Ramai mengeluh PKP disambung lagi. Walaupun ramai yang memilih untuk duduk rumah tetapi masih ramai juga yang berdegil. Ada yang terpaksa keluar untuk mencari pendapatan. Dato’ Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal pula mencetuskan idea kepada followersnya untuk berniaga dengan resipi yang dikongsi secara terbuka!

Sejak seminggu yang lalu Dato’ Jovian mula berkongsi menu yang dimasak buat keluarga tersayang. Namun istimewanya beliau bukan sahaja memberi idea menu masakan untuk followers tetapi memberikan resipi untuk dicuba sendiri.

Ads

Resipi JOVIAN MANDAGIE Untuk Menu Seisi KELUARGA Atau Buat Jualan TAMBAH PENDAPATAN

 

Beruntungnya Datin Nina dan si comel Jeanelle, dapar rasa air tangan suami tersayang. Setiap kali posting Dato’ muncul di Instagram ramai yang memberi komen dan tentunya isteri tercinta pun gembira apabila ketua keluarga menyajikan menu yang sedap-sedap.

Resipi JOVIAN MANDAGIE Untuk Menu Seisi KELUARGA Atau Buat Jualan TAMBAH PENDAPATAN

Resipi JOVIAN MANDAGIE Untuk Menu Seisi KELUARGA Atau Buat Jualan TAMBAH PENDAPATAN

Resipi JOVIAN MANDAGIE Untuk Menu Seisi KELUARGA Atau Buat Jualan TAMBAH PENDAPATAN

“Saya memang suka memasak. Ia juga adalah passion saya selain dari fesyen. Ibu saya juga pandai memasak dan satu waktu dulu saya pernah membuka restoran sendiri. Jadi minat dalam memasak itu tak pernah padam.

Apabila kerajaan melaksanakan PKP, saya mempunyai banyak masa terluang di rumah. Saya gilap semula bakat memasak dan Alhamdulillah mendapat respon diluar jangkaan apabila saya mula muat turun di Instagram dan sangat berbesar hati apabila ramai yang sudi mencuba resipi saya,”

Ads

Awal-awal lagi Dato’ sudah memberi ‘lampu hijau’ kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan resipinya buat mencari sumber pendapatan sendiri. Maklumlah, ramai yang hilang mata pencarian kerana tidak boleh keluar bekerja. Dengan perniagaan baharu ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban.

 

“Saya rasa berbesar hati dan tak perlu kedekut untuk berkongsi resipi dengan followers saya kerana saya anggap ia adalah satu pengiktirafan apabila mereka sudi mencuba dan suka dengan apa yang saya kongsikan bersama.”

Ads

Kata Dato’, sekiranya ada masa terluang dan mendapat permintaan daripada followers, beliau mungkin akan meneruskan perkongsian resipi di Instagram.

“Mungkin ia akan jadi ‘weekend affair’ dengan followers saya apabila saya akan share resipi setiap hujung minggu setelah tamat PKP. Followers sangat penting kepada saya kerana mereka adalah penyokong yang sangat saya hargai.

Tanpa mereka, tak mungkin saya berada di sini pada hari ini. Saya ikhlas dan akan terus cuba menggembirakan mereka dengan memberikan produk terbaik agar mereka terus berpuas hati dengan jenama Jovian Mandagie.”katanya yang sudahpun melancarkan koleksi terbaharu keluaran khas lebaran iaitu ‘Balik Kampung’ dan boleh dibeli secara online di www.jovian.com.my/shop

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI