Sedikit demi sedikit produk lokal mendapat tempat di hati wanita yang mementingkan kecantikan. Wanita kini lebih bijak mencari produk yang terbaik untuk kulit mereka dan tahu alat solek yang sesuai dengan jenis kulit dan penampilan. Produk lokal kini semakin advance dan mampu menyaingi kehebatan produk antarabangsa. Ini ada antara produk yang popular di kalangan wanita bergaya!
SAFI SHAYLA SERUM RAMBUT
Kecantikan rambut tidak perlu diabaikan lebih-lebih lagi wanita berhijab. Wanita berhijab perlu bijak memilih produk penjagaan rambut yang terbaik buat mereka. Safi Shayla telah memperkenalkan Safi Shayla Serum Rambut untuk melindungi rambut terutama wanita berhijab. Serum ini mengandungi minyak organik Habbatus Sauda untuk memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria. Minyak Moroccan Argan Organik yang kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oksida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Minyak zaitun asli untuk menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting dan akhir sekali minyak vitamin E untuk mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oksida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.
Melemparkan senyuman paling manis ditambah pula palitan lipstik yang menggoda. Buat peminat lipstik matte pasti tidak menganjak dengan kesempurnaan lipstik matte Shade Dough by Hanis Zalikha ini. Hadir dengan variasi rona yang menggoda mengikut tona kulit atau keselesaan pemakai. Melengkapi variasi rona lipstik yang ditambah dengan 7 rona must have
ini diformulasikan dengan Vitamin C untuk mengekalkan kelembapan kulit bibir dengan sempurna. Lebih istimewa apabila ia lebih senang dioles dan mudah ditanggalkan.dUCk GOLDEN GLOW PALETTE
Memiliki kerjaya mendambakan setiap wanita tampil hebat dan bergaya. Wanita moden kini berjaya dan dalam masa yang masih mahu menjaga kecantikan semula jadi. Tugasan yang tanpa mengira masa membuat wanita kini mahu produk kosmetik yang tampil hebat dan mudah dibawa ke mana-mana. dUCk Cosmetics telah mempersembahkan sebuah palet 3 dalam 1, Golden Glow palette. Kombinasi pemerah pipi, highlighter dan bronzer dalam satu palet memang memudahkan tugas wanita ketika bersolek. Hadir dalam pilihan rona up to date Pina Colada, Iced Tea, Tropical Punch dan Pink Lemonade. Diperkaya dengan Vitamin E dan Sunflower Seed Oil mengekalkan wajah jelita sepanjang hari!
PRETTYSUCI FLAWLESS FOUNDATION
Ramai wanita masih ragu-ragu tentang kesucian produk kosmetik yang digunakan saban hari. Namun kini wanita yang mementingkan kecantikan tidak perlu gusar lagi kerana PrettySuci sebuah rangkaian produk kosmetik yang suci dan halal telah bertapak di tanah air. Diasaskan oleh Tunku Dato’ Kaiyisah Kamil Ikram dan Natasha Mohammad Ozeir. Menampilkan PrettySuci Flawless Foundation untuk solekan asas yang sempurna. Hadir dalam variasi rona yang menetapi tona kulit wanita menyempurnakan solekan asas. Mempunyai tekstur yang high-pigmented mudah disapu dan kekal sepanjang hari.
This website uses cookies.