Rewang & Kenduri Kahwin Impian JANNA NICK, Suka Baca Novel & Mahu Kumpul Aset

Janna Nick suatu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan. Pelakon dan pengacara ini bijak merencana perjalanan karier seni yang diceburinya sehingga berada di kelas yang tersendiri. Malah wanita yang mempunyai nama sebenar Nurul Jannah Muner ini juga mempunyai rangkaian perniagaan miliknya.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Ketika mengadakan pertemuan dengan Janna Nick sedikit masa dahulu sempat diajukan bertanyakan tentang sudah tercapaikah matlamat hidupnya, jawabnya, “Kalau kata cukup ke tak memang tak cukup sebab saya kena jaga satu keluarga.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Kalau jaga diri sendiri memang lebih dari cukup tapi sebab saya kena jaga banyak orang. Saya kena pastikan adik-adik dan ibu hidup selesa. Tapi, saya bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan kepada saya,” tutur Janna Nick lembut.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Bagaimana pula Janna Nick membahagikan masa? “Sekarang saya tak ada masalah untuk membahagikan masa. Semua perfect sekarang. saya kalau tak pergi mana-mana memang suka duduk kat rumah.

Saya juga seorang yang suka membaca. Dulu kalau sebelum bekerja dalam sebulan boleh habis satu buku. Sekarang mungkin dalam 3 bulan baru habis sebuah buku. Saya suka baca novel tebal-tebal. Sebab saya bersekolah di asrama, itu sebab dah terbiasa baca novel,” ujar bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Pendang ini.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Bagaimana me time

mempengaruhi Janna Nick? “Saya rasa me time buat kita lagi tak stres. Me time akan buat saya lagi rileks, kerja yang kita buat akan jadi lebih elok. Kalau kita macam back to back kerja dan tak ada masa untuk diri sendiri at the end of the day mungkin kita boleh senyum saja,” kata wanita ini.
Foto: Koleksi Majalah Nona

Janna Nick juga sudah mula urus kewangannya, “Saya mula urus kerjaya dan kewangan bermula apabila saya mahu beli rumah. Impian ini sudah tercapai bila saya berjaya beli rumah pertama lima tahun lalu. Saya punya azam dalam hidup nak beli rumah dan kumpul aset. Saya bukan jenis orang yang boros dan tak memilih jenama.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Satu lagi impian saya agar produk saya di terima di luar Malaysia. Memang saya nak go global

dan fokus dalam bisnes, insyaallah,” bicara pemilik jenama White Fluffy dan Sephia by Janna Nick ini.
Foto: Instagram @jannanick

Kisah cinta di antara Janna Nick dan jejaka kacukan Pulau Pinang dan Switzerland, Dini Schatzmann bukan lagi rahsia. Bercerita tentang impian perkahwinannya, “Kalau boleh, majlis perkahwinan saya nanti saya mahu bersama orang-orang kampung memeriahkan majlis saya. Rewang, makan ramai-ramai dan kalau boleh jemputan pun terbuka. Misalnya tak cukup makanan, saya akan sediakan food truck sekali! itu impian saya,” katanya mengakhiri perbualan.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed