Rezeki takkan salah alamat. Sebagai wanita muda dan berjaya, pencapaian Asyalliee yang baru berusia 21 tahun ini nyata cukup mengagumkan. Masakan tidak, dia sudah memiliki segala-galanya.. perniagaan yang maju, rumah besar, kereta mewah dan keluarga bahagia. Bahkan sekarang ini Asya sedang hamil anak kedua.
Menzahirkan rasa syukur atas kurniaan tersebut, Asya yang mula dikenali sebagai Syasya Solero suatu masa dulu turut berkongsi kegembiraan tersebut di Instagram baru-baru ini. “Alhamdullilah target 2018 yang terakhir telah tercapai. Rasa macam tak sangka dapat beli rumah dengan hasil duit sendiri, yelah sebab sebelum ni saya dan husband kerja dekat DC Comic IOI Citymall masing-masing naik motor pergi kerja.
Hujung bulan ngam ngam duit untuk makan. Setelah berkahwin dan pada awalnya pun masih ada ujian dihimpit dengan kekurangan duit, duit pernah ada RM50 je dalam bank. Macam-macam dugaan fitnah sana sini.
Tapi sejak lahirnya anak kami Haider, rezeki tu datang mencurah-curah, Alhamdullilah dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami sekarang. Kami start business pun bukan ada duit dalam bank. Suami saya rela jual motor kesayangannya untuk modal business kami.
Memang saya dah azam kuat untuk teruskan usaha mencari rezeki Allah SWT supaya anak anak kami dan juga keluarga kami hidup dengan senang. Sebab saya dan suami pun bukan dari keluarga yang berharta.
Walau apa pun ini semua pinjaman dari Allah SWT untuk kami sekeluarga. Yang penting jaga solat, jaga hubungan dengan keluarga dan juga jangan lupa bersedekah. Dan membantu yang lain-lain. Target tahun ni semua dah capai seperti ANAK , KERETA , OFFICE dan juga RUMAH. Now
usahakan untuk capai target 2019 pula. Doakan tau! Saya doakan awak semua pun boleh capai impian masing-masing yang penting jangan berhenti berusaha dan berdoa ok.”Masih ingat lagi temubual bersama Asya sekitar tahun 2017. Tanpa berselindung, dia mengakui pernah kemurungan gara-gara video ‘Macam cantik macam comel’ miliknya viral di Internet.
“Saya mula tahu video itu dah jadi viral daripada kawan-kawan di Facebook beberapa minggu selepas ia dimuat naik. Bila tengok YouTube, sana-sini heboh dengan video saya. Komen berbaur kecaman dan sindiran memang banyak. Tapi ada juga yang beri kata-kata positif. Pertama kali dinilai masyarakat dan dapat perhatian dengan cara sebegitu buatkan saya rasa sangat sedih dan alami kemurungan. Setiap hari saya menangis dalam bilik seorang diri, tak lalu makan, rasa geram, marah, semuanya bercampur-baur.
Syasya Solero dulu saya sifatkan seorang wanita yang lemah. Dia takut hadapi kenyataan dan suka mengasingkan diri. Sebaik dipilih jadi model, saya nekad mahu tukar nama dan personaliti. Tak mahu lagi lemah apabila dikutuk dan disindir. Dalam masa sama, saya hendak buktikan kepada netizen yang berfikiran negatif bahawa insan yang pernah viral seperti saya bukan orang yang cetek akal dan mampu maju ke depan,” tegasnya.
Moga semangat juang Asya menggapai kejayaan dalam hidup menjadi sumber inspirasi kepada para wanita. Percayalah, gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya.
This website uses cookies.