Negara digemparkan dengan pemergian penyanyi veteran Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dan sebentar tadi, suasana pilu menyelubungi Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya ketika jenazah Allahyarham Rohana Jalil tiba sekitar pukul 10.40 pagi sambil disaksikan oleh keluarga Allahyarham dan rakan terdekat yang turut sama mengiringi jenazah untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum Zuhur.
Pemergian bonda tercinta sudah pasti memberikan kesan mendalam terutama sekali buat anak Allahyarham, Syakila Nisha atau Kilafairy, 31 yang memohon agar mendoakan arwah ibunya malah mengakui hari yang paling ditakutinya telah tiba.
‘Rest well, my bidadari syurga.’ Demikian titipan pilu pelakon dan penyanyi, Kilafairy sebaik saja tamat upacara pengebumi ibu tercintanya. Kilafairy sempat memuatnaik gambar di laman Instagramya dengan kepsyen yang ternyata bikin semua warga maya sebak.
“Sekejap je Allah pinjamkan Mama untuk adik dekat dunia ni. The day I feared most has come. No other choice but to face this cruel world without you by my side, Mama. My protector, my guardian angel, my nyawa, my everything.
Allah amik Mama di hari kedua Zulhijjah, Subhanallah 🥹 Allah sayang kita 70x kali ganda lebih dari seorang anak sayang ibu dia. Nanti adik jumpa Mama dekat sana okay. Rest well, my bidadari syurga. I love you,” tulis Kilafairy.
Rohana Jalil dilihat sentiasa berada di sisi Kilafairy malah keakraban perhubungan anak beranak ini sentiasa menjadi perhatian umum dan lensa. Allahyarham Rohana Jalil menghembukan nafas terakhirnya semalam akibat kebocoran usus dan dimasukkan ke hospital sejak April lalu