Mei lalu, pelakon Ayu Raudhah selamat menimang cahaya mata keenam di sebuah pusat perubatan swasta di Seremban, Negeri Sembilan.
Suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha memaklumkan isterinya melahirkan anak keenam mereka iaitu bayi. “Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.25 petang,” tulis Zaquan.
Dan semalam, Zaquan berkongsi potret keluarga mereka yang dirakam bersama-sama isteri dengan keenam-enam anak mereka.
Tidak pasti keraian apa yang diraikan namun kelihatan Zaquan dan Ayu masing-masing tampil kacak dan anggun menyarungkan persalinan sedondon berwarna hijau bersama-sama dengan keenam-enam anak mereka termasuk anak mereka yang baru lahir.
Rata-rata peminat memuji perhubungan Zaquan dan Ayu yang dilihat bahagia menjalani kehidupan berumahtangga malah percaya rezeki mereka dilihat sentiasa melimpah ruah dek memiliki sebuah keluarga yang besar lagi harmoni.
Melihat pada ruangan komen, ada yang mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran kepada Zaquan yang meraikannya pada 3 Ogos lepas. Malah ramai yang memuja pasangan ini yang sentiasa merendah diri, pandai menjaga diri tanpa sebarang gosip murahan mahupun isu.
Ayu yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 10, Muhammad Aisy Aryann, 9, Laura Zuleykha, 6, dan Muhammad Aisy Khaliq, 4, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, dua tahun, dan seorang lagi yang baru lahir Mei lalu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.