Selepas genap setahun menyambut ulang tahun perkahwinannya dengan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Che Puan Sofie Louise Johansson terus memikat hati rakyat dengan kebaikannya.
Terbaru, Tengku Mahkota Kelantan dan isteri berkenan menyumbangkan 12 buah penyaman udara kepada hospital-hospital di negeri tersebut sebagai tanda penghargaan mereka terhadap barisan frontliners.
Bahkan pasangan diraja ini juga pernah membuat Tekakor atau Swedish tea cakes untuk dihadiahkan kepada frontliners yang bekerja keras menyelamatkan negeri daripada ancaman Coronavirus.
BERJIWA RAKYAT
Walaupun berasal dari Sweden, namun Che Puan Sofie pandai menyesuaikan diri dengan kehidupan diraja serta rakyat jelata. Penampilannya yang sopan dan berselendang amat manis dipandang, malah beliau juga tidak kekok, penyayang serta kerap mengiringi Tengku Mahkota Kelantan menyantuni rakyat.
Istimewa bulan Ramadan ini, Che Puan Sofie berkongsi masakan kuih tradisi Nasi Kaya Pulut atau Pulut Sekaya untuk berbuka. Kuih ni memang menyelerakan, teringat-ingat rasa pulut yang berlemak ditambah dengan manis lemak santan telur… memang terbaik.
TALAM PULUT SEKAYA
Bahan-bahan lapisan bawah:
Bahan-bahan lapisan atas:
Cara membuat:
(1) Buat lapisan bawah
Untuk membuat lapisan pulut, didihkan kukusan. Cuci bersih beras pulut dan masukkan dalam loyang 9 inci yang telah dialaskan plastik dibawahnya. Kemudian masukkan santan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus 20 minit. Keluarkan sekejap, kacau dan tuangkan baki santan selepas 20 minit. Padat-padatkan dan cakar dengan garfu. Kukus semula 10-15 minit.
(2) Buat lapisan atas
Masak semua bahan yang bertanda * terlebih dahulu dan kemudian tapis. Kemudian sejukkan pada suhu bilik. Selepas itu, kacau atau kisarkan telur, santan, garam dan bahan yang dimasak tadi hingga sebati.
(3) Kukus
Untuk menyiapkan pulut sekaya, panaskan semula loyang berisi pulut tadi sekitar 10 minit dan barulah dituangkan adunan di atas pada loyang yang berisi pulut.
Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup dengan kain untuk elakkan air menitik. Kalau belum masak, berair bahagian atas, kukus lagi 5-15 minit tapi tanpa penutup. Boleh lap air yang bertakung di atas permukaan telur santan dengan tisu. Sedia dihidangkan.
Walaupun resipi di atas bukan original dari buku ‘Resipi Warisan Cik Siti Wan Kembang’ macam Che Puan Sofie, tapi bolehlah pakai dan rujuk sikit-sikit kalau teringat sangat air tangan mak di kampung! Ihsan resipi Tok Aji Serban DariDapur.com. Selamat mencuba!
Sumber: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson
This website uses cookies.