Siapa yang tidak kenal dengan isteri pemain bola sepak terkenal David Beckham dan juga bekas penyanyi kumpulan popular Spice Girls, serta ikon fesyen terkenal Victoria Beckham. Gaya yang ditonjolkan oleh Victoria sentiasa menjadi perhatian dan ikutan kerana sering tampil dengan fesyen tersendiri.
Nama Victoria Beckham juga bukan calang-calang nama dalam industri fesyen kerana beliau merupakan penasihat fesyen rasmi bagi Puteri Diraja Britain, Meghan Markle.
Dari penyanyi ke pereka fesyen, Victoria yang memiliki kehidupan mewah dan ibu kepada empat orang anak ini tidak lupa untuk sentiasa meluangkan masa bersama keluarga dan kali ini mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti di Pulau Sumba, Nusa Tenggara Timur.
Percutian mereka kali ini bukan ditempat mewah, mempunyai pemandangan indah dan laut biru yang terbentang luas, tapi hanya di sebuah kawasan perkampungan kecil dan kepulauan Sumba di Indonesia.
Percutian kali ini amat bermakna buat Victoria dan keluarga kerana bukan saja dapat meluangkan masa bersama-sama tetapi turut melakukan aktiviti sosial bersama masyarakat setempat termasuk sempat mengajar pelajar-pelajar di kepulauan itu bahasa Inggeris dan bermain games
bersama.Brooklyn Beckham, Harper Seven Beckham, Romeo James Beckham dan Cruz Beckham, 4 orang anak kepada pasangan David Beckham dan Victoria Beckham ini juga dilihat mempunyai hati yang sangat murni sama seperti kedua ibu bapa mereka kerana sempat beramah mesra dengan pelajar-pelajar di sana dan gembira dengan percutian itu.
Nona respect dengan keluarga ini kerana apa yang dilakukan oleh mereka memberi inspirasi kepada keluarga lain untuk turut sama membantu orang yang memerlukan tanpa mengira status kehidupan seseorang. Pasangan Beckham ini juga dilihat sangat bijak untuk menguruskan dan membentuk anak-anak mereka supaya sentiasa menyayangi antara satu sama lain dan saling menghormati.
This website uses cookies.