Nampaknya selepas membuat penerjunan di Australia tempoh hari Mira Filzah semakin selesa serta sedang gigih membuat latihan bagi penerjunan solonya. Mira turut berkongsi di laman Instagramnya; “Enjoying every minute! Training day 2! Moreeeeee trainings to come!,” kata Mira.
Melihat susuk tubuh genitnya serta sifat feminin Mira bagai tidak percaya pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini berani melakukan penerjunan udara lebih-lebih lagi secara solo. Bukan calang-calang wanita yang berani membuat penerjunan dari udara ini. Salute!
Mira Filzah.Sebelum ini Mira telah dilantik sebagai duta MyPA (Malaysian Parachute Association). Majlis menandatangani perlantikan Mira turut dikongsi oleh MyPA di laman Instagramnya.
“Alhamdulillah. Hari ini secara rasminya Mira Filzah menjadi duta MyPA.
Pelantikan beliau menjadi simbol dan contoh terbaik kepada belia dan wanita di negara ini dalam melibatkan diri dalam sukan ini. Ianya juga menjadi pemangkin kepada MyPA dalam membawa dan memberikan hanya yang terbaik untuk pembangunan sukan payung terjun tanah air.
Penglibatan beliau juga menjadi tanda sesuatu yang besar dan positif bakal berlaku untuk perkembangan dan kemajuan sukan payung terjun di Malaysia.
Hari ini tercipta satu lagi sejarah buat MyPA dan peminat payung terjun di Malaysia.
Perjuangan ini bukan mudah namun penghargaan kepada semua sokongan dan kritikan yang diberikan sehingga membawa MyPA mencapai satu lagi tahap yang membanggakan. Ini demi generasi akan datang,”.
This website uses cookies.