Siapa mampu menolak keenakan rasa hidangan Arab. Selain kaya dengan aroma memikat, dua pilihan nasi popular masyarakat Timur Tengah ini tentu saja menarik selera anda!
Sempena bulan puasa ini, tambat selera suami dan anak-anak dengan resipi juadah Nasi Mandy Yemen dan Nasi Maqlubah untuk hidangan berbuka puasa.
NASI MANDY YEMEN
Cara membuat:
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan pula rempah mandy sehingga wangi dan diikuti air rebusan kambing atau ayam. Seterusnya, bubuh garam, gula dan kismis. Tanah hingga mendidih. Kemudian, masukkan beras dan kacau sekali-sekala. Setelah air hampir kering, buat beberapa lubang kecil untuk masukkan saffron. Guna api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Akhir sekali, tabur hirisan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
NASI MAQLUBAH
Bahan-bahan:
Cara membuat:
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Lobak merah, kentang dan terung dipotong dan digoreng hampir 80% masak. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis bersama bunga cengkih. Sesudah itu, tumis rempah maqlubah dan serbuk lada hitam sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan didihkan. Kemudian, bubuh garam, gula dan kismis diikuti beras. Kacau sesekali. Sayuran yang telah digoreng, dimasukkan ke dalam periuk berasingan sebagai lapisan paling bawah. Nasi yang hampir masak, dipindahkan ke atas sayuran goreng tadi. Tutup dan gunakan api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Setelah kering, nasi dihidangkan secara menterbalikkan periuk ke atas dulang dan lapisan sayuran goreng akan berada di atas nasi. Tabur hirisan daun pudina bersama bawang goreng dan hirisan buah lemon.
Resipi: TERIMA KASIH HAJI AMINUDDIN RESAD, RESTORAN AROMA HIJRAH, TTDI SHAH ALAM, Selangor
This website uses cookies.