,” katanya di The 2nd Asian Agriculture and Food Forum (ASAAF) 2020, pada Mac lepas di Istana Negara, Jakarta.
Media Indonesia turut menyiarkan beberapa artikel yang memetik beberapa pakar perubatan di Indonesia, yang antaranya turut menyatakan belum terdapat bukti saintifik penggunaan jamu itu, dapat meningkatkan imunisasi badan daripada dijangkiti COVID-19.
KHASIAT JAMU JOKOWI
(a) Halia
Ads
Baik untuk imunisasi tubuh, halia juga membantu mengatasi radang dan bersifat anti-bakteria. Ia juga dikatakan berfungsi untuk meredakan flu dan batuk.
(b) Temulawak
Daripada sudut tradisional, temulawak digunakan untuk menambah selera makan, melancarkan pengeluaran susu ibu dan membersihkan darah. Dalam dunia perubatan, ia dikatakan memiliki zat anti-inflamasi dan anti-hepatotoksik untuk menjaga kesihatan hati dan menurunkan kadar kolesterol.
(c) Kunyit
Kunyit kaya dengan antioksidan, meningkatkan kesihatan otak dan melancarkan pencernaan. Ia juga dapat membantu mencegah penyakit jantung, diabetes atau kanser.
(d) Serai
Bersifat anti-bakteria, anti-inflamasi, antioksidan dan anti-depresen. Ia juga membantu menurunkan tekanan darah, mencegah diabetes, menjaga kadar kolesterol, meredakan gejala flu, hingga mengatasi depresi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Bukan sahaja dikurniakan seorang isteri cantik menawan dan baik budi pekerti, bahkan ‘pandai’ menjaga perut suami tercinta. Ada sahaja masa terluang, pasti Che Puan Sofie menghabiskan waktu di dapur dengan air tangan dan sajian dari Sweden.
Terbaru, beliau berkongsi hidangan menyelerakan Sweden iaitu Smorgastarta di Instagram miliknya. Anggun berbaju kurung biru dan berselendang kuning cair, Che Puan Sofie tidak kekok menyediakan makanan tersebut.
Menurutnya, sajian Smorgastarta tidak hanya popular di Sweden, Estonia, Finland dan Iceland. Ia adalah sejenis hidangan kek yang menyerupai sandwic tetapi sarat dengan pelbagai isi dan hiasan.
Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk buah tomato, timun, telur rebus, udang, keju dan kepingan ayam. Memang nampak sedap dan sihat!
Mengintai aktiviti Che Puan Sofie, isteri Tengku Mahkota Kelantan ini juga pernah menyediakan aneka hidangan dan berkongsi juadah berkenaan di laman media sosial.
Misalnya pada Ramadan yang lalu, beliau menyantuni orang ramai semasa jualan amal ‘meat ball’ dan ‘cinnamon bun’ hasil air tangannya sendiri di bazar Ramadan di Kota Bharu.
Difahamkan sebanyak 7 kilogram daging digunakan untuk jualan ‘meat ball’ berkenaan. Lebih manis, meskipun sibuk dengan jualan amal tersebut beliau tetap menyediakan
sajian berbuka puasa buat suami tercinta.
Che Puan Sofie Louise Johansson sah bergelar isteri YAM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada tanggal 19 April 2019.
Sumber: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita memang suka mendengar pujian kerana ia dapat menaikkan semangat dan self-esteem dirinya. Namun kadang-kadang ungkapan dan pujian yang diberi juga ada makna lain di sebaliknya. Ungkapan ‘hot mama’ ini ada dua makna. Mungkin bagus mungkin tidak. Misalnya:
Anda seorang ibu yang berumur antara 45-55 tahun ke atas dengan ketinggian yang tak seberapa dan ukuran badan yang montel sedikit dan memakai skirt pendek atas paras lutut dengan blaus tali kecil yang ketat – anda juga bole dipanggil hot mama tetapi dengan nada yang sinikal kerana ia jolokan yang bertujuan tidak jujur kerana anda berpakaian tidak sesuai dengan umur anda dan dianggap seorang yang keterlaluan.
Foto: @shshawati
Dan mungkin pula anda memakai pakaian yang sesuai dengan umur anda serta mengalih perhatian daripada kecacatan badan yang ada dan mengenakan pakaian yang up to date tetapi ada stail tersendiri disamping menjaga kesihatan kulit muka dan badan kelihatan sihat dan bertenaga dan konsisten dalam menjaga penampilan- maka anda juga boleh diiktirafkan sebagai hot mama tetapi dengan pandangan yang tepat.
Kadang-kadang orang memberi pujian dengan tujuan untuk menyedarkan diri kita tetapi disampaikan dalam pelbagai cara yang mempunyai makna yang terselindung dan kita perlu tahu how to read in between the lines…
Foto: @shshawati
Maka apa pilihan anda?
Tips dari saya untuk kelihatah bergaya dan trendy untuk kaum ibu ialah:
1] Tahu kelemahan dan asset kita di mana dan serlahkan asset itu. Kebanyakkan wanita diperingkat umur 40 ke atas akan mengalami masalah lebih lemak di perut dan peha maka elakkan daripada memakai singlet atau t-shirt yang terlalu ketat tetapi pilih yang ada kedutan atau warna yang sedikit gelap di bahagian yang bermasalah ini untuk menutup kekurangan itu.
2] Elakkan mengkerinting rambut kerana kerintingan akan menampakkan seseorang itu lebih matang dan berusia. Pilih stail rambut yang pratikal dan senang digayakan mengikut cara hidup anda dan juga personaliti anda.
Foto: @Shshawati
3] Imej yang sesuai untuk seorang ibu ialah sopan, tertib tetapi bergaya dan sofistikated. Penggunaan aksesori juga boleh menambah gaya walaupun hanya memakai t-shirt putih sahaja. Jangan menjadi mangsa trend tetapi serlah kan gaya tersendiri dengan lebih kreatif. Tidak semua trend sesuai untuk semua orang tetapi boleh mengikut trend dengan menggunakan elemen trend itu dalam dos yang kecil.
Teknik suaipadan juga boleh digunakan untuk menghasilkan gaya yang trendy. Misalnya menggunakan baju kemeja –T- putih dengan jeans biru gelap dipadankan dengan aksesori silver yang ranggi dan kasut tumit tinggi 3 inci strapies boleh memberi anda the trendy look for young moms of today. Gunakan bag yang besar dalam jenis kulit dalam warna yang terang atau bold. That’s it you look stylish already!
4] Personal hygiene mesti dijaga setiap masa, Kebersihan diri dan kesihatan diri perlu diutamakan setiap masa. Rambut yang berminyak akan menghasilkan kulit muka yang berminyak dan akan membuat seseorang itu kelihatan sugul dan tidak bermaya. Jaga kesihatan kulit dan rambut.
Wanita kini harus mengikis tabiat ‘ kalau dah kahwin jadi ibu tak perlu bersolek lagi’seperti ini. Tabiat ini akan merugikan diri anda sendiri. Diri wanita umpama bunga yang mekar, lagi mekar , segar dan harum bunga itu serta warnanya yang ceria maka ia akan dijual dengan lebih laris orang membelinya. Tetapi jika bunga sudah layu dan pudar dan hilang serinya maka tiada yang ingin menyentuhnya. Your value is what you dictate for yourself!
Foto: @shshawatifoto: @shshawati
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum sudah mengetahui bekas personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang anak hasil perkahwinannya terdahulu bersama Sultan Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Foto: Instagram @bruneiroyals
Kedua-dua cahaya matanya iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Foto: Instagram @qudynaziz
Kini kejelitaan yang dimiliki oleh YTM Puteri Ameerah Bolkiah semakin mencuri tumpuan apabila tampil berhijab. Rakyat dari kedua-dua buah negara, Malaysia dan juga Brunei Darussalam menyifatkan kejelitaan milik Puteri Brunei ini mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh bondanya, Azrinaz Mazhar Hakim.
YTM Puteri Ameerah Bolkiah yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu telah pun berusia 12 tahun pada tahun ini. Puteri kesayangan rakyat Brunei ini pernah mendapat pendidikan di International School Brunei (ISB) dan kini baginda belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).
Bekas personaliti televisyen ini telah melangsungkan perkahwinan kedua bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Kini Azrinaz Mazhar Hakim telah dikurniakan cahaya mata yang comel dan memilih nama Areesya Malaykha untuk puteri kesayangannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...