Sedikit demi sedikit produk lokal mendapat tempat di hati wanita yang mementingkan kecantikan. Wanita kini lebih bijak mencari produk yang terbaik untuk kulit mereka dan tahu alat solek yang sesuai dengan jenis kulit dan penampilan. Produk lokal kini semakin advance dan mampu menyaingi kehebatan produk antarabangsa. Ini ada antara produk yang popular di kalangan wanita bergaya!

Ads

SAFI  SHAYLA  SERUM  RAMBUT

Kecantikan rambut tidak perlu diabaikan lebih-lebih lagi wanita berhijab. Wanita berhijab perlu bijak memilih produk penjagaan rambut yang terbaik buat mereka. Safi Shayla telah memperkenalkan Safi  Shayla  Serum  Rambut untuk melindungi rambut terutama wanita berhijab. Serum ini mengandungi  minyak  organik  Habbatus  Sauda untuk memberikan  perlindungan  UV,  membekalkan  nutrisi  untuk  rambut  yang  mengandungi  anti-bakteria. Minyak  Moroccan  Argan  Organik  yang kaya  dengan  vitamin,  mineral  dan  anti-oksida yang  dapat  membantu  dalam  hidrasi  rambut. Minyak  zaitun  asli untuk menyegarkan  kembali  rambut  kering,  kusam  dan  kerinting dan akhir sekali minyak  vitamin  E untuk mengekalkan  rambut  yang  kuat  dan  sihat  kerana  minyak  vitamin  E  mengandungi  anti-oksida  yang  dapat  meneutralkan  radikal  di  rambut.

RESPEK! 4 Produk Lokal Menyaingi Produk AntarabangsaLIPSTIK MATTE SHADE DOUGH BY HANIS ZALIKHA

Melemparkan senyuman paling manis ditambah pula palitan lipstik yang menggoda. Buat peminat lipstik matte pasti tidak menganjak dengan kesempurnaan lipstik matte Shade Dough by Hanis Zalikha ini. Hadir dengan variasi rona yang menggoda mengikut tona kulit atau keselesaan pemakai. Melengkapi variasi rona lipstik yang ditambah dengan 7 rona must have ini diformulasikan dengan Vitamin C untuk mengekalkan kelembapan kulit bibir dengan sempurna. Lebih istimewa apabila ia lebih senang dioles dan mudah ditanggalkan.

RESPEK! 4 Produk Lokal Menyaingi Produk Antarabangsa

dUCk GOLDEN GLOW PALETTE

Ads

Memiliki kerjaya mendambakan setiap wanita tampil hebat dan bergaya. Wanita moden kini berjaya dan dalam masa yang masih mahu menjaga kecantikan semula jadi. Tugasan yang tanpa mengira masa membuat wanita kini mahu produk kosmetik yang tampil hebat dan mudah dibawa ke mana-mana. dUCk Cosmetics telah mempersembahkan sebuah palet 3 dalam 1,  Golden Glow palette. Kombinasi pemerah pipi, highlighter dan bronzer dalam satu palet memang memudahkan tugas wanita ketika bersolek. Hadir dalam pilihan rona up to date Pina Colada, Iced Tea, Tropical Punch dan Pink Lemonade. Diperkaya dengan Vitamin E dan Sunflower Seed Oil mengekalkan wajah jelita sepanjang hari!

RESPEK! 4 Produk Lokal Menyaingi Produk Antarabangsa

Ads

PRETTYSUCI FLAWLESS FOUNDATION

Ramai wanita masih ragu-ragu tentang kesucian produk kosmetik yang digunakan saban hari. Namun kini wanita yang mementingkan kecantikan tidak perlu gusar lagi kerana PrettySuci sebuah rangkaian produk kosmetik yang suci dan halal telah bertapak di tanah air. Diasaskan oleh Tunku  Dato’  Kaiyisah  Kamil  Ikram  dan Natasha  Mohammad  Ozeir. Menampilkan PrettySuci Flawless Foundation untuk solekan asas yang sempurna. Hadir dalam variasi rona yang menetapi tona kulit wanita menyempurnakan solekan asas. Mempunyai tekstur yang high-pigmented mudah disapu dan kekal sepanjang hari.

RESPEK! 4 Produk Lokal Menyaingi Produk Antarabangsa

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI