Sunway Resort di Sunway City Kuala Lumpur memperkenalkan restoran baharu, Black Tap Craft Burgers & Shakes yang bakal memberi pengalaman menjamu selera yang berbeza.
Restoran yang memenangi anugerah serta berpangkalan di New York ini memberi pengalaman makan tengah hari ala Amerika yang hebat dengan menikmati classic craft burgers dan CrazyShake Milkshakes yang terkenal di dunia.
Majlis perasmian Black Tap Craft Burgers & Shakes telah dihadiri oleh tetamu VIP antaranya termasuklah Tengku Zatashah dan suami, Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson, Marion Caunter, Rebekah Yeoh, Thanuja and Anuja Ananthan, Sarah Lian, Roberto Guiati, Alexis SueAnn dan beberapa selebriti tempatan seperti Diana Daniella, Idris Khan, Mia Nasir, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Dimiliki oleh pasangan suami isteri, Chris Barish dan Julie Mulligan, Black Tap diiktiraf seluruh dunia. Setelah memperoleh pelbagai anugerah sejak pembukaannya pada tahun 2015 termasuk People’s Choice Award
(2015-2017) dan Judges Choice Award (2020 dan 2021), Black Tap kini tersedia di lokasi ikonik di Amerika Syarikat termasuk di The Venetian Resort Las Vegas, Downtown Disney District di Disneyland Resort di Anaheim, CA.Manakala di peringkat antarabangsa adalah di Bahrain, Singapura, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu.
This website uses cookies.